Kecoh sekarang, orang kata:

" #COVID19 ni tanda DAJJAL DAH NAK KELUAR!"

"15 Ramadhan 2020 ni akan berlaku dukhan dan kucar-kacir yang dahsyat!"

Persoalannya..

Betul ke semua dakwaan ni? Boleh ke kita percaya dan sebarkan?

Ini adalah thread.

#AdninBercerita
Ada ramai orang cakap, dan saya sendiri dapat banyak soalan, orang kata:

"15 Ramadhan ni akan ada dukhan! Meteor akan jatuh dekat bumi!"

"15 ramadhan tahun ni pada hari jumaat, akan berlaku kucar kacir yang dahsyat!"

"Covid19 tanda dajjal dah nak muncul!"
Benda ni viral dekat whats app, FB, twitter, youtube dan segala media sosial.

Orang jadi takut, anxiety, dan macam-macam lagi tentang benda ni. Yela, siapa tak takut, kan?
Dan, yang cakap benda ni bukn orang biasa or orang awam je, bahkan golongan ustaz pun ada.

Bila kita tegur, depa kata:

"Eh, aku dengar dari Ustaz ni cakap. Takkanla ustaz menipu.."
Sahabat-sahabat, yang maksum itu nabi sahaja. Ulama dan ustaz bila-bila boleh buat salah, termasuklah saya. Sebab tu, kita kena banyak mengkaji dan rujuk orang yang sepatutnya. Elakkan taksub.
Baik. Bagi menjawab soalan2 & ketakutan org ramai ni, saya mulakan dgn beberapa noktah penting yg saya rasa saya perlu bagitahu korang semua.

Saya akn menjawab 2 soalan:

1) Betul ke covid19 ni tanda DAJJAL dah nak muncul?

2) Betul ke 15 Ramadhan 2020 ni dukhan akan terjadi?
Sebelum saya mula, saya nak minta maaf andai tulisan kali ini panjang🙏🙏

Kalau korang jenis tak minat membaca, jangan risau. Saya ada buat VIDEO untuk korang tengok.
VIDEO PERTAMA:

"Betul ke covid19 tanda DAJJAL dah nak muncul?"

Boleh tengok jawapan saya di sini:

👇
VIDEO KEDUA:

"Betul ke 15 ramadhan 2020 ni akan berlaku dukhan dan kucar-kacir yang dahsyat?"

Boleh tengok di sini.

👇
Baik, kita masuk jawapan kepada persoalan awal dulu.

BETUL KE COVID19 NI TANDA DAJJAL NAK MUNCUL?

Untuk menjawab ni, saya akan buat dalam bentuk point. Bagi memudahkan korang untuk faham insyaAllah🤲
1) Ada yang cakap kat saya: "Ada ustaz kata, bila masjid kosong sebab semua orang kena kuarantin, maka itu petanda dajjal akan muncul tak lama lagi!"

Orang lain pulak cakap: "Mekah baru-baru ni ditutup sebab takde org tawaf, itu tanda dajjal dah nak keluar!!"
2) Sekarang ni, adalah musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Sesiapa yang pandai mengaitkan teori konspirasi dengan isu semasa akan dipandang hebat.
Maka banyaklah mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid-19 dengan petanda hari Kiamat dan kemunculan Dajjal. Tidak kurang yang membuat andaian bahawa masjid kosong sebagai tanda kiamat.
Saya pernah juga jumpa orang yang sesuka hati dia je cakap kiamat akan berlaku 30 tahun lagi. Siap ramal tahun bila dajjal muncul, tahun bila imam mahdi muncul dan sebagainya.
3) Ada sebahagian org agama yang x takutkan Allah, seronok merapu sambil menipu orang ramai dengan teori konspirasi dan cerita2 kiamat, menakutkan orang ramai dengan kisah palsu, ramalan kiamat yang disalah tafsir Menafsir hadith dengan pemahaman akal yg tiada sumber dan batil.
4) Kesannya apa? Orang akan mula anxiety, orang akan mula takut dan putus-asa, orang akan malas beramal dan hanya menunggu imam mahdi sahaja, dan orang juga akan malas bekerja atas alasan kiamat nak dekat.
5) Ya, memang kiamat dah dekat. Dari zaman nabi lagi nabi pesan kiamat dah dekat. Tapi nabi saw tak pernah tahu bila kiamat. Malaikat pun tak tahu bila kiamat! Hanya Allah sahaja tahu bila kiamat.

Allah kata dalam surah alqamar ayat 1:
Dalam ayat yg lain, Allah berfirman dlm surah al a'raf ayat 187:
Dalam ayat surah Al-A'raf tu jelas-jelas Allah sebut dalam Alquran bahawa yang tahu bila kiamat, bila tanda-tanda tu berlaku, hanya ALLAH!

Alih-alih wujud orang yang sedap hati dia je meramal bila kiamat, dan benda ni ditentang oleh ramai ulama'.
6) Sebab kalau kita ramal kiamat, akan wujud 2 golongan.

Golongan pertama ialah, dia akan malas beramal dan berterusan buat maksiat. atas alasan:

"Ala, nanti dah nak kiamat baru aku taubat.."
Golongan kedua yang akan muncul bila kita sedap-sedap ramal bila kiamat ialah golongan putus-asa, takut, anxiety, yg mana depa akan kata:

"takutnya kiamat. Malas nak nak kerja, malasla nak belajar, malasla nak kahwin. Sbb kiamat dah dekat. nak duk rumah duk masjid jela.."
7) Sedangkan nabi ajar dlm satu hadith, kalau dh kiamat & ditangan kamu masih ada benih, maka nabi suruh tanam benih tu. Means, nabi suruh kita beramal sguh2 walaupun kiamat nk dekat.

Hikmah kiamat dirahsiakan ni, sama macam Allah rahsiakan kematian. Agar kita sentiasa bersedia.
8) Baik, dikesempatan ini, saya nak menjawab beberapa soalan orang.

Soalan pertama:

"Masjidil Haram ditutup dan takde orang tawaf baru-baru ni adalah tanda kiamat?"
Jawapannya:

Actually kalau korang nak tahu, Masjidil Haram pernah ditutup berpuluh kali dalam sejarah, sebab wabak, sebab perang, sebab banjir, sebab terbakar dan bermacam-macam sebab lagi.

Ini bukan kali pertama. Lagi satu, masih ada yg tawaf dekat bahagian atas.
Soalan kedua:

Ada orang kata, "Kiamat akan berlaku apabila orang alim dan orang soleh ramai yang mati."

Jawapannya:

Memang kiamat akan berlaku pada zaman manusia ketika itu jahil dan orang beriman semua mati, yang tinggal hanya orang kafir.
Tetapi hari ini, alim ulama' masih ramai lagi sekarang, Kesatuan Ulama Muslimin Seduniapun masih berfungsi dengan dianggotai ratusan ulama' seluruh dunia.

Di Arab Saudi, di Yaman, di India, di Pakistan, di Mesir, di Malaysia, & di pelbagai lagi negara Islam masih ada ulama'.
Soalan ketiga:

"Dajjal dah nak keluar?"

Jawapannya:

Nabi salallahualaihiwassalam telah memberikan petanda bilakah akan keluarnya Dajjal. Jom tengok satu persatu.
a) Dunia mengalami kemarau panjang, selama tiga tahun. Pada tahun yang ketiga, فتحبس مطرها كله langsung tiada hujan. [HR. Ibn Majah dan Ibn. Al-Khuzaimah]

Dan tadi baru hujan di shah alam, maknanya belum masanya dajjal keluar.🙅‍♂️
b) Perang besar dengan bangsa Rom dan pembukaan Kota Konstantinople kali yang terakhir. [HR. Ahmad dan Abu Daud]

Dan sekarang, Satu dunia tengah pening dengan wabak Covid-19, belum mampu nak berperang. Maknanya belum masanya dajjal keluar.🙅‍♂️
c) Madinah kosong & ditinggalkan sehingga anjing atau serigala akan kencing di dalam masjid Nabawi & Baitul Maqdis pula akan dimakmurkan.(HR. Malik)

Hari ini, Madinah masih berfungsi, pekerja tengah sibuk membersihkan Masjid Nabawi. Maknanya belum tiba lagi masa dajjal keluar.🙅‍♂️
d) Manusia sudah melupakan Dajjal dan tidak ada lagi orang memperingati fitnahnya. [HR. Ahmad]

Hari ini, Korang hari-hari bercerita dan teringat pasal Dajjal, sampaikan buat lambang jari minilove pun korang hendak kaitkan dgn Dajjal. Maknanya belum masanya lagi dajjal keluar.🙅‍♂️
9) Ringkasannya, kiamat besar belumlah lagi akan terjadi dalam masa yang terdekat. Tetapi kiamat kecil (mati) boleh sahaja berlaku bila-bila masa.

Jadi berhentilah daripada menjadi org yang berdusta dan meyesatkan manusia.
10) Ya. Kita sbg pendakwah WAJIB ingatkan manusia lain ttg kiamat, tanda2 kiamat & persediaan utk terselamat dari fitnah2 akhir zaman.

Namun, kita x diperintahkan utk MERAMAL bilakah tarikh kiamat, bila dajjal & imam mahdi muncul. Itu semua urusan Allah. Jgn buat kerja Allah.
Baik.

Sekarang kita masuk soalan yang kedua pula.

BETUL KE 15 RAMADHAN 2020 NI AKAN BERLAKU DUKHAN?

Saya akan jawab dalam bentuk point juga ya. Baca sampai habis tau☺️
1) Benda ASAS yang korang kena tahu ialah, kita tak boleh ramal masa depan. Meramal masa depan ni hukumnya dosa. Sbb apa? Sbb, masa depan ni benda ghaib. Yg tahu benda ghaib hanyalah Allah. Nabi saw pu tak tahu benda ghaib, melainkan apa yg Allah beritahu.

Allah berfirman:
Seperti mana yang saya cakap, nabi saw pun tak tahu benda ghaib melainkan apa yg Allah beritahu sahaja.

Dalam surah Al-A'raf ayat 188, Allah berfirman:
So, mana2 org yg acah2 ramal masa depan, kiamat akn berlaku pada tarikh sekian2, dukhan akan berlaku pada 15 ramadhan 2020, imam mahdi akn muncul tahun 2020, 2024 la, ketahuilah, ini semua pendapat yg batil, x boleh disebarkan, bahkan org yg menyampaikan bnda ni perlu bertaubat.
Hatta nabi saw pun tak tahu bilakah tarikh spesifik kiamat, tarikh spesifik imam mahdi dan dajjal muncul, tarikh spesifik bilakah ad-dukhan.

Tiba-tiba ada orang sedap-sedap meramal semua benda ni.
"Ustaz, tapi diorg cakap, ada hadith ttg benda ni? Diorg cakap, ada hadith yg kata 15 ramadhan kalau berlaku hari jumaat, akn berlaku kekacauan, dukhan, suara kuat yg didengari oleh semua org.. Takut ustaz..."

Persoalannya, betul ke hadith ni? Baik, saya masuk noktah yang kedua.
2. Hadith yang mereka sebarkan, adalah hadith dhaif yang terlalu lemah, bahkan ramai ulama' mengatakan ianya hadith palsu!
Apa kata ulama' tentang hadith ini?

Ibn Jauzi kata, hadith ini palsu.
Al uqaily kata, hadith ini bukan dari perawi yang boleh dipercayai.

Utk pengetahuan korang, kebanyakan orang2 ni mengambil hadith2 ini dari sebuah kitab bertajuk "Alfitan" yang ditulis oleh Nuaim b Hammad.
Imam azzahabi mengkritik kitab "alfitan" tersebut dan berkata:

"Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.”
Maksudnya apa? Hadith-hadith yang disebarkan 15 ramadhan ni akan berlaku sekian-sekian, semuanya PALSU. Berdosa menyebarkannya. Bertaubatlah.

Berdusta atas nama nabi, sebarkan hadith palsu, dosanya besar!
3. Noktah ketiga, kalaupun korang berpendapat hadith itu tak palsu tapi just hadith dhaif(lemah), saya nak tegur sikit.

KALAUPUN hadith itu dhaif, hadith dhaif tak boleh dijadikan sebagai hujah lebih-lebih lagi dalam bab hukum ataupun benda-benda ghaib apatah lagi ramalan.
Kerana ianya bertentangan dengan Alquran dan hadith yang sahih.

Orang beriman dan bertaqwa dia akan mengambil sikap berhati-hati dan meninggalkan syubhan. Dia takkan sebarkan benda-benda yang bertentangan dengan Alquran dan sunnah.
Kerana itulah, seorang ulama iaitu ibn qayyim mengatakan:

"Semua hadith-hadith yang menceritakan BILAKAH HARI KIAMAT, semuanya adalah hadith palsu!"
Sebab apa?

Ada banyak hadith sahih bahawa nabi pun tak tahu bila kiamat, nabi hanya ceritakan tanda-tanda kiamat, dan nabi juga tak tahu bila tarikh berlakunya setiap tanda-tanda itu.
Dalam hadith yang sahih, malaikat tanya nabi:

"Fa akhbirni anissa'ah."

"Ceritakan aku tentang kiamat..."

Nabi jawab:

"Mal mas'ulu anha bia'lam minassail"

"Saya pun tak tahu, jibril pun tak tahu.."
Dalam ayat yg lain, Allah berfirman dlm surah al a'raf ayat 187:

"mereka bertanya padanu tentang bilakah kiamat? katakanlah wahai muhammad, sesungguhnya, ilmu tentang kiamat itu hanya ada pada Allah, dan tiada siapa yang tahu bila kiamat melainkan Allah".
Tiba-tiba, wujud golongan yang meramal-ramai bila dukhan, bila dajjal keluar, bila imam mahdi keluar, kiamat tahun bila. Dahsyat diorang ni. Nabi dengan malaikat pun tak tahu, tiba-tiba diorang boleh ramal itu ini.

Ini semua dusta dan tak boleh dipercayai dan jangan disebarkan.
KESIMPULAN YANG SAYA NAK SAMPAIKAN dari twit panjang ini ada 3.

1) Pertama, kita kena sentiasa bersedia menghadapi kiamat. Kalaupun kita tak hidup zaman kiamat, mati boleh datang bila-bila. Dan mati itu pun kiamat kecil bagi kita.
Andai kita masih bertangguh-tangguh taubat, berlazat2 dengan maksiat, bangga dengan dosa, perjuangkan maksiat, lalai dari ibadah, zalim, ingatlah, tak perlu tunggu kiamat baru nak berubah. Kerana mati boleh datang bila2. Persediaan perlu sentiasa kita lakukan x mengira waktu.
2) Kedua, saya tahu, mungkin ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja orang yang menyebarkan hadith dan berita palsu ni, niat mereka baik. Mereka nak suruh kita bersedia, bertaubat dan sebagainya. Namun, niat tak menghalalkan cara.
Niat baik tapi cara salah, amalan tersebut Allah takkan terima bahkan boleh jadi dosa. Apatah lagi cara tersebut ialah dengan menyebarkan hadith palsu, meramal benda ghaib dan sebagainya. Nasihat saya untuk kalian dan diri saya sendiri, bertaubatlah.
Mengingatkan manusia tentang tanda kiamat dan mengajak manusia persiapkan diri itu amat dituntut.

Namun, meramal-ramal bilakah tanda kiamat besar akan terjadi, dan bilakah kiamat, ianya satu bid'ah.

Elakkanlah wahai sahabat.
3) Ketiga, seperti yang saya sebut awal tadi, apa yang aka terjadi bila kita cakap dan sebarkan bahawa kiamat akan berlaku tarikh sekian2, dajjal keluar tarikh sekian2, imam mahdi muncul tarikh sekian2, dukhan dan perang akan jadi tarikh sekian..

Apa akan terjadi?
Yang akan terjadi ialah WUJUDNYA 2 GOLONGAN.

Golongan pertama, org yg aka menangguh-nangguhkan taubat. "Ala, tarikh kiamat kan lama lagi, so buat maksiat dulu, dah nak kiamat, taubatla.."

Golongan kedua pula?
Golongan kedua ialah orang yang takut, putus-asa, anxiety, sebab dia rasa sia-sia dia buat kebajikan sebab kiamat nak dekat.

"buat apa aku kerja, buat ap aku kahwin, buat apa aku belajar, kiamat nak dekat. Baik aku duk masjid je.."
Sedangkan nabi ajar dlm satu hadith, kalau dah kiamat dan ditangan kamu masih ada benih, maka nabi suruh tanam benih tu. Means, nabi suruh kita beramal sungguh2 walaupun kiamat nk dekat.

Hikmah kiamat dirahsiakan ni,sama mcm Allah rahsiakan kematian. Agar kita sentiasa bersedia.
Wallahua'lam.

Moga twit panjang ni bermanfaat. Korang bolehla sebarkan andai korang dapat sesuatu dari apa yang saya sampaikan ni.

Apapun, andai saya salah, tegur je sebab saya pun manusia biasa.

Jumpa lagi di thread akan datang☺️
You can follow @adninroslan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: