Tips Covid19 101 kepada rakyat Malaysia yang terkesan:-

Boleh ikuti thread ini sekiranya anda merasa serpihan “economy recession” pada waktu ini. RT dan sebarkan.
1) KWSP Akaun 2: Keluarkan sahaja RM500 sebulan sehingga 12 bulan (RM6,000) sekiranya perlu. Back up semua emergency cash yang ada.

Survival menggunakan duit tabungan anda sendiri lebih baik dari biarkan ia duduk dalam tabung kat kaunter.
2) Loan deferment kereta: Kalau ada loan kereta, dan auto moratorium, wajib ambil. Buffer untuk 6 bulan.

Gunakan 6 bulan ni untuk simpanan extra anda kerana interest tidak jalan. Key: buffer vs time.
3) loan deferment rumah/tanah: Kalau boleh bayar, bayar. Bunga (interest) bank sangat menyakitkan hati. Tak semua bunga tu harum.

Ini bunga taik ayam, siap ada taik burung kat atas dia.
Kalau monthly installment property tu makan 40% - 60% dari gaji anda, biarkan auto moratorium itu dan simpan duit anda. Bayar je bunga bank tu nanti.

Masa ni boleh buat kira-kira. Untung bersama, sengsara bersama. Anda tentukan hala tuju anda.
4) Short term target: simpan sebanyak mungkin duit yang ada. Buffer sementara ekonomi pulih sedikit demi sedikit.

Letak target, cuba RM30,000 minima. The more, the merrier.

Fokus. Fikirkan bagaimana kalau kena buang kerja. Berjaya survive tak 6 bulan lagi?
5) untuk yang menerima BSH, Prihatin, kurangkan gaya hidup mewah.

Banyakkan memasak di rumah, kurangkan kos sebaik mungkin dalam berbelanja, banyakkan jaga kesihatan. Bab kesihatan sangat penting - rujuk point 6)
6) Ada insurans/takaful? Jangan stop bayar. Kalau pelan tu “over insured”, boleh reconsider untuk downgrade.

Why? Ketika ekonomi menguncup, dan anda sakit, bil yang diterima lagi menyakitkan hati anda.

Harga sebuah kesihatan LEBIH BERNILAI dari harga rumah, investment.
7) Tips di atas untuk survival rakyat marhaen. Yang kaya raya, kalau nampak bisnes anda bakal kecundang, boleh consider untuk downgrade lifestyle anda.

Tukar Vellfire/Mustang kepada Myvi. Asalkan masih boleh bergerak dari point A to point B.

Myvi = Endgame
8) Mampu buat loan lagi? Cash out property anda menggunakan refinancing - bagus kalau property dah lebih at least 5 tahun. Buat kira-kira dulu.

Anda taktahu kalau kena buang kerja. extra cash yang ada tu perlu untuk cover monthly commitment anda.
9) To SME owners. No tips. Buckle up, embrace the economy. Adapt with current flow.

Not easy to continue, but whining like a crybaby would not resolve anything.

Govt is less likely to help business owners as B40 + M40 are the priorities here.

Discuss, decide!
Goals dan target untuk 2020 hingga pertengahan 2022: reserve good cash sehingga kuasa membeli pulih sepenuhnya.

Ketika ini, akan ada peluang lain dan idea baru akan muncul.

Kalau anda masih mempunyai kuasa membeli yang kuat, cari peluang ini dan gunakan sebaiknya.
“When others are feared, be greedy.”

“The best time to buy property is always 5 years ago. The second best time is now, provided that you have done your own due diligence”.

Semoga kita berjaya memerangi wabak Covid19.

#bukanfinancialplanner
#KitaJagaKita
You can follow @twthartanah.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: