Bila tengok ada yang kecewa dengan pilihan movie saranan di twitter ni, aku amat memahami.

Lebih baik buat research sendiri ikut kita punya selera.

Macam aku lebih suka cerita base on true story, inspiring, war, sports dan benda yang berikan impak dalam kehidupan.
Movie mengenai pelari olimpik yang menjadi askar dan kemudian tahanan perang di Jepun.

Memang movie ni buat hati tak tenteram.
Satu lagi movie perang mengisahkan bagaimana askar-askar British, Belgium dan Perancis yang perlu beredar dari bandar Dunkirk untuk mengelakkan serangan tentera Jerman.
Concussion ni movie kisah benar mengenai seorang Doktor yang membuat kajian mengenai impak perlanggaran semasa perlawanan American Football.

Beliau menghadapi cabaran besar untuk membuktikan kajian itu kepada pihak yang terbabit.
Pandora ni movie korea mengenai janakuasa nuklear yang terjejas selepas gempa bumi dan bagaimana mereka terpaksa berhempas pulas untuk memastikan ianya tidak meletus.

Movie ni memang menyentuh emosi. kena tonton untuk rasa sendiri. huhuhu
Darkest Hour - ini zaman sama dengan Dunkirk, cuma situasi dari sudut perdana menteri UK yang baru, Winston Curchill.

Boleh tonton dulu movie Dunkirk, kemudian sambung movie Darkest Hour ni.

Alangkah bagus kalau ada pembuat filem di Malaysia yang buat filem sejarah begini.
The Siege of Jadotville - bagaimana sekumpulan 150 orang tentera pengaman dari Ireland yang diserang oleh 3000 orang tentera daripada pihak lawan yang bekerja untuk sebuah syarikat perlombongan.

Berdasarkan kisah benar.
Mission of honor - kisah benar bagaimana squadron 303 berjaya menembak 203 buah pesawat Nazi.

145 pilot daripada poland berkhidmat untuk tentera British dalam squadron 303 ini, sehingga mencapai kemenangan.

Mereka merupakan squadron dengan jumlah tembakan pesawat terbanyak.
You can follow @eizil.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: