2 hari lepas ada diskusi pendek dengan pengusaha bazaar di thread @magmalaya berkaitan app/sistem bazaar Ramadan.

Pendapat aku sebagai seorang app developer, untuk Ramadan yang terdekat ini dan kemungkinan besar bazaar dibatalkan. Tidak perlu app/sistem, manfaatkan apa yang ada. https://twitter.com/acaiijawe/status/1246010175829323777
1. Proses pembangunan app (khususnya) makan masa dan fasa paling lama ialah berkaitan hal² legal, seperti hal gateway pembayaran, kebajikan riders (jika ada riders), privacy policies, regulations untuk protect users dan sellers dan banyak lagi.
2. Modal permulaan yang besar. Kos pembinaan e-commerce app paling koman 25K-100k.

3. Renyah untuk educate pengguna install/guna app atau website. Point ini paling sulit jika kawasan perniagaan tersebut di kawasan kampung/penduduk yang tidak tech savy seperti di KL
3.1 Sebab yang sama Foodpanda, GrapFood atau apps yang menyediakan perkhidmatan runner tidak meluas ke seluruh pelusuk Malaysia. Yakni, demand serta adaptasi penggunaan app oleh penduduk setempat yang rendah.

*Di sini McD takde delivery.
**Sebab McD pun takde 😅
4. Lazimnya perniaga bazaar tiada kapital yang besar untuk tampung kos pembangunan app/sistem. Kecuali majlis daerah/pembandaran mengambil alih peranan menampung kos dan pengiklanan app/sistem then baru ada ruang yang memudahkan semua pihak.
5. Paling praktikal kepada perniaga bazaar sekarang ini ialah manfaatkan saluran/platform yang ada. Jika kawasan kalian ada sambutan platform seperti Foodpanda/GrabFood manfaatkan sepenuhnya.

Jika tiada, be creative dalam marketing dan rajinkan iklan di grup² socmed kawasan.
5.1 Buat deep link kepada saluran utama kalian. Deep link in the sense, letak semua pautan digital supaya mudahkan prospek berhubung. Link² sosial media pun letak sekali, masa ni la nak guna sosial media sebagai free marketing tools

6. Doa la doa, rezeki Allah bagi hang usaha ja
7. Cadangan Tuan @acaiijawe sangat praktikal kepada pengusaha bazaar. Bukan semua (aku kira majoriti) perniaga bazaar mampu tampung kos awalan yang tinggi.

Buat je pre-order dan kuota harian, atur masa untuk masak dan waktu delivery. Target kawasan perumahan dulu pun okay.
You can follow @kusyuk.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: