Semalam, Saintis terkemuka Amerika Syarikat Dr Harvey Fineberg mencadangkan enam langkah untuk memerangi Covid19 di negara tersebut.

Dan semua enam langkah itu, Malaysia dah buat sejak pertengahan Mac...

Ini adalah untaian tweet.
Dr Harvey Fineberg menulis selepas New York tidak cukup ventilation untuk pesakit covid19 yang meningkat dengan mendadak. Tulisnya "Matlamatnya bukan hanya untuk meratakan tetapi menghancurkan lengkungan.
Menurutnya Amerika Syarikat memerlukan 10 minggu untuk menghancurkan lengkungan tersebut dan menetapkan enam langkah untuk diambil.
Ketika saya membaca enam langkah tersebut, saya perasan, satu persatu sebenarnya dilaksanakan di Malaysia sejak pertangahan bulan Mac lagi.
Malaysia yang memang dikenali sebahagai antara negara yang mempunyai sistem kesihatan terbaik dunia, mendahului dari segi perlaksanaan langkah mengawal Covid19.

Apa enam langkah tersebut?
Pertama beliau mencadangkan Presiden Amerika, Trump perlu melantik seorang komander bukan hanya "penyelaras," yang mempunyai kuasa "untuk menggerakkan setiap aset awam dan tentera yang diperlukan untuk memenangi perang ini"
Setiap gabenor (MB/KM) juga perlu melantik seorang komander yang mempunyai kuasa serupa di peringkat negeri. "Jika kita tidak mempunyai struktur arahan dengan orang yang bertanggungjawab yang boleh mengerakkan dan membuat pilihan strategik,"
Dan di Malaysia komander kita yang dilantik oleh Perdana Menteri @muhyiddinyassin dan mengikut undang-undang sedia ada untuk memerangi Covid19 adalah MENTERI KESIHATAN.
Jika kita lihat hari ini, Menteri Kesihatan @DrAdhamBaba adhambaba yang mengarahkan polis dan tentera juga MKN dalam perang melawan covid. Punca kuasa adalah Akta Penyakit dan Kawalan Penyakit 1988. Jelas ia adalah komander bukan penyelaras.
Arahan MENTERI KESIHATAN untuk mengenakan PKP, mengetatkan PKP, mengarahkan tentera membantu polis, mewartakan kawasan-kawasan kuaratin dan lain-lain.
Selain itu, PM @MuhyiddinYassin juga menurunkan kuasa kepada MB dan KM negeri-negeri untuk mengetuai operasi di negara masing-masing. Seperti yang kita lihat sejak pertengahan Mac.
KEDUA cadangan Dr Harvey Fineberg adalah Amerika perlu menjalankan berjuta-juta ujian diagnostik dalam dua minggu akan datang. "Ujian adalah bentuk kecerdasan kita" dalam pengertian tentera.
Malaysia mulai awal April telah membuat saringan pada kadar 16,000 sehari dan keupayaan ini sedang dipergiatkan dengan memperbanyakkan makmal dan memaksimumkan penggunaannya.
KETIGA, semua pekerja penjagaan kesihatan harus memiliki akses ke peralatan perlindungan pribadi (PPE) yang cukup, kata Fineberg. "Kita tidak boleh menghantar askar ke medan pertempuran tanpa gear,"
Malaysia menambah peruntukkan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM1.5 billion sejak krisis ini bermula pada Februari lalu. Termasuk RM1billion yang diluluskan PM Muhyiddin minggu lepas.
KEEMPAT, rakyat perlu dibahagikan kepada lima kumpulan.

1. Mereka yang dijangkiti
2. Mereka yang dianggap dijangkiti berdasarkan gejala
3. Mereka yang terdedah kepada seseorang pesakit
4. Mereka yang tidak diketahui telah terdedah atau dijangkiti
5. Mereka yang pulih
Orang2 dalam dua kumpulan pertama dimasukkan ke hospital -jika sangat sakit, yang bergejala sederhana dan ringan diletakkan di "infirmaries" (seperti pusat konvensyen yang ditukar). Orang yang terdedah kepada COVID19, tetapi bergejala, dikuarantin di hotel selama dua minggu.
Nampak tak bagaimana KKM menukar MEAPS menjadi hospital 600 katil untuk yang bergejala sederhana serta ringan, untuk memberi ruang kepada hospital menempatkan mereka yang 'sakit berat'.
Manakala semalam Menteri Kesihatan mewartakan 48 hotel sebagai Pusat Kuantin tambahkan kepada lebih 100 pusat latihan yang telah diwartakan sebelum ini.
KKM dan MKN sedang mempersiapkan senario untuk mengasingkan rakyat sebagai langkah menghancurkan lengkungan.
KELIMA, kempen perlu dipergiat untuk "menggerakkan orang awam" dalam memerangi Covid19. "Setiap orang mempunyai bahagian" dan penting untuk belajar dari pengalaman sebenar apabila kita mula membuka kembali pejabat dan kedai dan mewujudkan peraturan baru sewajarnya.
Jika semua orang memakai topeng, orang yang dijangkiti tetapi belum menunjukkan tanda-tanda akan kurang menyebarkan penyakit!
KEENAM penyelidikan "real-time" COVID19 untuk mengkaji soalan-soalan seperti SIAPA mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi daripada penyakit itu dan sama ada mereka yang belum mencegah virus itu supaya orang ramai dapat kembali bekerja dengan selamat dalam keadaan tertentu.
"Masyarakat yang berbeza akan berada di peringkat kejayaan dan kesediaan yang berlainan," kata Fineberg. Kita dapat melihat betapa baik dan selamat strategi tertentu dalam perlaksanaan dan kemudian "mengkritiknya untuk diperbaiki dan dilaksanakan di seluruh negara"
@KKMPutrajaya telah mengumumkan bahawa mereka melaksanakan audit untuk melihat sebab-sebab kematian semua pesakit covid yang diketuai oleh Dr Chris.
Nampak... apa yang Malaysia buat dicadangkan untuk dibuat oleh ketua saintis terkemuka kepada kerajaan Amerika dan macam biasalah, orang putih ini tidak mahu kalah, untuk mengatakan mereka belajar daripada negara membangun macam Malaysia.
Tapi yang nyata, samada kita nak akui atau tidak, kerajaan Malaysia berada di atas landasan yang tepat dan memimpin dunia menangani Covid19.

Tahniah... @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba @dghisham @KKMPutrajaya dan semua pihak di barisan depan melawan covid19
You can follow @ayathelme.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: