The Platform – filem alegori sosial manusia dalam keadaan paling lapar.

-Memaparkan sifat tabii manusia itu jahat
-Kelaparan tak dapat dikenyangkan dengan ilmu
-Kritik sistem kelas & kapitalism
-Pemuda sebagai mesej mengubah sistem
-Setiap watak ada simbolik sendiri

#UntaianZM
Apa sebenarnya sifat tabii manusia mempunyai pelbagai perdebatan. Tetapi filem ini memaparkan sifat tabii manusia itu jahat dan mementingkan diri. Idea ini sering dipromosikan oleh aliran legalism dan Thomas Hobbes dalam usaha untuk membina kerajaan yang ketat dan keras.
Menurut Hobbes, manusia sifatnya bukanlah makhluk yang suka bermasyarakat. Manusia sejenis haiwan didorong menurut kepentingan dirinya oleh nafsu makan & syahwat. Manusia jahat boleh berada di mana² kelas.
Dalam filem ini, kelas atas terkenal dengan sifat kurang belas kasihan & kelas bawah terkenal dengan kepentingan dirinya. Tetapi manusia di kelas atas yang selesa berpotensi untuk menjadi baik dan menahan diri daripada menjadi jahat seperti yang dilakonkan oleh watak Trimagasi.
Secara saintifiknya, kadar jenayah memang lebih tinggi dalam kalangan kelas bawahan berbanding kelas atasan kerana pelbagai faktor persekitaran yang buruk mendorong ke arah perbuatan tersebut.

“No man can worship God or love his neighbor on an empty stomach.”
Dalam filem ini, setiap banduan boleh bawa apa saja ke dalam “The Platform”. Watak utama, Goreng (Ivan Massague) membawa buku. Buku yang dibawa oleh Goreng mungkin boleh menjadi simbol bahawa buku dapat menyelamatkan dirinya daripada kegilaan yang didorong persekitaran berkecamuk
Tetapi akhirnya, Ivan sendiri terpaksa makan setiap helaian bukunya untuk mengenyangkan perutnya. Tidak peduli apa terjadi pada bukunya sebagai simbolik tidak pentingnya pengetahuan pada saat ini, dia harus makan untuk hidup.
Apabila kita mahu menyelamatkan orang miskin, pengetahuan dan buku bukanlah asas yang perlu diutamakan, tetapi keperluan asas mereka seperti makanan yang perlu didahulukan. Bagi mereka kenyang dahulu sebelum kita sembang ilmu sampai ke Bulan.
Secara saintifiknya, keselesaan hidup memberikan kelebihan untuk manusia menjadi lebih cemerlang dalam pengetahuan berbanding sebaliknya.

“Poverty is not lack of character. Poverty is lack of cash.”
3. Goreng dan Baharat (Emilio Buale Coka) berhasrat untuk keluar daripada “The Platform” dan mereka diberitahu sistem perlu diubah melalui simbol. Akhir sekali mereka menemui anak kecil yang masih berada dalam keadaan begitu baik, cuma lapar. Anak kecil ini mesej.
Walaupun saya tak setuju, saya faham anak ini mesej untuk mengubah sistem sebagai simbol orang muda adalah pemicu dan penggerak pada perubahan. Ataupun boleh jadi, anak ini merupakan mesej bahawa yang menjadi mangsa sebenar dalam mana-mana sistem yang lemah ialah anak kecil.
4. Apakah metafora bagi setiap watak dalam filem “The Platform”?

Goreng – pada saya Goreng ialah watak simbolik yang menunjukkan golongan yang baru melangkah ke alam dewasa. Yang masih belum mengenali bagaimana dunia sebenar berfungsi seperti orang muda dan belia.
Masih idealistik dan banyak mempersoalkan persekitaran di sekelilingnya. Dia bawa buku kerana orang muda sering diberikan candu bahawa ilmu adalah satu-satunya peralatan yang boleh menyelamatkan pelbagai keadaan walaupun hakikatnya tidaklah betul sepenuhnya.
Trimagasi – watak seorang tua yang telah makan asam garam. Orang yang dah kenal dengan dunia. Watak ini adalah golongan yang menerima realiti seadanya dan beradaptasi dengan realiti tersebut. Trimagasi agak pesimis & tak begitu optimistik apabila digesa untuk melakukan perubahan.
Kalau ada orang muda yang berjuang untuk melakukan perubahan, mereka akan berhadapan dengan golongan seperti Trimagasi. Dia akan cakap, “Aku dah makan asam garam, kau baru setahun jagung, benda ini tak boleh pakai.”
Imoguiri – watak yang menyokong dan mempromosi (advocate) tentang suatu ideologi tetapi jahil dengan kelemahan ideologi tersebut. Dalam filem ini, Imoguiri adalah penyokong pentadbiran “The Platform”.
Dia pernah bekerja dengan petadbiran merupakan simbolik bahawa seolah di betul² memahami suatu ideologi tersebut tapi apabila diaplikasikan pada realiti, baru dia sedar akan kelemahannya. Orang ini di mana². Kuat berpegang suatu ideologi akan jahil kelemahan ideologi tersebut.
Miharu – watak yang memaparkan mangsa sebenar keadaan. Tiada orang percaya bahawa bahawa dia tengah cari anaknya dan anggap dia sedang berdelusi. Mangsa begini adalah dalam pelbagai keadaan dan persekitaran.
Pengarah filem ini, Galder Gaztelu-Urrutia menyatakan, dia membiarkan penonton berimaginasi sendiri apa yang kita boleh dapat daripada filemnya. Ketika ditanya, dia memang banyak tidak jawap kenapa begitu dan kenapa begini.

IMDb: 7/10
Rotten Tomatoes: 84/100
Metacritic: 73/100
Cerita ini sebenarnya ada gaya macam "Parasite" filem Korea. Memang filem dia nampak biasa dan sedikit perlahan. Tetapi penuh dengan simbolik dan mesej. Sebab itu "Parasite" boleh menang pelbagai anugerah. Kalau jenis minat aksi, memang susahlah nak tonton filem macam ini.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: