Melihat posting ini, saya teringat zaman struggle semasa di universiti.

1. Beli rice cooker, utk masak nasi sendiri. Jadi dapat jimat. Masa tu tinggal di hostel matrik UIA yg larang pelajar pakai rice cooker. Beli pakat2 dgn kawan. Masa cuti sem, kena curi. Sedih betul
2. Kalau beli nasi, mesti asing dengan lauk dan kuah. Bubuh nasi penuh dan mampatkan polisterin sampai menimbun. Sebab, makcik lantik kira harga sama je nasi tu satu polisterin. Beli sikit atau banyak dalam satu polisterin dikira satu harga.
3. Kalau beli lauk, beli satu atau dua lauk sahaja dan banyak, berbanding banyak lauk tapi sikit-sikit.

Makcik kantin akan kira satu lauk, satu harga satu. Jadi rugi kalau beli banyak lauk tapi sikit-sikit.

Errr... Faham ke?
4. Biasa juga makan dalam talam dengan roomate. Buat tabung beli lauk, nasi masak sendiri.

5. Tak beli air. Air buat sendiri. Banyak jimat oooo...
6. Tak beli jajan, makanan ringan, air kotak, gula-gula. Rugi duit je.

7. Tak pergi makan di restoran luar, kecuali pasar malam. Makan di kantin hostel pun dah cukup bagus. Hanya bertukar-tukar kantin hostel untuk dapatkan menu berbeza.
8. Goreng nasi guna perencah Adabi pakai periuk elektrik. Sampai hitam bahagian dalam periuk tu. Ada juga makan nasi gaul dengan perencah tu. Tak goreng pon sodap! Zaman tu belum wujud Noxxa. Kalau wujud, sure angkat bendera putih.
9. Beli telur satu papan. Kemudian goreng telur pakai periuk nasi. Atau goreng sekali dengan nasi goreng tadi. Pernah juga cuba pakai seterika. Memang percubaan berani mati.
10. Saya ada perbezaan dengan tipikal mahasiswa lain dari sudut makanan. 1st, Meggi yg jadi kegemaran student. Saya memang diajar Meggi tak bagus, dan ia kekal sampai sekarang. 2nd, burger. Saya rasa burger mahal dan tak mengenyangkan. Baik beli nasi dengan harga yang sama.
11. Balik cuti, bawa bekal serunding daging dari kampung. Ia tahan lama. Setiap kali makan nasi, bekal tadi buat lauk.

Kadang jadi lauk tambahan. Kadnsg jadi lauk utama. Tapi banyak kali jadi lauk utama.
12. Bulan Ramadhan paling best. Jimat belanja buka puasa dengan aktiviti jalan-jalan cari masjid setiap petang. Lepas maghrib, balik. Solat tarawih kat hostel. Huhu... Ya Allah, ampuni dosa ku dan kawan-kawanku...
13. Kalau dapat makanan free macam dalam gambar ni, memang seronok bukan kepalang. Tapi selalunya dapat masa jadi AJK program dan menu wajib ialah kek pisang.
You can follow @afyanIFP.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: