Ini adalah bebenang kisah Sekolah KITA untuk pelarian Syria yang diusahakan oleh Cinta Syria Malaysia di Jordan,Turki,Malaysia
Basically, Sekolah KITA bermula di bumi Mafraq, Jordan. Kenapa Mafraq? Mafraq menempatkan jumlah pelarian Syria kedua tertinggi selepas Amman, ibu negara Jordan.

Dan juga, sebab Cinta Syria Malaysia bermula di Mafraq. Jadinya senang untuk kiteorang handle sekolah
Sekolah KITA dekat Jordan macam tuisyen, macam Turki juga. Tapi dekat Malaysia, dia macam sebuah sekolah tau, menggunakan silibus IGCSE. Dekat Malaysia kiteorang daftar KPM under nama Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) dekat Bangi.
Dekat Jordan, CSM collaborate dengan local NGO, sebab itu memang peraturan dia. Tak boleh setup atau gerakkan aktiviti macam ni on your own. So CSM sewa satu bangunan rumah 2 tingkat.

Boleh tengok video Sekolah KITA 1 oleh Muhammad Zameer (Videographer AmalHope)
Ada dalam 90-100 student Syrian. Quick note, diorang tak tinggal dekat kem, dorang sewa rumah area sekolah, sebab tu thread haritu aku kata ada yang susah semua kena kerja kan...

Sekolah KITA, Jordan ajar subjek English, Arabic, Islamic studies, Mathematics, Science
Ini gambar aku dengan Nabil bersama barisan guru-guru Sekolah KITA, Jordan.

Oh ya, Aku dan Nabil dulu Bekas Pengetua Sekolah KITA, Jordan. Alhamdulillah kami dah selamat graduate dan tahun ni Sekolah KITA dan ganti pengetua baru, Haikal dan Syadi
Sebelum aku dan Nabil, ada Aisyhah dan Aliff. Aliff ni dah upgrade jadi pengetua Sekolah KITA 3, Malaysia.

Dia masalah bila kau jadi management dan orang bawahan kau adalah orang arab, dan lebih berumur. Dia punya gerun tu satu hal, kau nak tegas pun jadi takut hahahha
Student Sekolah KITA 1, dari range umur 5 tahun saaaaampai 12 tahun. Ni range umur ye, bukan darjah berapa. Macam kita kan, 7 tahun is darjah 1, 8 tahun is darjah 2 and so it goes

Diorang ni tak, sebab ada yang tertinggal studies masa awal awal datang Jordan,
Yelah, takkan datang terus masuk sekolah, sampai je border Syria-Jordan, akan diassign ke camp-camp kemudian settle down in camp, kalau camp masa awal awal tahun 2014 dulu memang tak terjaga, the conditions are so poor
Kira lama juga diorang tak belajar, so nanti dekat sekolah ada lah yang masuk darjah 6 tapi dah 14 tahun, ada yang darjah 4 tapi dah 12 tahun.

Diorang masuk sekolah kerajaan sesi petang. Sesi pagi, khusus untuk pelajar Jordan, dan petang untuk Syria.
Sekolah kerajaan dalam pukul 12pm-4.30/5pm. Pastu 5.30pm akan terus datang ke Sekolah KITA sampai pukul 7.45pm, kadang-kadang dengan baju sekolah tu datang Sekolah KITA sebab tak sempat balik rumah.

Kadang-kadang terharu tengok diorang (yang baju biru tu uniform diorang lah)
Ini ruang dalam Sekolah KITA 1, ni adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Tujuan pembinaan Sekolah KITA ni nak bagi bantuan pendidikan secara PERCUMA kepada anak-anak pelarian Syria. Tujuan ni tak akan berjaya tanpa bantuan rakyat Malaysia semua. Kudos Malaysians
Tengoklah muka budak budak ni, suci je. Kalau kita masuk kelas diorang, berpusu-pusu lari nak peluk "Missssss misssss". Try lah sehari tak datang, lepas sorang, sorang datang tanya "Miss, kenapa semalam kau tak datang?"
Kiteorang Malaysians, tolong bahagian management, memastikan sekolah berjalan lancar. Yang mengajar ada cikgu-cikgu for each subjects.

Ni team aku, ni betul betul gambar sebelum aku nak balik Malaysia for good. Diorang masih lagi dekat Jordan, and uruskan Sekolah KITA dan kem
Kalau sesiapa pergi ziarah Jordan, and nak lawat Sekolah KITA dan Kem boleh contact HQ CSM dan bagitahulah hajat korang hahahha
Kiteorang kan students, so soalan "macam mana korang uruskan waktu volunteer dan belajar" kerap juga lah dapat and alhamdulillah setakat ni result team CSM cemerlang lah juga, despite the hectic timetable (kadang-kadang)
Sebab Sekolah KITA berjalan setiap hari Ahad-Khamis, kelas University hari Ahad - Rabu paginya tu.

Tapi aku rasa, keberkatan masa tu Allah bagi bila kau tolong orang lain tau
Rumus dia senang, bila kau mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kau. Nampak cliche, tapi yang cliche ni sebenarnya yang paling sahih ha gicheww

Bagusnya orang arab, kalau kau cakap kau ada exam, laju diorang doakan "Semoga Allah berikan kau kejayaan"
Kau datang sekolah, muka barai habis, semua cikgu tanya "Kau ada masalah ke?"
"Taklah, aku penat je"
"Semoga Allah merahmati kau"

Kau mengadu lah semua masalah kau , exam susah ke, kau serabut dengan orang ke, semua diorang selitkan doa
Dekat situ aku rasa, hidup aku mudah adalah sebab doa-doa cikgu sekolah, tak masuk doa parent sekolah lagi "Kau pengetua sekolah kan?"
"Ya"
"Terima kasih banyak-banyak, terima kasih Malaysia,Allah je yang mampu balas jasa semua"
Jenis aku, kalau exam tu takleh stay in one place, pulun study. Adalah kang aku lepak cafe lah gi makan waffle lah, tapi tempat paling best, Sekolah KITA. Kau bawa je buku, duduk dekat meja, buka buku
"Exam ke?"
"Haah"
"Semoga Allah beri kau kejayaan"

uishh hit deep beb
Kiteorang pernah sekali adakan PIBG tau, kiteorang expect masa sesi soal jawab ada lah parent yang complain tak pun tanya soalan ke apa, ada sorang makcik ni bangun

"Aku, mewakili ibu bapa disini, nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malaysians, cikgu-cikgu
sebab dah mendidik anak-anak kiteorang dan bukan anak-anak je yang dapat faedah daripada Sekolah KITA, tapi kteorang juga boleh belaajar dari anak-anak kiteorang"

MENANGIS nak dekat situ
Sebelum aku start cerita Sekolah KITA 2 dan 3,

Boleh tengok video R.AGE on Youtube, i'll just post a short 1 minute clip from the video, nak tengok panjang lagi, tentang Kem Abu Abdullah(from my last thread), boleh tekan link ni.

Moving on to Sekolah KITA in Kilis, Turki!!!!

I really hope you're not bored... But if you are, rehat dulu, minun and continue!!!!!!!
Ini adalah klip pendek hari perasmian Sekolah KITA 2, Sekolah KITA 2 pun CSM collab dengan local NGO, tiada Malaysian urus disana, kita hanya minta update dari NGO sana tentang Sekolah KITA 2
Bangunan Sekolah KITA 2 saaaaaangat sangat besar, ada 375 pelajar tahun ni. Diorang belajar subjek Sains, Math, Alquran & Hadith, English and Turkish. Bahasa pengantar depend on subjects, ada Turkish ada English.

And wow sangat, hampir semua Syrians, boleh cakap Turki
Sebab aku bukan pengetua Sekolah KITA 2, so tak adalah cerita cerita yang aku tahu sangat. Tapi, aku punya impian satu hari nak pergi Turki and singgah Kilis, walaupun dah tiga kali ye anak anak, mak pergi Turki, sekali tak pernah jejak Sekolah KITA 2
Sebab kalau dari Istanbul tu, kena ambil flight untuk ke Kilis. Tapi fun things about travelling to Turkey, kalau korang pandai bahasa Arab, korang boleh dapatkan harga murah ye di Spice Bazaar atau Grand Bazaar hahahhaah
Sebab ramai je Syrians di Turkey sebab dekat kan, and diorang bekerja dekat situ, so walaupun di Turkey, Bahasa Arab masih berguna hahahaha
And FINALLY, Sekolah KITA 3, Bangi, Malaysia. (atau Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM))

Okay quick note, kalau sesiapa nak datang ziarah, call je 011-2827 7574. CSM sangat mengalu-alukan kehadiran kamu semua
Kalau any vloggers, Youtubers, Influencers, yang nak content for their upcoming videos, after RMO boleh datang Sekolah KITA 3 hehe

Kami sekarang perlukan bantuan rakyat Malaysia untuk bantu dari segi media exposure atau funds.
Sekolah KITA 3 bantu menawarkan pendidikan percuma kpd anak-anak pelarian Syria di Malaysia. Maka, kami sangat-sangat memerlukan bantuan dari rakyat Malaysia

Kalau ada sesiapa yang nak menyumbang boleh ke akaun RHB Sekolah KITA 3 : 21245760024860 (Persatuan Cinta Syria Malaysia)
Sekolah KITA 3 atau Pusat Bimbingan Alternatif CSM memfokuskan pendidikan menggunakan silibus IGCSE, 9 subjek yang ditawarkan : English, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Al-Quran, Geografi, Komputer dan Agama.
Buat masa sekarang, kita ada 76 pelajar umur 4 hingga 12 tahun. Insyaallah, CSM bercadang untuk tambah lagi jumlah pelajar, tapi sebab sekarang bangunan Sekolah KITA 3 agak sempit, so susah sedikit
Sekarang dah tahun ke-3 Sekolah KITA 3 beroperasi. Doakanlah boleh operasi sampai anak-anak Sekolah KITA 3 besar, boleh ambil exam IGCSE, boleh masuk university. Masyaallah bestnyaaaaaaa
We at Cinta Syria Malaysia welcome anyone yang sudi untuk tahu lebih lanjut tentang apa yang CSM sedang jalankan.

We are bunch of teenagers with one intention : to make education accessible for anyone despite their situation.
Boleh kenal Sekolah KITA lebih dalam through

Facebook : Pusat Bimbangan Alternatif Cinta Syria Malaysia
Instagram : sekolahkitacsm
Youtube : Cinta Syria Malaysia - CSM
Sumbangan kepada Sekolah KITA 3, boleh disalurkan ke
akaun RHB BANK Sekolah KITA 3 : 21245760024860 (Persatuan Cinta Syria Malaysia)

Sumbangan untuk Ramadan Mission CSM, boleh disalurkan ke akaun Maybank : 562834640983 (Persatuan Cinta Syria Malaysia)
Kalau nak beli baju raya, Dalish Dalia tengah buat clearance sale

Dalía Lily : RM69
Dalía Tulip : RM89
Dalía Rose : RM119

Boleh Whatsapp : http://bit.ly/dalishDalia 

(80% from the sale akan disumbangkan kepada @cintasyria)
Sebelum aku end thread, ni untuk siapa nak baca thread yang lama hehe

https://twitter.com/twt_selangor/status/1247129676822151168?s=20

Terima kasih semua yang sudi baca dan retweet! Allah yujzikum kulluuuuu kheir
You can follow @twt_selangor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: