Sebelum berlakunya lockdown di seluruh dunia, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa ramai yang tidak pernah dengar pun apa itu Zoom.

Namun tahukah anda bhawa aplikasi Zoom sedang berdepan dengan kritikan yang teruk mengenai isu keselamatan dan privasi diperingkat global?
Sebelum itu, untuk rekod, purata penggunaan Zoom sebelum ini hanyalah 10 juta sehari, namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini ianya telah meningkat kepada 200 juta pengguna, dan ini telah mempengaruhi harga saham Zoom kepada lebih 100% peningkatan.
Berbalik kepada isu Zoom - security dan privacy, pada mulanya isunya lebih tertumpu kepada isu - Zoomboombing je, iaitu aktiviti troll masuk ke dalam session Zoom conference orang lain dan meyibuk, alah macam photoboombinglah.
Dilaporkan banyak berlaku kejadian di mana, sesi zoom conference dizoombombing oleh individu tak bertanggungjawab, ada yang masuk conference kuliah, conference sekolah dan menyibuk dalam tu, lebih teruk ada yang letak porn dan gambar lucah, dalam tu pulak ada kanak-kanak.
Untuk yang tertanya-tanya macamana senang sangat Zoombombing berlaku?

Sebenarnya benda ni terjadi sebab fungsi Zoom itu sendiri. Compare to other apps, Zoom hanya guna angka utk mudahkan sertai conference, disalahguna prankster/troller hanya perlu tikam untuk join conf org lain
Pada mulanya hanya isu Zoombombing menjadi perhatian ramai, dan Zoom pun dapat atasi isu tersebut dengan enable waiting room by default yang mana sapa nak join masuk waitign room dulu sebelum diapprove hoster..

Namun macam biasa lah, bila dah dapat perhatian, orang mula korek..
Dan bukan isu Zoombombing je yg para pengkaji kselamatan komputer jumpa, byk lagi kelemahan yang lain dijumpai, diantaranya:

- Ribuan rakaman zoom terdedah secara terbuka dan boleh diakses

Rupanya zoom ada function rekod dan oleh sebab string generated boleh google search je..
- Kecurian password windows
- Windows dan Mac Malware
- IOS profile sharing
- Email dan profile photo sharing

*Boleh rujuk gambar dan status terkini
Selain itu, ada banyak lagi isu-isu panas berkaitan Zoom kalau korang google sejak minggu lepas, antara yang menarik perhatian adalah:

- FBI keluar warning
- Zoom kena saman sebab jual data ke FB
- Few big comp mcm Tesla, Apple haramkan zoom.
- AG NY semak zoom privacy practice.
Terbaru, bila dah kecoh..Zoom keluar statement akan freeze new feature selama 90 hari untuk perbaiki isu privasi dan keselamatan mereka..

Boleh baca di sini:
https://blog.zoom.us/wordpress/2020/04/01/a-message-to-our-users/

Harapnya semua issue yang menjadi perbualan dapat di fixlah hendaknya..
BTW..sebenarnya ada banyak je platform lain yg lebih realible daripada Zoom tapi tak popular.. contohnya sperti dibawah - webex, houseparty, starleave, whereby, hangouts etc..

Malah banyak lagi yang berbayar tengah buat promo free kuota.

Sekarang lah masa untuk exploring..
Dan kalau guna untuk benda rasmi, macam company ke, business deal ke better pakai yang paid lah, macam - teams, hangout-meet,selamat sikit enterprise level camni.
Untuk yang komen houseparty 👇👇 https://twitter.com/mkhairulazri/status/1246828808079953920?s=19
Taiwan pulak ban kan Zoom 👇👇👇 https://twitter.com/business/status/1247421679304933377?s=19
Hmm hmmm MKN ada keluar pekeliling rupanya..
You can follow @mkhairulazri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: