Dah tengok movie free kat iflix. Genre baru katanya. Review bukan main lagi 8/10, 9/10 dan 10/10 pun ada. Ingat nak komen jugak la. Bila tengok filem ni memang nampak sangat filem ni ada masalah dengan penulisan iaitu dia tak mengamalkan prinsip “show, don’t tell”.
Ada sbb knp medium skrin menjadi tarikan iaitu kita boleh nmpk segala expression, emosi, aksi, nada, bunyi dan macam2 lagi benda yang berlaku – satu kelebihan yang tak ada pada medium lain seperti novel. Jadi andai kata nak buat movie, manfaatkan lah kelebihan ni sebaik mungkin.
Prinsip ini bertujuan utk mengurangkan penjelasan yg terlalu straightforward kpd penonton oleh director/writer tentang apa yg sedang berlaku dlm satu scenario dgn membiarkan penonton menangkap sendiri situasi itu dan membuat konklusi sendiri dlm kepala otak.
Benda ni sama macam bila kita buat lawak la. Kalau kita kena explain lawak kita, maka lawak tu dah tak lawak.
#1 Kita ambil satu contoh, ada satu scene di mana Idrus dgn Nadiya tgh runsing pasal diorang tak boleh nak fight dengan MCC yang merupakan kroni krjaan Wawasan jd diorang decide utk pursue streaming service. Kenapa si Idrus nak bagitau lagi kat Nadiya yg MMC tu kroni Wawasan?
Takkan lah si Nadia tak tahu kot? Jawapannya, sebab Idrus bukan tengah bagitau Nadia, tapi Idrus tengah bagitau kat penonton. Di sini director/writer dah gagal untuk “show” kepada kita dan mereka sedang “tell” kepada kita secara straightforward tentang siapa itu MCC.
Malahan kalau kita rewind sikit, Idrus mulakan luahan dgn bagitau Nadia yg skrg Wawasan dah pegang kerajaan. Berapa kali nak habaq? Takkan la Nadia tu taktau kot yg Wawasan menang PRU? Penonton pun sdh sedia maklum dr awal movie lagi yg Wawasan dan jd kerajaan. Redundant line.
Macam mana nak fix part ni? Cadangan aku; sepatutnya pengarah/penulis boleh buat supaya si Idrus tengah stress dan mengutuk si Jason dari MCC yang asyik jilat Tun Malek dan sebar sentiment buruk tentang MUNA sebelum pilihanraya.
Dari sini penonton sendiri akan boleh tangkap yang MCC ni kroni Wawasan. Kalau buat macam ni maka pengarah sedang “show” kepada kita siapa MCC sebenarnya dan bukannya “tell” straightforward kepada kita yang MCC tu kroni Wawasan.
Pada scene akan datang memang penonton akan diperkenalkan kepada Jason yang mewakili MCC. Jadi takdak masalah pun.
#2 Kemudian si Idrus tiba2 cadang kat Nadia utk buat online streaming service dan dia siap explain kat Nadia pasal iflix dan Netflix. Nadia pun buat macam surprised.
Agak agak la wei, dua watak ni adalah orang besar dlm industry media so takkan la depa bodo sangat tak pernah terfikir pasal streaming service? Takkan lah sebelum sebelum ni perbincangan utk buat streaming tak pernah timbul? Sekali lg , ini kegagalan untuk "show, don't tell".
Cara nak fix? Cadangan aku; director boleh buat supaya si Idrus terdiam sejenak. Muka dia runsing fikir sesuatu, lepas tu Idrus terus cakap “We have no choice. We have to launch our own streaming service and fight MCC on that stage, no matter the cost”.
Kan lg simple? Dlm satu ayat, penonton akan terus tangkap yg Idrus dan Nadia mmg pernah bincang utk buat online streaming tp tak mampu sbb masalah kewangan dan skrg diorg terpaksa juga buat. Penonton juga akan boleh tangkap yang MCC mmg dah ada streaming service diorg sendiri.
#3 Lagi situasi gagal untuk “show”. Dalam babak ni, si Jasmin bagitau kat ayah dia yang kos pembedahan dia adalah RM100k. First of all, kenapa si ayah masih belum tahu berapa kos? Secondly, kenapa si Jasmin bagitau kat ayah dia berapa kos pembedahan tu?
Mcm lah Jasmin nak suruh bapak dia byr sendiri kan? Jasmin sedia tahu yg mrk mmg tak mampu pun utk byr dan ayah dia sendiri pun tak tanya brp kos nya. Dia sendiri tiba2 pi bagitau dan dia sendiri tiba2 cakap yang dia akan cari duit tu. Jadi agak hilang dramatic effect di sini.
Cara nak fix? Mungkin boleh buat si ayah tnya kpd Jasmin samada dia sudah dpt quote dari hospital ttg kos pembedahan. Then, Jasmin buat muka suram, dia terdiam tak berani jawab. Scene tu terus cut dan sambung kpd scene kwn sassy dia ni jerit “RM100 ribu?”. Tidak kah lagi smooth?
Idea aku bagi ni tak adalah paling hebat gila babi tapi aku rasa memang improvement kepada apa yang dah dibuat. Sepanjang movie ni memang ada byk lagi contoh2 kegagalan untuk show and not tell. Tapi cukup lah kot contoh banyak tu. Seterusnya nak kritik part part lain pulak.
#4 Part ni tiba tiba si Hasan tepuk meja dan jerit “Okay, cukup!”. Padahal diorang bukannya tengah berbalah sampai out of control pun. Macam over ja reaction Hasan ni.
#5 Si Hasan bg masa 2 minggu kpd Suri utk yakinkan ahli parti lain utk terima HM. Timeline cerita ni agak tak jelas jd aku pun keliru atas sbb apa dia nak bagi deadline singkat sampai 2 minggu ni? Ada PRK ke? Setahu aku PRK memang ada ada dalam cerita ni tapi lambat lagi.
#6 Mamat Sassy ni supposed to be a comic relief character ke? Sumpah aku benci comic relief character in any movies.
#7 INI MEMANG PENING! Setahu aku, bukankah si Jasmin ni cuba goda Idrus utk naik pangkat? Maksudnya si Jasmin ni lah yg cuba gain a favour from Idrus dgn menggoda dia. Tp entah mcm mana situasi ni boleh tiba2 bertukar kpd si Idrus pula yg cuba gain favour from Jasmin?
Idrus sendiri mengaku kpd Suri yg dia tidur dgn Jasmin demi utk tlg Suri sebarkan rumours tu. Andai lah kata pd mlm party itu si Jasmin tak cuba goda Idrus, mcm mana Idrus nak sebarkan rumours gabungan MUNA dan HM tu? Idrus memang tahu ke yang ada reporter akan cuba goda dia???
And why the hell does Idrus needs to get in bed with his OWN staff in order to disseminate a rumour? Dia owner/boss company tu sendiri kot??? Ceritakan saja lah rumours tu kepada chief editor diorang masa kat office nanti, pandai pandai lah diorang buat kerja.
#8 Tiba2 kwn sassy Jasmin dan ahli politik MUNA hairan mcm mana berita ttg gabungan MUNA dan HM boleh bocor. Why is this a mystery??? Hello?! Boss besar Media Raya adalah Idrus. Idrus adalah isteri kpd Suri. Suri adalah timbalan presiden MUNA. Takkan itu pun tak boleh fikir???
#9 Scene ni agak overkill la. Alang alang tu awat tak buat Suri mengaji buku The Prince. Lepas dia habis baca, dia tutup buku pastu cium 3 kali.

#10 During this scene and at this particular moment, Jasmin is having an epiphany about how Idrus is just using her for sex and to do his dirty works. But somehow the director thought that it would be good to capture her expression from this angle. Rugi.
#11 Mamat ni angel investor atau loan shark? Kenapa perlunya untuk dia datang confront dan intimidate Nadia tengah malam kat parking lot untuk minta hutang? Kau bagi hutang ada black and white kan? Pergi je lah court dan ambil tindakan undang undang.
Ohh, rupa rupanya mmg ada lawyer dan mmg nak ambil tindakan undang2 pun. LoD dah hantar kan? Habis tu knp tak teruskan saja dengan legal process? Menang kat court nanti kau dpt lah duit kau balik. Dah apahal tiba2 nak ugut anak Nadia pulak niii….???? Ya Allah, tak boleh brain.
#12 Suri tiba2 mengamuk kat Idrus bila IP address camera tu link kepada computer Idrus. Shame. Suri is portrayed as a calm, composed, intelligent and thorough woman throughout the movie.
In this scene she suddenly lost her cool and fails to realize that clearly Idrus had no motive whatsoever to sabotage her career. Inconsistent of her character.
#13 Ada 3 character bukan Melayu. Dua cina dan satu india tapi nama mereka adalah Jasmin, Melissa dan Jason. Adoi laaa.
#14 Antara sbb kenapa kita selalu rasa filem tempatan agak cringey mungkin adalah kerana lenggok bahasa. My theory; we are more aware about our own nuances and colloquialisms so whenever we see a local character speaking in a manner beyond reality, we’ll see it as a bit cringey.
RashidiIshak ckp inggeris dgn loghat tempatan yg agak berat. Jd RashidiIshak sepatutnya mampu untuk deliver watak melayu yang menggunakan Bahasa inggeris sebagai Bahasa kedua yg lebih realistik.
Tp syg sekali kalau kita tgk movie ni, watak Idrus tu gayanya macam cakap inggeris sbgai bhs pertama pula. Memanjang cakap english je.