(Thread)
Aku akan kongsikan pengalaman hidup dan niaga aku sejak dari kolej naik ke Uni sampai bina syarikat di Guangzhou dan dapat membina organisasi kecil di Malaysia. Dalam thread ni aku akan kongsikan apa aku belajar dari orang lain, buku, Youtube dan lain-lain.

Yang pertama sekali, "follow your talent not your passion" ni adalah kata-kata dari Scott Galloway dalam buku dia "The Four", buku ni ada menceritakan tentang 4 jenama besar di dunia: Google, Amazon, Facebook dan Apple. Dalam bahagian akhir, SG ada bagi nasihat kepada semua.
Nasihatnya sgt berguna utk anak muda sekarang, yg mana zaman skarang anak muda terlampau terjerumus kpd mindset mengejar sesuatu yg salah. SG cakap: "Orang kaya adalah mereka yg berbelanja kurang dari pendapatan mereka; mereka yg earn 1million tapi spend 1million sbnrnya miskin."
Ini sesuatu yg benar yg aku sedar. Passion kau kena sejajar dengan demand market, apa yg kau suka tak semestinya boleh buat duit. Aku suka main skateboard, aku pernah berimpian mempunyai jenama skate sendiri, tapi lama kelamaan aku sedar, benda yg aku suka tak boleh sara keluarga
On the other hand, kemampuan Mandarin aku yg aku belajar sejak tadika adalah satu talent yg aku ada. Aku dpt gunakan kemampuan bahasa aku tu untuk bawa orang niaga, menjadi penterjemah, menjadi guru, membuat order online etc. Mandarin bukan passion aku, tapi talent aku.