Crash Landing On You (CLOY)
“Try la tengok cerita ni, serious best!”, terngiang-ngiang bisikan syaitan dari dalam phone yang tertera nama ‘<3 Kakak’ HAHA.
“Try la tengok cerita ni, serious best!”, terngiang-ngiang bisikan syaitan dari dalam phone yang tertera nama ‘<3 Kakak’ HAHA.
Aku ni sejenis manusia yang jarang sangat tengok movie atau drama atas banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Jadinya, RMO 1.0 (self quarantine kat Sendayan) memaksa aku untuk mengisi lapang dengan drama ni.
Crash Landing On You atau singkatannya CLOY menceritakan kisah percintaan di antara seorang wanita (heroin) Korea Selatan yang tersesat di Korea Utara, dengan seorang jejaka (hero) Korea Utara yang merupakan seorang askar.
Sebelum ni, aku banyak tahu pasal Korea Selatan je berbanding Korea Utara. So lepas tengok drama CLOY ni aku jadi tertanya-tanya, ‘betul ke kehidupan orang Korea Utara macam dalam drama ni?’. Aku cuba untuk memahami setiap babak lakonan dalam drama tersebut terutamanya bila
melibatkan kisah Korea Utara.
Aku yang dulunya tak tahu apa konflik yang berlaku di antara Korea Utara dengan Korea Selatan jadi tertarik untuk tahu.
Then, persoalan lain pulak datang, ‘apa beza Korea Utara dengan Korea Selatan?’, aku bermonolog dalam hati.
Aku yang dulunya tak tahu apa konflik yang berlaku di antara Korea Utara dengan Korea Selatan jadi tertarik untuk tahu.
Then, persoalan lain pulak datang, ‘apa beza Korea Utara dengan Korea Selatan?’, aku bermonolog dalam hati.
Haa aku nak cerita sikit ni! Korea Utara dan Korea Selatan duluuuu sebuah negara yang bersatu padu waktu pemerintahan Dinasti Joseon. Dengan bahasa dan adat resam yang sama. Kiranya kalau korang selalu tengok k-drama cerita pasal orang Korea dulu dulu,
haa Utara ke Selatan ke Timur ke Barat ke semuanya cenggitu la. Takde beza. ‘Semenanjung Korea’ la kawasan keseluruhan tu.
Tapi nak dijadikan cerita, sejak tahun 1950, Korea Utara dan Korea Selatan terpisah di sepanjang kawasan yang dikenali sebagai Demilitarised Zone (DMZ) atau nak mudah faham dia macam border la. So jadilah diorang dua negara yang berbeza; Utara dan Selatan.
Macam mustahil kan Romeo and Juliet berpisah? Takde yang mustahil! Semuanya bermula disebabkan penaklukan Semenanjung Korea (the whole Korea tu) oleh Naruto and the geng (Jepun) pada tahun 1910 (tahun rasmi).
Dapat pulak Soviet Union (sekarang ni nak mudah kenal Russia la) dan Amerika Syarikat (macam biasa kat mana-mana dia ada) cuba untuk luaskan pengaruh waktu perang dunia ke-2 (1939-1945). Makanya, terbahagilah Semenanjung Korea kepada 2 bahagian; Utara (ikut Soviet Union)
dan Selatan (ikut Amerika Syarikat). Haa time ni belum betul betul berpecah lagi. Kiranya boleh lagi la orang Utara nak membawang dengan orang Selatan.
Bila rasmi diorang berpecah? Pada tahun 1953 bilamana selesainya perang saudara di antara Korea Utara yang berfahaman komunis (hasil dakyah Soviet Union) dengan Korea Selatan yang berfahaman demokratik dan kapitalis (hasil dakyah Amerika Syarikat).
At last, jadilah diorang macam yang sekarang ni; Korea Utara yang menjadikan Pyongyang sebagai ibu negara dan Korea Selatan (Republic of Korea) yang menjadikan Seoul sebagai ibu kota.
Disclaimer: aku skeptikal dengan Korean (Korea Selatan) disebabkan plastic surgery diorang tapi aku tak nafikan yang scenery kat South Korea memang cantik!