Aku dah cakap, engkau sebagai businessman/woman, jangan tunjuk sangat kehidupan kau yang lavish tu dekat media sosial, jangan manipulate orang; tengok apa jadi dekat Vivy Yusof sekarang.

Media sosial ni kau jadikan platform utk didik dan inspire orang dgn ilmu, bukan dgn harta.
Sampai sekarang aku tak tahu Mark Zuckerberg dengan Steve Jobs pakai kereta apa, owner Toyota Honda siapa? Belum pernah lagi tengok Elon Musk masuk butik LV. Tp itu lah yg ada dekat Malaysia, celebrities gunakan sosmed utk manipulate orang, berharta itu kejayaan katanya.
Tu sebab aku cukup pantang org bisnes ni tunjuk harta dekat sosmed, bukan tak boleh berharta, tp dia manipulate orang ramai utk ikut bontot diorang. Tugas seorang usahawan tu adalah menaiktaraf kehidupan masyarakat, ini kena cabaran sikit, tu dia, terus tunjal kepala orang miskin
Guru marketing Seth Godin, idealist macam Simon Sinek dan Malcolm Gladwell, ideas diorang bagi dekat dunia bisnes penuh dengan ilmu yg membantu orang ramai, tak pernah lagi diorang tunjuk diorang pakai Gucci atau beli mansion besar tunjuk dekat insta.
Berhentilah tunjuk kaya dekat internet, tahan nafsu tu, aku faham kita semua jadi excited dengan kereta baru, tapi tahan nafsu tu utk menunjuk, apatah lagi kau seorang oeniaga/usahawan. Live below your means, sebulan profit 2000, hidup macam kau ada 1000.
Kesian dgn golongan baru yg nak terjun dalam dunia bisnes, yg diorang nampak dekat FB self claimed "sifu", yg diorang nampak dekat insta owner produk pergi Seoul belanja LV, minda diorang dah tercemar dengan materialistik, meniaga untuk kaya.
Berbelanjalah utk kenikmatan kau sendiri, puaskan apa yg kau tak pernah ada sebelum ni, itu tak salah. Tp jgn cemarkan dunia bisnes ni dengan materials semata, kita nak push society kita buat bisnes utk improve others. Inspire, educate, motivate, dengan ilmu bukan dengan GTR.
Jadilah kaya, supaya kau boleh kurangkan kemiskinan orang lain. Besarkan syarikat supaya kau boleh ramaikan pekerja cipta peluang kerja. Buatlah produk supaya kau boleh improve orang lain punya life. Ajarlah orang stock market supaya generasi mendatang terjamin ekonominya.
Keluar meniaga.
Buat duit.
Bagi balik kepada society.
Cipta peluang kerja.
Bagi nilai.
Improve kehidupan orang lain.
Leaders eat last.
Jangan tunjuk kaya.
Belilah harta, tapi jangan manipulate org lain.
Kurangkan kemiskinan.
Kepada yg tak tahu apa jadi dekat VY, boleh tekan icon search dekat Twitter ni, baca trending hari ni pasal dia.
https://twitter.com/syahidxx/status/1244411571926749184?s=20 rasa-rasa yang main Ski bawa beg mahal show show dekat instagram tu usahawan mana?

Benda macam ni lah yang kita kena fight, manipulasi orang dengan materialistik! Dia bukan nak main ski! Dia nak tunjuk dia kaya! Dia nak kau follow dia sebab dia kaya!
You can follow @magmalaya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: