Saya kurang pasti sejauh mana maklumat yang tular ini sahih, memandangkan pihak @BNM_official tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini.

Kejadian 'Direct Debit'yang berlaku pada @CIMB_Assists masih belum dituntaskan secara terperinci. https://twitter.com/ohtweet/status/1247165361255923717
Saya akui perisian Zoom sangat berisiko, kerana itulah saya memohon anda agar jangan menggunakanya.

Namun kita tidak boleh menuduh perisian/aplikasi Zoom sebagai punca memandangkan pihak @CIMB_Assists dan @BNM_official belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi
Saya bukan mahu memihak sesiapa, cuma saya memihak kepada kebenaran. Jika benar individu tersebut memperoleh maklumat dari @BNM_official , maka dia harus mengemukakan bukti. Cakap-cakap kosong tidak memberi apa-apa makna.
Sekiranya pihak @BNM_official atau @CIMB_Assists mengeluarkan kenyataan bahawa perisian Zoom menyebabkan duit pelanggan hilang tempoh hari.

Saya individu terawal yang akan memaklumkan kepada warganet supaya membuang perisian berkenaan secara mandatori.
Intihanya, jangan jadikan isu Zoom sebagai 'penyedap' cerita berhubung isu 'Direct Debit' yang berlaku pada @CIMB_Assists beberapa hari lepas.

Saya antara individu yang cakna soal keselamatan siber. Namun saya lebih percaya dari fakta berbanding sembang-sembang kosong.
Saya tidak sesekali menafikan kenyataan dia, namun jika benar apa yang diceritakan maka tunjuk bukti.

"TALK IS CHEAP, SHOW ME THE CODE"
Fahamkan apa yang ingin saya sampaikan. Saya tidak menafikan perisian Zoom mempunyai isu keselamatan hingga boleh mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tapi persoalannya disini adakah benar isu Direct Debit disebabkan oleh Zoom? Itu yang saya pertikaikan.
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: