Okay i nak buat thread murder/psycho cases yang i dah baca minggu ni
Tak rumit sangatla i bukan lawyer just nak share sajoh.

A serial killer dalam sejarah Hungarian. Datang dari family yang kaya raya and Elizabeth sendiri duduk dalam Ecsed Castle. Masa umur 11 tahun dia dah bertunang dengan Ferencz Nadasdy and moved to be with her future husband's family dekat Nadasdy Castle. Kahwin umur 15

Tiga tahun lepas kahwin, Ferencz jadi ketua kommander untuk askar. He took particular pleasure (personally) in devising tortures untuk banduan. And diorang kabo dia prektis untuk Elizabeth jugak
Before Ferencz ni mati dia ada buat torture chamber untuk memenuhi passion Elizabeth dalam aktiviti torture dia. Tapi time ni Elizabeth punya perangai terkawal lagi
Lepas Ferencz ni mati, Elizabeth macam membuak buak passion untuk torture orang lebih dari suami dia buat dekat orang. Dia enjoy gila tengok orang terseksa. Ada article lain tulis jugak yang dia minum darah perempuan perempuan muda yang dia seksa untuk kekal muda.
Antara kekejaman dia; dia akan push kuat kuat needles dekat jari jari and tumit kaki maids dia
Pastu tengah darah darah tu dia sapu madu bagi insects dengan semut hurung. Tak boleh lap! Kalau tak lagi teruk kena

Selain tu benda paling simple depa kata dia letak red-hot coins and keys dekat muka, tangan or genitalia.
Masa musim sejuk pulak dia tolak young girls dalam snow and curah air sejuk dekat diorang dia enjoy tengok diorang membeku
Siapa macam nak mati tu dia biarkan je mati.


She also take great delighty in biting the flesh of faces and other parts of the body - hidup hidup. Ada orang claimed orang yang mati dekat tangan Elizabeth tak terkira. Ada cakap lebih 650 orang. Maids dia pun bagitahu ramai gila tak terkira
Disebabkan family Elizabeth ni jenis high ranking punya orang, semua rumors dengan complaint pun dia terlepas sampai satu time tu dia punya mangsa tu anak orang orang berpengaruh. Time tu baru tindakan start diambil

Banyak sangat reports dibuat against her. Tapi sebab pengaruh family dia just kena penjara dalam rumah sendiri (which is castle kot) takleh keluar beberapa tahun. Ingat dia duduk diam ke? Dia sambung activity dia dalam tu torture maids segala
Ada saksi saksi pernah nampak Elizabeth tikam mangsa dia or biting their breasts, kaki, muka dan tangan. Then gunting diorang. Oh tak lupa jugak dia sticking needles dekat bibir
Masa Elizabeth kena duduk diam diam kat rumah tu, bilik yang dia duduk tu tower room. Tingkap tingkap semua pecah jadi dinding. Dia cuma ada satu lubang ke pintu entah untuk bagi makanan. Beberapa tahun dia kat sana pastu dia mati. Umur time tu 54
Tapi tadi i kata dia sambung torture kan? Itu betul jugak sebab Elizabeth ada geng antara maids untuk buat kerja keji tu.
Kebanyakan target Elizabeth ni perempuan perempuan muda. Ada sekali tu masa siasatan, diorang jumpa ramai sangat perempuan yang lebam lebam kena belasah, ada yang kena kurung
Lepas settle bunuh bunuh, Elizabeth tak peduli pun mayat tu semua lantak pi. Kalau ada bau yang menyesakkan pun dia sumbat mayat mayat bawah katil 






Kalau dia dah tak tahan bau mayat bagai dia suruh orang keluarkan and campak lah mana mana area castle yang orang tak nampak. Selamba gila. Masa siasatan, banyak gila jumpa body parts dengan mayat dekat sekaliling castle
On 7 Jan 1611, 4 maids yang bekerjasama dengan Elizabeth didakwa. Of these, sorang maid terlepas. While Elizabeth kena duduk seumur hidup dekat tower room, 2 orang maid dia kena potong jari jari and kena bakar dekat tempat bakar mayat tu. Sorang lagi kena potong kepala
The most profilic serial killer dekat Victorian England. Antara mangsa mangsa dia adalah mak dia sendiri, kekasih dia sendiri, husbands dia sendiri and anak anak tiri dia sendiri! Anak tiri dia 13 weh, 10 dia bunuh

Mary Ann asal dari keluarga yang tak besar sangat. Bapak dia pun forever struggling to make ends meet. Hidup pindah randah dengan harapan ada peluang untuk hidup yang lebih baik. Tapi tak sempat, bapak dia meninggal

Mak dia kawen lain. Bapak baru dia kewangan stabil. Apa yang sama bapak tiri dengan bapak kandung dia adalah kepercayaan. Diorang percaya kena besarkan anak dengan strict discipline. Mary Ann tak tahan then dia lari rumah
Mary Ann dapat kerja as a private nurse. Dia balik semula ke family dia lepas 3 tahun dan tengah pregnant. Time pregnant tu dia kahwin dengan (1) William Mowbray. Terus dia tinggalkan family dia :')
Dekat buku kata depa kawen 13 tahun sebelum William mati. Anak time ni ada 9
Masa William mati, 2 anak je still hidup. Then Mary Ann pindah bawak anak dia duduk tempat lain

Lepas pindah tu dia bercinta pulak dengan Joseph Natrass (lover) who was engaged to another women. Time ni salah seorang anak dia yang hidup tu pun mati. Lepas Natrass kawen, Mary Ann pindah lagi bawak anak dia sorang yang still hidup tu
Oh dia balik ke Sunderland rumah family dia lah. And dia send anak dia tinggal dengan neneknya. Mary Ann time tu dapat kerja dekat Sunderland Infirmary House of Recovery sebab dia kan nurse uols
Masa kerja tu dia jumpa seorang pesakit nama (2) George Wand. Lepas George discharged depa terus kahwin. Pastu lepas kahwin George jatuh sakit sampai mati. Mary Ann tuduh dokter laki dia malpractice!
Lepas George mati, Mary Ann pindah lagi. Then dia bekerja dengan (3) James Robinson, a shipwright yang baru kematian isteri dengan 5 orang anak. Mary Ann jadi housekeeper
Time tu tiba tiba anak bongsu James mati mengejut sebab gastrc fever. Mary Ann time tu acah acah concern and offer comfort dekat James. Know know pregnant!

Then Mary Ann dapat berita mak dia sakit so dia balik lah jenguk tapi time dia balik mak dia dah sihat. YET 9 DAYS LATER, SHE WAS DEAD.
Mary Ann bawak lah anak dia yang mak dia jaga tu balik ke rumah James. Sampai sampai je anak dia sakit perut, 2 anak James pun kata sakit perut. By the end of April macam tu, ketiga tiga nya mati 




Tapi James tak syak apa apa pun then dia ajak Mary Ann kahwin. Anak James yang ada dalam perut Mary Ann pun selamat lahir. Tapi hidup 3 bulan je.....
James sedih gila anak dia yang ni pun mati sampai rumahtangga diorang goyah macam dilanda todak. Marah betul dia walaupun time tu Mary Ann tengah pregnant sekali lagi.
Time tu James baru perasan Mary Ann running up debts tanpa pengetahuan dia. Duit yang dia bagi suruh bayar macam macam tu masuk poket Mary Ann rupanya. Then time tu jugak banyak barang berharga dalam rumah hilang!
James confronted anak dia yang sulung kalau tak silap and dia bagitahu Mary Ann paksa pergi gadai barang barang tu. 2 tahun lepas kahwin, James halau Mary Ann keluar dari rumah dia
Duduklah Mary Ann dekat lorong. Her luck began to change bila kawan dia (Margaret Cotton) introduce her brother ((4) Frederick Cotton. Galok eh Mary Ann
Time ni Frederick duda and suffered through the deaths of 2 dari 4 anak anak dia. Lepas beberapa bulan jumpa Mary Ann, sorang lagi anak dia mati sebab sakit perut
Dan seperti dijangka Mary Ann pregnant anak Frederick. Masa pregnant awal awal tu, kawan dia yang Margaret pulak mati sebab sakit yang sama dengan anak buah dia.
Walaupun Mary Ann still married to James (3) - a secret she kept from (4) Frederick - then Mary Ann tetap kahwin dengan Frederick. Shortly after lahirkan baby dia yang ke 11, Mary Ann dapat tahu kekasih lama dia si Joseph Natrass no longer married!
Not only did Mary Ann quickly move to resume the relationship, somehow dia berjaya pujuk husband dia si Frederick untuk pindah berdekatan dengan kekasih dia tu. 2 hari selepas 1st anniversary dia, Frederick mati sebab gastric fever.
Shortly lepas Frederick mati, Mary Ann bawak kekasih dia si Joseph Nattrass balik rumah as "penyewa". Lain macam perempuan ni ya
Walaupun dapat banyak duit insurans si Frederick ni, Mary Ann still nak pergi kerja as nurse for John Quick-Manning who was recovering from smallpox. Teka apa jadi pastu?
Pregnant la apa lagi lol
Dalam beberapa minggu je death visited the Frederick Cotton's house banyak kali. First, Frederick. Followed by anak 1st Mary Ann dengan Frederick. Before nak tanam anak dia tu si Joseph Nattrass also died uols

.. but only after rewriting wasiat untuk tukar semua harta dia ke Mary Ann.
One again pregnant, this time with John Quick Manning, Mary Ann terpikir nak kahwin. Cuma dia rasa yang menghalang dia anak Frederick yang lagi sorang last lepas semua mati tu.
Time tu Mary Ann berharap dia boleh hantar anak frederick tu ke workhouse. Workhouse tu macam institusi untuk orang yang tak boleh support diri sendiri. Semua accomodation ada situ. And ada peluang employment blablabla
Time tu ada sorang mamat ni nama dia Thomas Riley, a minor parish official, kata dia kena teman budak tu kat sana. Tak boleh tinggal gitu je. Terus Mary Ann declined bahaha
Siap cakap anak dia tu tak sihat dan takkan menyusahkan dia pun sebab macam yang lain lain yang ni pun nanti dah nak mati. Gitu keji. Padahal Thomas tengok budak tu sihat je
Then 5 hari lepas tu budak tu mati. Thomas macam rasa minah ni mencurigakan lalu pergi ke village authorities and urged an investigation
Siasatan dijalankan tapi apa yang depa dapat, indeed, anak dia died of natural causes. Mary Ann kata Thomas saja jeh nak burukkan nama dia
Benda ni masuk berita sampai reporters berminat nak korek cerita Mary Ann. And discovered that she had buried 3 suami, kakak ipar, lover, mak, lebih kurang 12 anak, nearly all of whom had died of stomach ailments.
The revelations caused dokter yang merawat anak last Mary Ann yang mati tu to reopen his investigation. He soon jumpa traces of arsenic dalam perut budak tu.
Mary Ann kena tangkap and body anak dia disiasat semula. Proceedings lama gila sampai dia dah lahirkan anak John Quick Manning tu. Masa trial Mary Ann attempted to explain anak dia tu mati sebab inhaled arsenic yang ada dalam dye wallpaper rumah dia

Dalam buku tak kabo macam mana Mary Ann guna arsenic untuk bunuh semorang know know semua sakit perut bagai pastu mati. Theory Mary Ann tadi was dismissed and dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
Her death was long and painful sebab hangman miscalculated the required drop.

Kehidupan yang terdesak Mary Ann buat dia bunuh semorang untuk dapatkan duit insurans dengan harta. Dia sanggup bunuh sape je yang menghalang. Don't be like Mary Ann occayh guys.
Tapi i skip lah Ted Bundy ni kat netflix pun ada kot? Movie hat hero Zac Efron pun hado. Nanti i sambung yang ke 4 later!
