RAMAI BISING BERKENAAN KES KEHILANGAN DUIT DALAM BANK BANK TERTENTU SEKARANG NI.

Mesti ramai perasan kan kalau ratus ratus, ribu ribu. Cuba kalau hilang 1 sen setiap org, ada ke yang cek dah kesah?

Jom baca thread 'pencuri 1 sen legend' ni. Nama & cerita dia memang famous dulu.
1. Pernah dengar nama Aman Shah?

Mungkin generasi sekarang sudah tidak kenal nama ni. Femes kisah dia ni. Ada yang dah tahu, ada yang belum. Secara ringkas, beliau adalah pegawai di sebuah bank dan berjaya mencuri 1 sen demi 1 sen dari setiap akaun di Bank beliau bekerja
2. Aman Shah ni graduan akaun daripada iTM (UiTM) dan berumur 24 tahun ketika melakukan jenayah ini. Tempat dia bekerja adalah di Bank Hock Hua di Cawangan Raja Laut.
3. Dia telah hadir ke kursus untuk meningkat skillnya dalam melaksana operasi dan telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua di Jabatan Pemprosesan SPEED. SPEED tu shortform untuk Sistem Permindahan Electronik Untuk Dana dan Sekuriti.
4. Jadi dengan jawatan ni lah beliau berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM 41 juta. Dalam 14 hari sahaja beliau berjaya mengumpulkan sebanyak RM 4 juta.

5. Sumber menyatakan bahawa dia memindahkan wang 1 sen setiap hari dr setiap akaun itu semua ke akaun proxy di bank lain.
6. Macam mana kantoi?

Sebab dia ni peminat kereta mewah dan sports, jadi beliau sehingga ditemubual untuk rancangan TV bertajuk Sekapur Sireh dkt TV 3 pada 3 Jun 1990.
7. Masa ni dia bangga share pasal koleksi kereta dia. Time ni jugak bekas bos dia ( dia dah berhenti masa ni) pun tengok rancangan TV tu masa ni dan mula pelik dan rasa something wrong.

Tak logik kot gaji RM 1800 boleh beli kereta macam tu semua?
8. Dengan semakan audit dan bukti bukti yang ada, bekas bos dia pun report polis dan Aman Shah pun di tahan di rumah mewahnya 3 hari selepas itu.

9. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Seksyen KL.
10. Segala duit yang dari Bank Hock Hua tu dia pindahkan ke akaun agensi pengiklanan bistro dekat Bank Bumiputra.
Boleh follow saya untuk thread yang menarik dan berkisarkan isu semasa yang lain.

Berikut adalah antara thread yang sama pernah lakukan. https://twitter.com/aidi_ezzhar/status/1237524481431629826?s=19
You can follow @aidi_ezzhar.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: