Disebabkan ada dua retweet aku karang jugak la.
Mungkin ramai tak tau lagi pasal ni. Kisah kematian anggota penyelamat paling teruk dalam sejarah US selepas kejadian 9/11. Maknanya, kematian penyelamat time 9/11 paling teruk, yang ni nombor dua teruk. https://twitter.com/alifmohdnor/status/1247567619646844928
28 jun 2013, terjadi kebakaran hutan di Yarnell Hill terletak di Yarnell Arizona Amerika Syarikat.
Kejadian berlaku sekitar 5:30p.m. Di Yarnell, iaitu bekas bandar perlombongan emas kira-kira 48 kilometer (km) selatan Prescott dan 128 km barat laut Phoenix.
Dua hari kemudian, 30 Jun, api semakin merebak dengan cepat. Dalam tragedi itu menyaksikan Sekurang-kurangnya 19 anggota bomba yang sebahagian besar merupakan petugas muda berusia 20-30 tahun terbunuh ketika cuba memadamkan kebakaran hutan di bukit Yarnell Arizona tersebut.
Antara pasukan-pasukan bomba yang terlibat dalam kerja-kerja memadam kebakaran adalah dari Blue Ridge Hotshots yang merupakan dari Coconino National Forest, Arizona, Granite Mountain Hotshot dari Jabatan Bomba Prescott, Arizona serta beberapa pasukan bomba elite yang lain.
Hotshots ni bukan macam bomba biasa yang padam pakai air. Dekat US memang ada team2 bomba khas yang halang daripada api merebak untuk kebakaran hutan. Sebab sana kerap jadi kebakaran hutan
Depa akan gali longkang panjang, potong pokok2. Untuk halang api dari merebak
Waktu kejadian, depa buat kerja-kerja memadam kebakaran hutan seperti biasa sampailah pada 30 Jun 2013 apabila salah seorang anggota dari pasukan Granite Mountain Hotshot, Brendan McDonough ditemui oleh ketua pasukan dari Blue Ridge Hotshots.
Sebelum tu, Mc Donough dapat arahan daripada Supt Eric Marsh untuk naik ke kawasan tinggi untuk perhatikan arah angin dengan arah kebakaran.
Tiba2, waktu dia tengah perhatikan angin dengan api, arah api tiba2 ubah haluan sebab tiupan angin
Mc Donough terpaksa tinggalkan tempatnya disebabkan api telah merebak ke kawasan jagaannya. Sebelum itu, ketua pasukan Blue Ridge Hotshot telah memantau perbualan radio diantara Brendan dengan Kaptennya dan mengetahui pasukan Bomba tersebut sedang mengalami masalah.
Mc Donough bagitahu kepada ketua Blue Ridge Hotshot rakan-rakannya terperangkap dalam kebakaran hutan. Selepas membawa Mc Donough ke tempat selamat, Blue Ridge Hotshots telah ke lokasi pasukan Granite Mountain Hotshot yang terperangkap dalam kebakaran.
Namun usaha mereka menemui jalan buntu disebabkan api dikawasan tersebut sangat marak dan merbahaya sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik.
Selepas berusaha mencari laluan lain, akhirnya mereka berjaya sampai ke tempat lokasi anggota Granite Mountain Hotshot.
Tapi sudah terlewat kerana kesemua 19 anggota yang terperangkap itu telah terkorban. Walaupun anggota bomba dibekalkan dengan ‘fire shelter’ (tempat perlindungan kebakaran) ia masih tidak mampu untuk menyelamatkan mereka dari menjadi korban kebakaran pada waktu itu.
Ni adalah rupa fire shelter & cara menggunakannya.
Untuk yg tertanya kenapa mereka tak lari dari api. Jawap dia sebab angin bertiup kuat, kebakaran makin merebak. Keadaan api yang sangat laju buatkan mereka tak sempat keluar.

Fire shelter ni adalah perlindungan terakhir mereka.
Mereka bersembunyi di dalam shelter yang tertutup dari aluminium untuk berlindung dari panas. Pada Saat itu, suhu api mencapai 2000 darjah celcius, sedangkan selimut pelindung itu dibuat hanya untuk menahan panas maksimum 1000 darjah celcius.
Kebakaran The Yarnell Hill akhirnya padam pada 10 July setelah menghanguskan kira-kira 8400 hektar tanah dan menghancurkan lebih dari 100 bangunan.
Ni antara gambar terakhir depa. Waktu ni depa baru lepas halang api dari merebak ke pokok ni. Pokok ni berusia ratusan tahun, depa ditugaskan selamatkan kawasan pokok ni.
Selepas kejadian, Mc Donough, satu2 nya anggota yang selamat menulis buku tentang team mates dia dan apa yang berlaku pada hari tu
Untuk lebih detail bayangan hgpa boleh tengok cerita ni Only The Brave. Cerita ni ada plot, so agak slow mula2 dan banyak bual. Tapi sangat best. Banyak tunjuk cara padamkan api hutan.
End of thread. Gambar kredit google
Penceritaan kredit page fb Jason King Fans Official
You can follow @AlifMohdNor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: