Ringkasan Kewangan Kerteh FC Bagi Tahun 2019.

Maklumat perolehan (turnover) & perbelanjaan (expenditures) tahun 2019.

Seperti kebiasaan, kami mengamalkan pendapatan kewangan berkonsepkan 3P iaitu Perniagaan (Business), Pelaburan (Investment) & Penajaan (Sponsorship).

THREAD!
1. PEROLEHAN (Turnover)

1.1 Perniagaan (Business): 62%
1.2 Penajaan (Sponsorship): 35%
1.3 Pelaburan (Investment): 3%

2. PERNIAGAAN (Business)

2.1 Liga: 11%
2.2 Soccer School: 18%
2.3 Pengiklanan: 11%
2.4 Merchandise: 4%
2.5 Live Streaming: 3%
2.6 O&G Service & Trading: 53%
Kelab menjalankan perniagaan didalam sektor Minyak & Gas seperti Manpower Supply dan Equipment Rental dimana ianya masih menjadi sumber utama pendapatan kelab iaitu sebanyak 53% dari keseluruhan pendapatan dari sumber Perniagaan (Business).
Manakala sebanyak 47% lagi disumbangkan dari sumber pendapatan yang berkaitan dengan bolasepak seperti penganjuran liga, soccer school, pengiklanan, merchandise & Hak Penyiaran melalui "Live Streaming" di platform @balrztv seperti perlawanan akhir Kemaman Champion League 2019...
...serta perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Kerteh FC.

3. PERBELANJAAN (Expenditures)

3.1 Liga: 18%
3.2 Elaun & Upah: 24%
3.3 Program Pembangunan: 6%
3.4 Media & Promosi: 8%
3.5 Peralatan Latihan: 4%
3.6 Perbelanjaan Minyak & Gas: 22%
3.7 Lain-lain: 18%
Penyertaan kali pertama Kerteh FC di kejohanan Terengganu Amateur League bagi tahun 2019 menjadi penyumbang utama kepada peningkatan perbelanjaan (expenditures) sebanyak 164.8% dari tahun sebelumnya.
Namun, kelab juga telah mencatat peningkatan pendapatan dalam tempoh 12 bulan sehingga Dec 2019 sebanyak 232.8% berbanding tahun sebelumnya.

Kelab telah mencatatkan keuntungan sebanyak 24.1% bagi tahun berakhir Dec 2019.
4. KELESTARIAN KEWANGAN KELAB

4.1 Menjalankan operasi organisasi dengan tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan tetapi mempelbagaikan sumber pendapatan kelab.

4.2 Amalan pengagihan bajet belanjawan mengikut keberhasilan & kemampuan kewangan kelab.
4.3 Meneruskan budaya perbelanjaan berhemah.

#StayAtHome
#TheOilers
You can follow @KertehFC.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: