Baiklah, malam Nisfu Syaaban ini saya akan kongsikan pengalaman saya dalam dunia trading Bursa Saham Malaysia. Ini adalah pengalaman seorang Retail Trader dan bukanlah Broker.

Saya juga akan bagikan pandangan saya berkenaan pelaburan ASB yang sangatlah popular.
Pandangan ini adalah bukan dari seorang yg bekerja dibank, atau kerja bahagian ekonomi.

Tapi apa yg ingin dikongsikan adalah dari mata seorang yang ada pengalaman trading selama 3 tahun. Bukanlah trader tegar sangat. Sebab kekangan bajet.?Tapi untuk dikatakan beginner pun tidak.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya pun org biasa macam anda.

Pernah rasa untung besar, dan rugi lagi besar. Haha.
Saya gigih, macam2 kelas dah pergi utk pandaikan ilmu trade ini. Kerana buku sememangnya tak mencukupi. Banyak jugak bertanya dengan org yang bermain pelaburan.
Tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, agak susah utk orang seperti saya nak buat untung. Dalam 10 kali trade, mungkin adalah 2-3 kali sahaja untung. Selebihnya rugi.

Tapi bila lihat orang lain buat, sangat mudah. Senang je untung
Apa beza saya dengan mereka? Apa yang buat saya rugi? Guru kami sama. Group saham kami sama. Jadi dimana silap saya?

Ke memang apa yang saya tekan semua akan fail? Memang rasa tersangat down la perasaan dia. Banyak kali rasa nak quit
Tapi mak dah ajar pantang kerja separuh jalan. Dan kita pulak dah duk tengok orang berjaya fail banyak kali sebelum success. Jadi kita pun gagahkanlah diri
Dan lepas dikaji, apa yang saya sedar, kegagalan saya majoriti ya datang dari dua sebab ini:
1. Bajet/Modal
2. Brokerage Fee
Sebelum kita pegi lebih jauh, saya kene jelaskan beza TRADER dan INVESTOR
Trader ni orang yang beli saham jangka pendek. Contoh, harini beli, hujung minggu depan dah jual. Ada yang hari esok, lusa atau hujung minggu jual. Yang intraday (pagi beli, petang jual) pun ada.

Inilah trader
Mereka amik untung pada naik turun harga saham. Macam Forex trader. Macam gitu la trader saham
Biasanya mereka buat keputusan nak jual beli dengan Technical Analysis dengan baca graf yang macam bawah ni. Graf ini akan bantu bagi timing sesuai untuk membeli dan menjual.

Selain tu, mereka juga biasa guna Sentiment Analysis dengan "buy on rumours, sell on news"
Investor ini pulak biasanya tempoh masa dia lama. Dia beli saham, then dia akan peram. Mereka biasanya amik untung melalui beza naik turun harga saham, dan juga melalui dividen syarikat saham tersebut
Beza tempoh masa trader dan investor ni berbeza bagi setiap orang. Ada yang kata peram saham 1-3 tahun ke atas baru layak panggil investor. Tapi pada saya, 3 bulan ke atas tu dah kira investor dah. Terpulang pada diri masing-masing
Investor buat keputusan jual beli berdasarkan berapa percaya diorang pada syarikat tu. Diorang trust tak fundamental business tu? Siapa CEO dia? Track record dia baik tak? Bisnes boleh grow ke? Apa peuang bisnes yang ada? Bagaimana Quarter/Annual report dia.
Fokus mereka lebih kepada cara bisnes tu dijalankan. Dan bukan fokus pada carta semata-mata.
Selama 3 tahun, saya banyak habiskan masa untuk belajar menjadi TRADER yang baik. Walau sebelum saya mula buka akaun saham pun, saya banyak belajar pasal TRADING.
Dan faktor tadi (Modal dan Brokerage Fee), menjadi antara punca utama kegagalan saya dalam aktiviti TRADING.
Maaf pause jap. Nak siapkan beberapa gambar untuk senang jelaskan
Setiap kali kita nak beli saham, kita kene bayar beberapa fee macam broker fee dan tax.

Broker fee biasanya 0.6% atau jumlah minimanya RM40. Ini harga standard. Tp boleh berbeza ikut broker jugak. Ada yang murah, ada lagi mahal.

Yang jadi isu pada saya ialah jumlah minima itu
Dan sebagai anak muda yang capital dia tak besar, jumlah maksima yang saya laburkan untuk satu saham biasa RM1k. Pada mulanya saya tak kisah jika kene bayar RM40. Ye lah semangat lebih. Kalau dapat untung RM100, apa salahnya bayar broker fee lebih sedikit.

Malangnya saya SALAH
Mula-mual saya fikir apalah sangat RM40 tu jika saya boleh buat untung RM100. Dan kerana fikiran itulah saya sudah rugi/gagal sebelum saya tekan butang beli lagi.

Jadi berapa bajet minima kita kene ada? Jawapannya dalam 10-15k. Yup, memang banyak. Anda boleh lihat beza dibawah
Mesti ramai cakap, "Bapak ah, banyak gila! RM40 je kot. ada beza sangat ke?"

Jawapan dia ye. Mari kita compare beza jika bajet RM 1k, 10k atau 15k.

Kita gunakan saham FPGroup untuk case study. Syarikat ini supplykan barang semiconductor dan barang berkaitan 5G.
Saham FPGROUP kini berharga 64 sen

Kalau kita lihat kalkulator saham dibawah, dengan bajet RM1k, bila harga saham naik 70 sen baru lah kita untung/balik modal. Tu pun untung dalm RM1.59 je!!!
Mereka yang biasa dalam dunia saham ni, nak naik saham harga murah begini lebih 3 sen pun punya lah payah. Tapi bila jatuh mudah pula. Ini cerita nak naikkan 6 sen.

Dan kalau kita jual pada harga asal kita beli pun, dah rugi hampir RM90. Baru beli je dah rugi 9%
Jadi nak amik risiko dan susah payah begini untuk untung sebanyak RM1.59, anda rasa worth it ke?

Haha, tu yang buat rasa nak give up tu.
Tapi bagaimana kalau bajet anda RM1k?

Lihat, saham naik 1sen pun dah balik modal dah. Naik 2 sen je dah dapat RM150. Kalau saham naik jadi 70 sen, dah untung RM750.

Dan bila anda jual pada harga beli pun, anda cuma rugi 1.53% sahaja. Risiko sangat kecikkan?
Bagaimana pula jika bajet RM15k.

Naik 2 sen anda dah untuk RM200. Naik harga jadi 70 sen, anda dah untung RM1k. Barulah worth it main saham. Risiko kerugian dan keuntungan sama. Dan usaha kita belajar dan pelan beli saham yang betul berbaloi. Pulangan memuaskan.
Jadi inilah dia punca kegagalan saya dalam TRADING. Punca kenapa abang-abang VSS Oil and Gas kata mudah bermain saham.

Inilah antara perkara yang banyak guru-guru saham lupa nak bagitahu. Dan inilah punca ramai rasa payah bermain saham.
Tapi jangan lepas ni anda kata “eh senanglah main saham, kene ada bajet besar je”

Jangan! Risiko untung rugi masih 50/50. Senang nak buat 1k, senang juga nak rugi 1k.
Anda kene banyak menuntut ilmu dulu. Bila dah tau saham apa yg hendak dibeli dan bila waktu sesuai untuk membeli, barulah peratusan kerugian itu turun dan untung menaik
Jadi kembali kepada saya yang tengah sengkek tak ada bajet ni nak buat apa?

Maka disinilah saya bermula memandang kearah dunia sebagai INVESTOR. Fuh kira ni part 2 la pulak untuk thread ni
Saya ni bukanlah tiada langsung pengalaman menjadi investor.

Sebagai contoh, saya pernah je peram saham DRBHICOM. Kerana saya yakin, dengan adanya Geely, DRBHICOM akan mendapat keuntungan besar.
Malangnya bila saya beli, saham tak naik-naik pula. Malah turun ada la. Dividennya pun ciput. Saya mula rasa tidak puas. Jadi saya pun mula jual, sebab saya perlukan kapital untuk membeli saham yang saya rasa lebih baik.
Saya berpandangan yang membuatkan saham DRB tidak naik kerana bisnesnya yang lain tidak membuat untung. Itulah yang menjatuhkan harganya.
Malangnya, tidak lama (sebulan dua) selepas saya jual saham DRB, Proton pun melancarkan kereta X70.

Dan harga saham DRB naik melambung sampai RM1 pulak. Banyak tu weh. Kan saya kata nak naik beberapa sen pun payah. Haha. Menyesal tak kesudah 😂
Jadi disini kelemahan saya sebagai investor pula, saya tidak betul-betul faham syarikat yang saya beli. Saya menyangka anak syarikatnya yang lain menjadi punca kejatuhan harga, tapi benarkah itu?

Saya juga tiada exit strategi. Saya tidak tau bila nak jual, berapa lama nak peram
Saya percaya DRB boleh buat untung dengan adanya Geely. Tapi saya tidak 100% pasti dengan strategi bisnes yang ada. Saya telah membiarkan emosi mengambil alih dalam membuat keputusan
Dan akhir sekali, saya tak pasti, berapa value sebenar syarikat ini. Berapa harga dia sepatutnya akan naik? Bila harga turun ke RM1.50, saya fikir inikah calue dia yang sebenar? Padahal harganya kemudian melambung ke RM2.50.
Jadi bagaimanakah nak study pasal syarikat? Macam mana nak menilai sebuah syarikat, nak mengira risiko melabur didalamnya, berapa banyak keuntungan boleh dibuat dan bagaimana nak tau berapa jauh berjaya strateginya itu?
Haha, jika anda boleh buat semua itu, anda dah boleh jadi the next Warren Buffet dah.
Beliau tahu menilai harga saham. Jadi dia akan beli saham yang undervalued. Kiranya dia beli pada harga discount. Dan bila harganya naik pada value sebenar. Dia untunglah

Sebenarnya saya dah lama ingin belajar ilmu seperti Warren Buffet ini. Tapi tak tau bagaimana dan siapa.
Kebanyakan guru-guru saham di Malaysia ini hanya mengajar ilmu untuk menjadi seorang trader.

Guru-guru Investor yang ada pun kebanyakannya dalam bidang hartanah. Itu sahajalah paling dekat saya boleh belajar. Tapi cara nak menilai hartanah dan saham berbeza.
Jadi saya pun melihat kepada cara kedua. Keuntungan melalui dividen.

Masalahnya nak cari syarikat yang memberi peratusan dividen yang tinggi pula payah. Kalau kita lihat dalam list ini, Maybank sahaja yang beri lebih 8% (lihat Div Yield). Malangnya Maybank tidak patuh shariah
Jadi sinilah ASB memperkenalkan diri. Sebab itulah ramai yang cakna pasal saham ini sangat mengesyorkan ASB kepada mereka yang tidak mahir.

Dan walau ramai complain dividen tahun lepas paling rendah pun, kami kata tidak. Dividen ASB masih sangat tinggi.
Kalau kita tengok dalam list ni, paling rendah ASB pernah kasi pun ialah 5.5%. Ini dah dikira sangat tinggi dah dalam dunia saham. Payah nak cari saham macam tu.

Dan average ASB beri pula 7%. Fuh
Jadi dengan duduk goyang kaki sahaja tak perlu study atau bersengkang mata baca graf. ASB sangatlah berbaloi dengan tidak buat apa-apa.
Walaupun dividen ASB mungkin jatuh lagi tahun ini, ingatlah, rata-rata syarikat lain pun akan alamo perlara sama juga kerana COVID19.
Jadi disini, untuk saya menjadi investor dengan fokus pada dividen sahaja juga tidak berbaloi. Melainkan dividennya lebih tinggi dari ASB.

Atau cara lain, saya mengambil dua-dua keuntungan dividen dan keuntungan nilai saham yang menaik. Kene berusaha lebih lah
Kadi adalah saya nak meninggalkan dunia saham dan Invest di ASB sahaja? Jawapanya TIDAK. Saya akan terus bermain saham. Investing dan Trading.

Kerana matlamat saya yang sebenar bukanlah keuntung duit. Itu pada saya bonus sahaja. Goals saya yang sebenar ialah KNOWLEDGE
Saya tidak melihat kerugian saya dalam saham sebagai kerugian. Pada saya itulah yuran kebodohan. Itulah Modal Investment saya, Knowledge Investment

Saya pernah merasa buat untung beratus dalam masa beberapa jam. Saya juga pernah merasa rugi beribu dalam beberapa bulan.
Walaupun saya minat dengan data dan logik. Tapi saya sebenarnya sangatlah intuitive. Buat pilihan ikut perasaan.

Tapi kini saya lebih in control. Dapat pilih bila hendak menggunakan perasaan, dan bila hendak menggunakan calculation logik akal.
Inilah antara hasil investment yang saya buat. Long term investment untuk bila saya pencen awal umur 40-an nanti.
Memang benar ada cara lain buat duit dengan modal kecik dalam saham. Contohnya dengan bermain IPO semua.

Tapi apa yang saya bincangkan diatas ialah beginner level. Jadi jika kita tidak dapat buat keuntungan konsisten dibeginner level, bagaimana nak buat dengan advance level
Jadi disinilah pengakhiran thread ini.

InshaAllah, bila ada ilmu baru nanti, saya akan kongsikan seperti biasa.
Buat masa ini, doakanlah kita berjaya

Dan jika ada guru investor yang boleh kenalkan pada saya pun, saya sangat suka 😁

Sekian, Terima Kasih
You can follow @LemanStark.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: