KISAH SAYA MENANGANI ISU ONANI

Sepanjang saya buka Twitter ini, antara isu yang paling popular sy dapat adalah isu onani.

Ramai yang DM saya mengenai

“Cara dan tips untuk kurangkan onani / berhenti onani”
Terus terang. Sy tidak percaya dengan “tips” yang buta tuli semata. Kalau cerita tips sahaja pun, sy yakin, ramai yang tidak faham kenapa nak kena buat.

Tetapi saya ada kisah sendiri dalam mengenai ini. Dan saya rasa ingin berkongsi supaya boleh dipelajari.
Dan terus terang. Sy sangat memahami.

Sy hanya percaya dengan satu benda :

Keinginan kuat, mesti boleh. Kalau tak boleh, maka keinginan tak cukup kuat. Lembik. Lelaki apa lembik begini.

Itu yang sy kata pada saya sendiri.
Kisah ni agak mendalam dan thread agak panjang.

Ini mengenai perjalanan saya sendiri suatu ketika dahulu.

Semoga kisah ini boleh diguna pakai dan dipelajari oleh semua.
MUKADIMAH : LATAR BELAKANG.

Sy sendiri mula beronani umur 11 tahun. Tetapi sy tidak tahu apa apa, dan terjumpa pun secara tidak sengaja.

Sy sangat jarang buat waktu itu.

Mula aktif sekitar 15 tahun.

Paling aktif dikala 18 tahun.
Titik perubahan saya, bermula pada sewaktu sy umur 20 tahun.

Untuk pengetahuan tuan tuan, sewaktu sy 20 – 24 adalah waktu yang sy betul betul belajar banyak benda baru untuk bekalan saya kemudian hari.

Ilmu urutan batin dan hal ehwal zakar ini salah satunya.
Pada waktu ini, sy sudah berurut batin sebulan sekali dengan guru saya waktu itu.

Sewaktu ini lah sy peroleh kesedaran dan ilmu mengenai hal ehwal begini, dan sy benar nak mengubah diri saya kepada yang lebih baik dari sebelumnya.

Onani, salah satunya.
LANGKAH PERTAMA

Yang pertama sekali adalah percubaan. Saya tahu saya tidak akan terus berhenti 100%. Jadi memang ada trial dan error.

Sy berhenti beransur ansur dan perhatikan sendiri bagaimana perkembangan terhadap sy sendiri dalam jangka masa 2 bulan pertama.
Antara yang terawal saya perhati adalah selepas berurut batin, ia jadi kembang. Tetapi selepas beronani, ia kembali mengecut.

Dari situ bermula penjagaan zakar yang lebih serius bagi saya.

Dan dari situ jelas saya nampak kesan onani pada zakar saya.
Sy tidak takut untuk try dan error.

Sebab setiap satu akan timbulkan persoalan, dan sy boleh cari jawapan untuk persoalan persoalan itu.
Dalam 2 bulan pertama, sy perhatikan zakar sy lebih besar dan keras daripada biasa.

Badan sy rasa lebih cergas dari biasa.

Dan minda saya jadi lebih tajam.

Banyak sudut kehidupan saya mula berbeza dan improve ketika waktu ini.
Tetapi, dengan "fasa percubaan" berhenti yang pertama ni, ada timbul banyak benda lain waktu ini.

Satu persatu saya cuba memahami lebih mendalam.
FASA PERTAMA

Ada banyak yang timbul secara serentak semasa awal2 waktu pertama ni. Tapi takda la perit pun. Senang je sebenarnya. Antaranya:

1. “Nafsu” yang palsu

Kenapa saya kata “nafsu” yang palsu instead of nafsu sendiri? Pada waktu2 pertama memang nafsu rasa pelik sikit.
Anda ada rasa geli geli dan terasa nak beronani? Itu semuanya adalah nafsu yang palsu.

Bukan bermaksud anda nafsu kuat. Tidak.

Itu hanyalah zakar anda yang sudah terbiasa menerima rangsangan onani.

Kini dengan “jadual” yang baru, zakar sedang membiasakan diri.
Pada waktu ini zakar berada dalam keadaan paling sensitive.

Nak basuh pun ataupun ketika mandi, rasa geli geli.

Mula jadi naik turun tak semena mena, kadang kadang boleh sampai senang senang keluar air mazi.
Cara terawal saya adapt?

Saya memang jenis yang semula jadi minum air banyak. Sehari 2 – 4 botol besar.

Jadi saya kencing banyak, dia flush sendiri. Setiap kali lepas kencing saya berasa lega sedikit.
2. Keluarnya Air Wadi.

Air Wadi, atau, semen leakage. Terjadi apabila kantung air mani (bukan telur) sedang menyesuaikan diri dengan air mani yang banyak dari biasa.

Bila terbiasa beronani terutamanya waktu muda, kantung ini tidak sempat membesar sebab air mani selalu keluar.
Bila sudah berhenti, baru kantung itu mula membesar.

Sy sendiri experience benda ini. Agak panic pada awal, tapi saya buat kajian sedikit di internet waktu itu, maka sy berikan masa untuk perhati.

Hanya berlaku pada bulan pertama sahaja. Selepasnya, tak ada lagi dah.
3. Saya tak tahu nak buat apa.

Pada waktu ini, saya masih lagi sangat mentah dan sedang memahami mengenai hal ehwal begini. Jadi sy memang tak tahu nak buat apa.

Guru saya pula adalah seorang perempuan, dan dia tak pernah mengalami sendiri perkara begini.
Solution dari dia, hanya berurut sahaja dan beberapa petua pantang larang.

Tetapi saya masih lagi nak memahami dari sudut medical dan sains mengenai ini, dan sudut pandang sebagai seorang lelaki.

Saya hanya seorang diri sahaja.
Jadi saya banyak merujuk kepada artikel artikel mengenai kesihatan lelaki mengenai ini.

Saya masih lagi tewas dalam bulan pertama, tapi apa yang saya fikir, saya hanya lepaskan sekali sahaja dan secara berhati hati.

Sebab saya tahu saya masih lagi dalam fasa penyesuaian diri.
Pada 2 bulan pertama, saya berjaya kurangkan daripada 2 minggu 1 kali kepada 1 bulan 1 kali.

Waktu ini seluruh badan saya memang benar benar rasa perbezaan.
FASA KEDUA : NAFSU YANG SEBENAR

Masuk bulan ketiga. Setiap awal bulan, sy berurut batin.

Kali ini zakar sy memang jelas terasa perbezaan yang sangat ketara.

Sy juga sudah memahami serba sedikit bagaimana ianya berfungsi.
Saya dah mula boleh kawal. Tetapi. Keinginan untuk beronani itu, tetap ada. Dan ianya memang muncul secara berkala.

Nafsu saya memuncak. Waktu ini saya sedar punca semua ini boleh datang daripada kawalan nafsu saya sendiri.

Bukan kawal zakar sahaja. Dua benda yang berbeza.
Punca semua keinginan itu adalah nafsu. Bukan zakar.

Nafsu ini datang dari minda saya, badan saya.

Lagi lagi apabila umur awal 20an, hormon memang benar benar memuncak.
Hormon memuncak ni memang perlu untuk badan saya, tetapi, macam mana nak kawal perasaan ni?

Macam mana saya nak buang benda ni? Fokus sahaja aktiviti harian seperti biasa?
Langkah pertama saya?

1. Doa.
Ya, saya berdoa. Ini yang pertama sekali saya buat. Sebab nafsu saya memang kuat.

Dan tidak ada manusia lain yang boleh faham. Tuhan je yang tahu.

Pada Dia sy berdoa mohon sy mampu kawal. Berulang kali.
Siapa je yang nak tolong kita dalam keadaan macam ni? Terutamanya mengenai aib sendiri.

Kalau ikut agama, disuruh untuk berpuasa. Saya sudah cuba, memang tak boleh.

Puasa tidak membantu diri saya pada waktu ini. Jadi saya berdoa mintak tolong pada Tuhan. Dia yang cipta saya.
2. Memahami Nafsu = Tenaga Seksual

“The problem itself is not the problem. The real problem lies on HOW you see the problem.”

Persepsi asal saya, adalah, nafsu ini adalah satu bebanan.

Yang ternyata, bagaimana saya lihat nafsu itu sendiri itulah yang beban sebenarnya.
Perasaan bernafsu bermaksud badan saya sihat.

Testosterone dan pheromone sedang tinggi.

Usaha untuk “memadam” perasaan ini adalah berbahaya, dan tidak bagus untuk zakar dan badan saya sebagai seorang lelaki.
Nak elak daripada onani / berzina, sampai padam perasaan ini terus, bahaya pula untuk badan saya.

Testosterone boleh turun menjunam, dan membawa kepada permasalahan yang lain.

Tetapi sihat apa kalau rasa menyangap macam ni sepanjang masa?
Setelah membuat kajian sedikit melalui pembacaan artikel, buku, forum, dan Youtube, saya perasan 1 benda yang rata rata sexual therapist sebut.

Mereka tak panggil Nafsu ini sebagai “Sexual Desire” ataupun “Lust”.

Mereka panggil sebagai “Sexual Energy”, atau, Tenaga seksual.
Maka, saya kaji lebih dalam lagi mengenai Sexual Chakra.

Sebuah bentuk tenaga yang semua orang ada, lelaki ataupun perempuan.

Dari sini persepsi saya berubah. Serta merta rasa beban nafsu yang berat tu berasa seperti tidak ada masalah.
Saya tiba tiba rasa saya boleh benar benar mengawal. Macam suis.

Nafsu itu tetap ada, dan tetap tinggi. Itu bermaksud saya ini sihat sebagai manusia.

Tapi saya yang miliki dia. Bukan dia miliki saya.

Ia hanyalah satu jenis tenaga dalam badan saya.

Ini yang saya pegang kuat.
3.“Tenaga Seksual Banyak Banyak, Buat Apa? Simpan Je Ke?”

Research says kalau simpan buta tuli, umpama pendam perasaan kat dalam, adalah sangat tidak elok untuk physical dan mental, yang seterusnya akan memberi kesan pada kesihatan.

Boleh cari sendiri artikel banyak.
Seks memang bagus. Ejaculation secara berkala memang bagus. Tapi saya ni belum berkahwin.

Lagi satu, kalau simpan je dalam, benar benar boleh makan dalam.

Dah boleh lead kepada sexual depression pula. Testosterone boleh turun. Penyakit lain pula.
Jadi waktu ini, pesanan sexual therapist merata di internet, adalah untuk alihkan tenaga ini kepada banyak aktiviti aktiviti lain.

Disini saya mula benar benar alihkan.

Dengan badan yang lebih cergas setelah berhenti onani, sy banyak cebur aktiviti lain.
Bersukan, bersosial, teruskan belajar benda baru. Sy menjadi lebih produktif daripada biasa. Kalau sebelum ini 100%, kali ini sy 300%.

Sekali lagi, saya try dan error, untuk mencari apa yang paling terbaik untuk diri saya, sebagai coping mechanism.
4. Coping Mechanism Paling Sesuai Dengan Saya.

Yang saya kenal pasti untuk diri saya ada tiga : Bersenam (Gym dan Home Workout), Food Hunting, dan juga, Bercakap.

Ya. Bercakap. Macam pelik sikit, but socializing can actually help a lot, untuk diri saya.
Bersenam tu sedia umum tahu dan berulang kali saya tweet.

Food hunting pula, saya tetap kena jaga nanti badan naik.

Nak alihkan hobi saya yang lain? Hobi saya pula membaca dan banyak melibatkan computer, jadi tidak bergerak sangat pula.
Tapi untuk saya, yang paling selesa dan berfungsi adalah bercakap. Social skills.

Daripada small talks, sehingga sembang di kedai mamak dengan kawan sampai subuh.
Tanya khabar makcik yang jual nasi lemak pagi pagi.

Tegur mamak dekat kedai.

Berkenan dengan that one girl, terus approach. (Crush is for losers)

Tenaga seksual yang ada, telah diubah, menjadi suatu tenaga yang lain, tenaga yang buka perhubungan baru dan peluang hidup.
Perkara ini memang terus jadi habit saya, dan improve banyak benda dalam kehidupan saya. Saya bertambah yakin, bertambah berani.

Perhubungan dengan orang ramai lebih baik.

Degree saya, dalam kerja saya, social skills saya, bertambah baik secara mendadak.
Secara tidak langsung, develop character saya sehingga saya yang sekarang ini.

Semuanya datang dari keputusan saya untuk berhenti onani, ketika saya berumur 20.
Orang nampak saya macam extrovert, padahal, saya cuma ada tenaga seksual yang sangat banyak dan saya perlu alihkan ke tempat lain dari asalnya.

Tuhan je tahu. Aib sendiri, simpan sorang, telan sorang.
Lama kelamaan, perasaan ingin beronani tu sudah hilang sepenuhnya. Saya jadi benar benar boleh mengawal.

Jadi umpama suis.

Pada awal 20an, porn atau perempuan bogel tidak boleh buat apa apa pada saya, kalau saya tak izinkan.

Sebab kuasa adalah pada diri saya sendiri.
Adakah saya buang betul betul keinginan seksual saya? Tidak sama sekali. Tetap ada, setiap masa.

Jadi testosterone dan pheromone sentiasa berjalan dalam badan.

Tetapi keinginan itu diguna pakai melalui banyak benda lain.
(Pheromone membuatkan anda lebih sexually attractive, tak kira rupa anda macam mana pun).

Bersenam pula untuk maintain. Tenaga seksual pula dialihkan melalui social skills.
RUMUSAN

Ini adalah kisah saya. Sebab saya ini juga adalah lelaki biasa, rakyat marhaen, seperti kebanyakan dari tuan tuan juga.

Yang saya cerita ini juga, adalah jalan yang sesuai dengan diri saya, yang boleh dipelajari, mengikut diri tuan sendiri.
1. Diri anda perlu kuat. Kita lelaki. Tak boleh lembik.

2. Zakar ni nak pakai lama. Bukan sekejap. Jangan rosakkan.

3. Berhenti secara berfasa, tak mengapa. Elak terburu buru.

"Rome is not built in a day"

Zakar power tak dibina dalam sehari.
4. Penuhkan hidup anda dengan hobi. Main DOTA atau PUBG bukan hobi.

5. Sentiasa beraktiviti fizikal. Lebih banyak kerja berat, lebih elok.

6. "Nafsu" itu hanya ilusi semata. Anda yang miliki dia, bukan dia miliki kita.
7. Jangan salahkan orang lain atas nafsu anda.

Bukan salah perempuan seksi, bukan salah porn, bukan salah apa apa sekali pun luar dari badan kita ni.

Salah anda sendiri. Anda yang berkuasa untuk kawal.
8. Kenali diri anda sepenuhnya.

Kita sentiasa sibuk nak kenal orang lain. Tapi yang paling kita tak kenal adalah diri sendiri.

Kenali diri anda. Ketahui apa kelemahan dan kekuatan.

Hayati, dan, kita berusaha dengan apa yang ada.
Bila mengikut semua kisah ini, jikalau saya cerita tips semata mata membuta tuli, mungkin tidak membantu.

Punca sebenarnya berada dalam diri anda.

Dalam sudut diri kita semua sebagai rakyat marhaen. Itu yang kita perlu sedar.
Kerana yang boleh membantu diri anda mengenai isu onani ini adalah diri anda sendiri, sebab itu zakar anda dan tenaga seksual anda.

Setiap orang ada jalan spesifik mereka sendiri yang sesuai dengan mereka. Cari jalan ini.

Tugas kita sebagai manusia nak jaga kemaluan kita ni.
You can follow @SihatSeksLelaki.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: