Harini makcik nak buat thread pasal
CARA MENGURUS KEWANGAN DENGAN BIJAK
Bagi yang belum bekerja,jangan buang masa
Boleh buat part time atau dropship jika sibuk(daripada main phone saja-saja)
Duit tu semua boleh menabung dan tampung keperluan belajar nanti
Masa ni sepatutnya boleh menabung 50% atau lebih sebab tak ada commitment
*Jangan ikut trend,cari duit untuk beli iPhone,tu semua membazir.Anda perlukan handphone bukan iPhone.
Ibuu bapa,boleh didik anak dengan mencatat wang perbelanjaan harian dan menggalakkan menabung "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" untuk kesenangan anda jugak bila mereka habis sekolah.Tabung anda untuk mereka itu tabung anda,ini tabung mereka
Bagi pelajar semester akhir,dah boleh siapkan resume dan cover letter dan separa akhir semester boleh drop resume masing2 😉
For youth,ada bank yang menerapkan skim menabung dengan melabur seperti PRS account CIMB,anda boleh memasukkan duit tapi akan dikenakan denda sekiranya keluarkan(bantu disiplin anda)*boleh keluarkan setelah anda bersara,takde denda dah😁
Selepas bekerja(6 bulan pertama)
Jangan buat apa-apa komitmen! Ini fasa menabung paling penting..Hidup anda baru bermula.Menabung dulu baru belanja!
Adakan buffer account
simpanan utk masa sesak (3 × komitmen bulanan)
Cth: Anda perlukan RM1000 utk teruskan hidup seperti rumah,kenderaan,utility,makanan dan lain2 keperluan termasuk hiburan sedikit..sikit je ea! Jadi anda kena ada RM3000 dalam account tersebut sekurang-kurangnya
Untuk menghadapi inflasi atau saat genting (seperti sekarang #COVID19)kebarangkalian dibuang kerja dan sebagainya..anda perlu menyimpan sehingga 6 bulan bererti anda kena ada RM6000
Bulan ke-7 bekerja(Mula rancang persaraan)
Kena ada strategi..yang kerajaan jangan harapkan pencen sahaja,swasta jangan harapkan kwsp sahaja
Ambil takaful,yang murah pun takpe yang penting ada perlindungan(kalau boleh kurang 10% daripada pendapatan)
Buka akaun tabung haji.Jangan nanti2..kena ada usaha dan niat,insyaa Allah ada rezeki
Adakan tabung perumahan,lebih baik beli yang zero kos awalan!(tapi simpan je) kalau semua kena ada kos,takkan nak tunggu property cycle berubah yang entah bila
Tabung berkahwin,bukan lelaki je..perempuan pun kena.Ingat,hidup bersama.Boleh bantu tapi jangan tanggung semua.Dan kalau bercerai?Kena fikir 'Kalau' supaya anda bersedia
Melancong tangguh dulu!Anda takkan bersara di resort atau laut.
Utamakan yang utama!
Pastikan beli rumah dulu,baru boleh selesa.
Umur yang baik untuk beli rumah adalah 25-35 tahun.Pastikan anda memiliki satu dalam lingkungan umur tersebut!Yang murah pun takpe,yang penting pilih yang betul..Post lain @MakcikSyurga share ya..sebab panjang!
Kereta?
Ya saya tahu,anda fresh grad..Engineering graduates,medic graduates,law graduates..pekerjaan professional.Tapi tak berdosa pun kalau pakai kereta tempatan yang monthly rendah.
Adalah lebih baik beli yang sambung bayar je dulu,atas nama loan orang..anda sambung bayar jadi takde rekod di bank dan kelayakan perumahan tinggi sebab DSR rendah (pastikan takde komitmen atau kurang 20-30%)
Kalau dah pernah buat loan,kad kredit..hutang jahat la cerita dia..kelayakan jadi rendah.Faham?Bagus!
Rancang untuk pelaburan!
explore..dan membaca
Ni makcik senaraikan yang boleh la utk korang explore
-Emas(ada naik,ada turun tapi jarang)
-Hartanah(ada tempoh matang ada yang terus matang,boleh naik sampai 200%)
-ASB(pulangan tinggi jugak,dalam 6%..tapi tak bersih sangat..Islam?Jangan!)
-Trading(kena belajar dan tahu,kalau tak tahu jadi judi..haram!)
Kalau nak forex,pls go for forex trading..bukan currency
Jangan lupa berzakat! Asingkan siap-siap.
(Membersihkan harta itu penting..berkat!)
Last,jangan lupa sedekah..dalam rezeki kita ada rezeki orang lain..Jangan berkira,lagi-lagi dengan mak ayah dan keluarga.
@MakcikSyurga harap,thread ni membantu korang,lagi2 utk anak muda..esp. Fresh grad..tahu,tak ambil business/economy/etc..tapi bacalah anakku!
Sekian saja dari makcik.Terima kasih!
****end of thread****
You can follow @MakcikSyurga.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: