Ramai Mungkin Mengetahui Kisah Pembunuhan Kim Jong Nam. Anak Kim Jong IL di KLIA

Namun ramai tak Mengetahui adanya kisah "pembersihan" yang berlaku di sebaliknya dan apa yang berlaku

Ini ialah Thread 👇
Seperti yang semua sedia maklum. Kim Jong Nam anak kepada Kim Jong iL dibunuh di KLIA pada 13 Februari 2017.

Pembunuhan itu menggemparkan Negara dan dunia. Kerana ia melibatkan salah seorang kenamaan Korea Utara dan abang kepada pemerintah Terkini Korea Utara Kim Jong Un
Hubungan Malaysia dan Korea Utara mulai keruh kerana Malaysia mahu menyiasat Sendiri kes itu sehingga selesai. Dan tidak akan menyerahkan Mayat Kim Jong Nam sehingga bedah siasat selesai
Ketegangan Hubungan itu Menyaksikan Malaysia Mengisytiharkan hubungan dengan Korea Utara sebagai Persona Non Grata. Iaitu orang yang tidak dialu alukan. Tambahan pula Korea Utara tidak membenarkan siasatan ke atas staf dutanya atas pembunuhan itu
Persona Non Grata merupakan Istilah paling tegang dalam Hubungan Antarabangsa. Jika lebih tegang. Perang Akan berlaku

Malaysia di Ambang Perang ketika itu. Dan ramai rakyat tidak tahu
Post Mortem dilakukan dan Tempat post mortem dikawal ketat oleh Pasukan Khas Bahagian Jenayah Terancang STAFOC PDRM ketika itu
Post mortem ini yang mengejutkan Negara dan Dunia. Dia dibunuh dengan Agen Saraf VX.

Dan Hanya tiga negara mempunyai bahan berkenaan. Iaitu Rusia, Korea Utara dan Amerika Syarikat
Membunuh mengguna bahan kimia yang akan terlerai secara natural dalam tubuh merupakan taktik klasik perisik Korea Utara.

Malaysia mengetahui itu. Dan Pasukan Perisikan Malaysia masuk gear tinggi dan mulakan pembersihan
Kim Jong Un mengugut hendak meletupkan Kuala Lumpur ketika itu jika Malaysia tidak menyerahkan Mayat Kim Jong Nam

Pasukan Tentera Darat Malaysia ATM digerakkan ke kawasan Strategik dan kawasan sensitif Negara ketika itu. Terutama Pasukan Artileri beserta SAM Site Team.
SAM site merupakan Senjata Anti Peluru Berpandu. Malahan Kapal Selam Malaysia KD Tun Abdul Razak dan KD Tunku Abdul Rahman membuat Firing Test di Laut China Selatan sebagai Persiapan untuk apa yang berlaku
Kesemua pergerakkan secara senyap dan tidak diketahui rakyat langsung. Malaysia sedang bersiap sedia ketika itu. Malahan Perdana Menteri mengadakan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara ketika itu
Selepad Mengetahui Pembunuhan dilakukan menggunakan Agen Saraf VX . Pasukan Perisikan Malaysia mula bergerak untuk lakukan pembersihan besar besaran.

Mereka yakin pembunuhan ini dilakukan oleh Perisik Korea Utara
Perisik Korea Utara melakukan kesilapan kerana membunuh Kim Jong Nam di salah satu Kawasan Keselamatan Tertinggi Negara. Iaitu KLIA

Dan memandang rendah Reaction Time Pasukan Keselamatan Malaysia dan Pasukan Perisikan Malaysia. Perisikan kita bertindak dengan pantas dan cekap
Satu jaringan perisik Korea Utara runtuh dimana Assasin, spies, chemist, spy controller and planner, double agent telah di londehkan, di buru dan di tangkap.. Ada juga agen2 Korea Utara di percayai berjaya melarikan diri meninggalkan orang bawahan mereka,
Ada yang bersembunyi dan sedang mencari jalan keluar dari kepungan perisikan Malaysia dan ada yang dipercayai sudah pun membunuh diri.

Tak sampai dua minggu perisikan kita dapat rungkai dan runtuhkan spyring Korea Utara dan kini Indonesia juga mula mengambil langkah sama.
Jika kita lihat taktik menggunakan cecair beracun yang menyebabkan serangan jantung kita terbayang2 cerita James Bond. Tapi ini merupakan realiti.
Assasin NK mungkin telah merancang lama, dengan teliti pembunuhan itu. Mereka ambil kira faktor keselamatan yang ketat di KLIA, dan tidak mustahil sebenarnya rancangan pembunuhan di lokasi High Security macam KLIA bukan ramcangan asal mereka.
Dan mungkin mereka sebenarnya terdesak di sebabkan gagal membunuh mangsa di lokasi yang kurang berisiko.

Membunuh dia di KLIA dan Merendahkan Kemampuan Pasukan Perisikan Malaysia adalah kesilapan besar Perisikan Korea Utara
Perisikan Korea Utara tidak boleh dipandang Rendah. Mereka Dilatih sejak Dari bangku kecil.

Ada yang dihantar One Way Mission. Ada yang menggunakan ejen upahan. Disebabkan itu pembunuhnya bukan Warga Korea Utara tetapi warga Indonesia
Malahan seorang Jeneral Di Pentagon. Kementerian Pertahanan USA. Menyatakan Merisik Korea Utara adalah kegagalan Terbesar Perisikan USA. Bayangkan

Tetapi Malaysia londehkan Hancurkan dalam masa dua minggu
Perisik Korea Utara di hantar untuk Mati

Hanya ada tiga jenis RaKyat Korea Utara yang bekerja di luar negara

"spies, slaves and hostages"
Jaringan Perisikan Korea Utara runtuh. Habis ranap dan Negara lain mula mengikuti jejak langkah Perisikan Malaysia

Pasukan Spy Malaysia terdiri daripada SB PDRM MEIO dan KRD ATM menjalankan tugas dgn sangat baik
Sebab tu Ramai Kata Malaysia buat kerja dalam diam. Kita tidak akan tahu Kredibiliti dan Kebolehan Pasukan Keselamatan sehingga situasi terjadi

Sebabtu ATM digelar pasukan paling Humble di dunia. Merendah diri tetapi cekap
Ramai kata ATM Noob PDRM Noob. Sedangkan mereka buat kerja dalam diam tak harapkan terima kasih. Aku yg mendengar kisah ini. Terkesima.

Yang kata ATM PDRM tak buat kerja itu. Tunjukkan kisah ini pada mereka
Tindakan Tegas ini berjaya menghalang Korea Utara daripada terus mengugut Malaysia dan Berjaya mengelakkan Malaysia daripada jatuh ke kancah Perperangan
Jika ATM dan PDRM tak buat kerja. Korang tidak akan dapat merasaik langsung ketenangan dan keamanan sekarang ni. Mereka tak mintak banyak. Hanya Ucapan Terima Kasih sahaja sudah cukup
P/s . KRD ATM: Kor Risik Diraja Angkatan Tentera Malaysia

SB PDRM: Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia

MEIO: Agensi Perisikan Luar Malaysia
Tidak lupa juga terima Kasih kepada Staf Staf Majlis Keselamatan Negara pada ketika itu

Ini sesuatu yg Kerajaan patut ambil berat. Satu yang merbahaya apabila sebuah negara asing membayar dan melatih warga kerja asing yang kerja di Malaysia sebagai perisik.

Sekian
Feel Free to follow my sharing. RT and like Tq https://twitter.com/Marchfoward/status/1227969633522597889?s=19
Credit also to Malaysia Military Power Website
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: