Atas dasar kemanusiaan, baiklah. Saya kongsikan semula kisah The Wall Street Crash yang terjadi pada tahun 1929 sehingga mencetuskan peristiwa The Great Depression. https://twitter.com/al_ayyar97/status/1243684568617512961
The Great Depression merupakan peristiwa terburuk dalam ekonomi, tercetus disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Kejatuhan Wall Street (stock market crash)
2. Kelemahan sistem perbankan
Semasa peristiwa itu terjadi, ramai orang kehilangan rumah, ladang, perniagaan & pekerjaan mereka.

Tidak kurang ramai juga yang meninggal dunia akibat penyakit & kebuluran. Ada yang tertekan sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri
Beberapa tahun lepas, dalam satu wawancara, spekulator terkenal, George Soros pernah berkata.

Kejatuhan ekonomi seterusnya mungkin menjadi lebih teruk dari kejatuhan yang berlaku pada tahun 1930-an.
Ketika The Great Depression terjadi, ramai yang terputus sumber pendapatan dan kemiskinan melanda.

Peristiwa ini bermula di Amerika, kemudian ia merebak ke Eropah. Selepas peristiwa buruk ini berakhir, peranan kerajaan U.S dalam ekonomi telah berubah selama-lamanya.
Ekonomi merujuk kepada sistem yang mengawal pengedaran barangan & perkhidmatan yang digunakan oleh orang ramai.

Ekonomi adalah satu mekanisma yang sangat besar dan kompleks.
Kesemua barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi melibatkan wang.

Tiada negara mampu menghasilkan semua barangan & perkhidmatan yang diperlukan rakyatnya. Oleh itu kerajaan sesebuah negara itu mesti memutuskan bagaimana mereka perlu menggunakan sumber terhad yang mereka ada.
Tempat untuk menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan pula dipanggil sebagai pasar.

Walaupun urus niaga itu berlaku di internet, ianya juga boleh disebut sebagai pasar.
Pasaran saham adalah contoh sebuah pasar yang besar, tempat di mana saham dibeli dan dijual.

Wang yang dikumpul dari penjualan saham ini membolehkan sesebuah perniagaan itu berkembang.
Sebagai imbalan, pembeli saham (pemegang saham) memiliki sebahagian daripada kepentingan perniagaan itu.

Andai kata perniagaan itu menghasilkan keuntungan, jadi pemegang saham juga akan dapat hasilnya melalui :

1. Kenaikan nilai saham
2. Pembayaran Dividen
Tetapi jika sesebuah perniagaan itu mengalami kerugian, maka pemegang saham boleh kehilangan sebahagian atau keseluruhan pelaburan mereka.
Ketika berlaku kejatuhan pasaran, orang ramai mula menjual saham mereka. Harga saham akan berkurang.

Perniagaan akan berhenti atau berkurang dalam menghasilkan produk. Ini bermakna kurang tenaga buruh diperlukan. Dengan itu, para pekerja akan kehilangan kerja.
Ekonomi sesebuah negara berada dalam bahaya apabila aktiviti jual beli berkurang kerana ia menyebabkan penurunan dalam pengeluaran, harga, pendapatan dan peluang pekerjaan.
Dalam situasi seperti yang disebut di atas, ianya dipanggil kemelesetan ekonomi.

Semasa kemelesetan, kadar pengangguran akan melonjak naik. Depression tidak bermula dan berakhir dengan cepat. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Ia adalah kitaran semulajadi bagi sesebuah negara.
Kitaran ekonomi ini mempunyai beberapa fasa dan biasanya akan mengikuti antara satu sama lain.

Tetapi apabila terjadi kemelesetan, ianya boleh membahayakan bukan sahaja kepada industri dan negara, bahkan seluruh dunia.
Tahukah anda bahawa tidak normal bagi sesebuah ekonomi itu berada dalam fasa yang sama sahaja, akan ada turun naik.

Turun naik dalam ekonomi berlaku dalam satu kitaran. Kitaran ini terdiri daripada 4 fasa,

1. Recession
2. Depression
3. Recovery
4. Peak
Untuk memahami peristiwa The Great Depression, sangat penting untuk tahu apa yang berlaku sebelum itu. Sebelum The Great Depression, Perang Dunia I telah meletus.
Perang Dunia I berakhir pada tahun 1918.

Ekonomi Amerika Syarikat pada waktu itu sangat stabil. Atas sebab itu, pada tahun 1920-an Amerika Syarikat telah melalui era kemakmuran.
Perang Dunia I cuma meninggalkan kesan kepada negara-negara Eropah. Paling terkesan ialah Jerman kerana terpaksa menanggung hutang perang.
Sepanjang tempoh itu, sektor perindustrian di Amerika Syarikat telah menghasilkan banyak produk, lebih pantas berbanding sebelum ini.
Produk dikeluarkan secara besar-besaran.

Disebabkan berlaku lambakan produk dalam pasaran, nilai sesuatu barangan itu akan jatuh. Harga barangan ketika itu menjadi lebih murah berbanding dekad sebelumnya.
Budaya membeli pada zaman itu tidak seperti sekarang. Dulu, ada wang tunai di tangan, baru orang membeli.

Zaman sekarang, kita sudah terbiasa dengan budaya hutang (pinjaman). Beli dulu, bayar kemudian.
Masyarakat hari ini keliru antara “mampu membeli” dengan “mampu berhutang.”

Sebelum tahun 1920-an, ramai yang cuba mengelak daripada berhutang kerana pada masa itu hutang dianggap sebagai sesuatu yang mengaibkan dan memalukan.
Disebabkan pada masa itu berlaku lambakan produk industri, tapi consumer spending kurang.

Lalu industri pengiklanan mula mengubah landskap dengan menggalakkan pembelian melalui kredit. Beli dulu, bayar kemudian.
Iklan disiarkan di teater, majalah dan radio untuk menggalakkan orang ramai supaya beli dulu dan bayar kemudian.

Kempen ini telah mengubah mindset orang ramai terhadap hutang dan kereta mula dijual secara kredit.
Pada akhir dekad ini, budaya berhutang telah diterima secara meluas dan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Kempen supaya orang ramai berhutang pada ketika itu terbukti membawa rahmat kepada perniagaan.

Hasil kilang meningkat lebih daripada 60 %. Orang ramai mula membeli produk seperti kereta, radio, vakum dan peti sejuk. Barangan yang dulunya mereka tak mampu miliki
Mereka membeli banyak barangan secara hutang.

Jualan di Amerika Syarikat meningkat sepanjang tahun 1920-an. Begitu juga dengan peningkatan hutang.
Orang ramai juga menggunakan hutang untuk membeli saham.

Bank meminjamkan wang untuk orang ramai laburkan ke dalam pasaran saham. Dengan harapan untuk menjadi kaya, ramai yang berpusu-pusu ke bank untuk mendapatkan pinjaman.
Apabila ramai yang mendapat pinjaman, mereka melabur. Disebabkan berlaku pertambahan demand dalam pasaran, maka harga saham meningkat naik.

Secara tidak langsung situasi ini telah mencipta “bubble.”
Bubble merujuk kepada situasi di mana nilai semasa dalam pasaran naik melebihi nilai sebenar.

Pemilik perniagaan dan para pelabur memperoleh begitu banyak keuntungan, sehinggakan tahun 1920 menjadi terkenal dengan gelaran era kemakmuran.
Ramai yang menganggap bahawa era kemakmuran ini tidak akan berakhir.

Dalam masa yang sama, hutang telah meningkat dengan ketara pada tahun 1920-an, tetapi purata gaji pekerja tidak meningkat. Kesannya ramai yang tidak mampu untuk menampung hutang mereka.
Pinjaman pengguna terlalu banyak, membawa kepada lebihan pengeluaran.

Pada akhirnya, selepas orang ramai tidak lagi mampu menanggung hutang, mereka tidak lagi mampu untuk membeli apa yang dihasilkan oleh industri.
Selain itu, tahun 1920-an adalah era kemakmuran, tetapi jurang kewangan antara golongan kaya dan golongan miskin sangat besar.

Ekonomi yang sihat biasanya akan mempunyai golongan kelas menengah yang besar. Dalam erti kata lain, kekayaan sesebuah negara adalah sama rata.
Pada masa itu, golongan kelas menengah mula beransur-ansur hilang. Sedangkan golongan miskin menjadi semakin ramai.

Orang kaya semakin kaya, manakala orang miskin semakin ramai.
Pada akhir dekad itu, golongan kaya di Amerika Syarikat memiliki kira-kira 45 % daripada kekayaan negara tersebut.

Ketidakseimbangan ini telah menjejaskan ekonomi. Kelas miskin dan pertengahan mempunyai kurang kuasa beli.
Ekonomi hanya boleh berjalan apabila bekalan adalah sama dengan permintaan.

Malangnya golongan miskin dan sederhana telah terjatuh jauh ke lembah hutang. Era kemakmuran tidak dapat bertahan lagi.
Pada tahun 1929, harga saham telah meningkat 4 kali ganda berbanding tahun 1920.

Begitu juga dengan jumlah peminjam yang meminjam daripada bank untuk membeli saham.
Ramai orang melihat pasaran saham sebagai jalan alternatif untuk mereka mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan mudah.

Spekulasi tentang pasaran saham ini membuatkan Federal Reserve Bank (bank pusat Amerikat Syarikat juga disebut Fed) menjadi gelisah.
Meminjam wang untuk dilaburkan dalam pasaran saham sangat berbahaya.

Fed telah menaikkan kadar faedah (Interest Rate) pada tahun 1928 dan 1929 dengan harapan dapat mengurangkan pinjaman yang dibuat.
Jika kadar faedah dinaikkan, bermaksud lebih tinggi kos pinjaman.

Kesan dari peningkatan kadar faedah ini menyebabkan perbelanjaan pengguna turut berkurang. Sejak itu, kuasa beli orang ramai semakin berkurang, hasil industri juga menjadi perlahan.
Keuntungan dari perniagaan semakin menurun. Ini menjadikan nilai saham jatuh.

Apabila pemegang saham melihat berlaku kejatuhan nilai saham, mereka mula menjual saham mereka. Disebabkan ramai yang menjual saham, maka pasaran saham telah merosot.
Oktober 24, 1929, harga saham menjunam jatuh. Peristiwa ini dikenali sebagai,

“The Black Thursday.”

4 hari selepas itu, harga saham turun lagi. Kemudian pada hari Selasa, 29 Oktober situasi panik mula melanda para pelabur.
Ramai yang menjual saham mereka. Mereka mahu menjualnya sebelum nilai saham turun lebih banyak.

Direkodkan sebanyak 16,410,030 saham telah dijual. Permintaan yang rendah menyebabkan berlaku penurunan sebanyak 80 % nilai saham. Saham menjadi hampir tiada nilai.
Oktober 29, 1929, telah mencatat sejarah sebagai,

“The Black Tuesday.”

Neraka buat pasaran saham. Sesetengah pelabur dan broker begitu kecewa dan tertekan dengan apa yang terjadi.
Dikatakan ada yang tidak mampu mengawal diri, ada dikalangan mereka telah mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Broker dan banker tidak lagi dijulang sebagai wira seperti sebelum ini, seperti di waktu mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham.
Berikutan kejatuhan pasaran saham, broker meminta pelabur untuk membayar semula wang yang telah dipinjam untuk membeli saham.

Para pelabur seterusnya membanjiri bank untuk mengeluarkan wang. Malangnya banyak bank telah kehabisan wang.
Sebelum ini mereka telah meminjamkan banyak wang kepada orang ramai yang melabur di pasaran saham.

Berjuta-juta orang kehilangan wang. Sesetengah mereka hilang keseluruhan simpanan. Antara tahun 1930-1933, kira-kira 9,000 buah bank telah ditutup.
Penutupan banyak bank telah memberi kesan kepada industri.

Industri tidak mempunyai peruntukan, ini bermaksud pengeluaran produk menjadi berkurang. Tenaga buruh tidak lagi diperlukan dalam jumlah yang banyak.
Apabila industri tidak lagi mampu beroperasi seperti di era kemakmuran, ramai yang telah dibuang kerja. Kesannya kadar pengangguran meningkat naik.

Pada tahun 1933, kadar pengangguran telah meningkat kepada 25 %. Harga produk juga menurun sebanyak 25% antara tahun 1929-1933.
Lebih buruk lagi produk pertanian menjunam jatuh lebih daripada 50%.

Pada masa ini, berlaku lambakan hasil pertanian. Permintaan pula tiada kerana kuasa beli telah menurun. Orang ramai tidak ada wang.
Golongan petani kehilangan punca rezeki, dan ramai yang tidak mampu untuk membayar balik pinjaman mereka kepada pihak bank. Ramai yang kehilangan ladang mereka.

Tidak cukup dengan ini, Amerika Syarikat juga dilanda kemarau yang teruk.
Keadaan semakin buruk apabila kemarau teruk melanda sepanjang tahun 1930-an.

Di Great Plains (bahagian Utara Amerika Syarikat, juga dipanggil Great America Desert) tiada hujan, suhu tinggi dan angin kencang telah membawa kepada serangan serangga.
Kawasan ini terjejas teruk apabila turut diserang oleh ribut debu.

Berjuta-juta orang melarikan diri menuju ke tempat lain, mereka tidak boleh meneruskan hidup di situ. Mereka perlu mendapatkan pekerjaan lain untuk menyara hidup.
Sebahagian daripada mereka telah mendapat pekerjaan baru di ladang buah-buahan di California. Tetapi gaji yang mereka perolehi sangat rendah.

Para pendatang baru ini terpaksa tinggal dalam keadaan sesak di dalam pondok dan khemah berhampiran ladang.
Para penduduk Amerika Syarikat tidak lagi mempunyai wang untuk menyara keluarga mereka.

Ada yang mencuri kerana desakan hidup. Ramai yang tidak mampu mengendalikan tekanan dan malu dengan cara hidup yang baru ini lalu membuat keputusan untuk membunuh diri.
Kanak-kanak dari keluarga miskin tidak dapat meneruskan persekolahan.

Keadaan kewangan secara keseluruhannya adalah lebih buruk dari apa yang dapat kita bayangkan. Ekonomi Amerika Syarikat berterusan jatuh, diikuti negara-negara lain.
Sebelum peristiwa The Wall Street Crash, keadaan ekonomi dunia sememangnya tidak stabil.

Banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I masih bergelut untuk membayar hutang perang. Keseluruhan kos Perang Dunia I dianggarkan lebih daripada 180 billion USD.
Kos tersebut dibiayai melalui pinjaman. Amerika Syarikat telah meminjamkan wang kepada sekutu-sekutunya.

Selepas Perang Dunia I berakhir, negara-negara Eropah terpaksa membayar semula pinjaman mereka.
Dalam masa yang sama, negara-negara Eropah memerlukan wang untuk membina semula negara mereka yang telah musnah.

Amerika Syarikat tidak terlibat dalam Perang Dunia I jadi negara Uncle Sam itu berada dalam keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding negara yang terlibat.
Selepas Perang Dunia I tamat, negara-negara Eropah meminta Amerika Syarikat supaya mengurangkan jumlah hutang yang mereka terpaksa bayar.
Tetapi kerajaan Amerika Syarikat berkeras.

Negara-negara Eropah terpaksa meminjam lebih banyak wang dari bank-bank Amerika Syarikat untuk membayar balik wang yang mereka pinjam daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Ekonomi negara-negara Eropah hanya pulih sedikit sahaja ketika Amerika Syarikat sedang menikmati kemakmuran yang hebat sepanjang tahun 1920-an.

Apabila zaman kemelesetan melanda Amerika Syarikat, wang menjadi sukar diperolehi.
Negara-negara Eropah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dari bank dan gagal membayar balik hutang mereka kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Ekonomi Eropah kemudian mengikuti ekonomi Amerika Syarikat terjun ke neraka ekonomi, The Great Depression.
Lebih malang lagi apabila Kongress Amerika Syarikat telah memutuskan untuk meluluskan “Hawley-Smoot Tariff Act” pada tahun 1930.

Hawley-Smooth Tariff merupakan cukai yang dikenakan ke atas lebih 20,000 barangan import.
Cukai di bawah akta ini dikatakan merupakan yang kedua tertinggi di Amerika Syarikat dalam tempoh 100 tahun.

Sejauh mana kesan Hawley Smoot Tariff ke atas ekonomi sepanjang era depression masih dibahaskan oleh ahli ekonomi.
Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Herbert Hoover telah menandatangani akta ini dengan harapan ia akan membantu memulihkan ekonomi Amerika Syarikat.
Beliau berpendapat, dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas barangan import, rakyat akan memilih untuk membeli barangan buatan Amerika Syarikat.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, Hawley-Smoot Tariff Act telah menjejaskan ekonomi Amerika Syarikat.
Negara-negara Eropah bertindak balas dengan turut menaikkan cukai ke atas produk Amerika Syarikat. Berlaku perang tariff pada masa itu,

Kesannya, perdagangan dunia telah merosot dengan ketara. Tindakan ini menyumbangkan lagi kemelesetan di peringkat global.
Keadaan ekonomi global yang semakin buruk memberi impak yang besar kepada Jerman.

Jerman yang baru sahaja pulih, jatuh kembali dan tidak mampu membayar semula hutang kepada Amerika Syarikat. Negara-negara lain turut bergelut dengan hutang mereka.
Presiden Hoover dengan baik hati memberi kelonggaran kepada negara-negara Eropah untuk menunda pembayaran hutang mereka selama 1 tahun. Keputusan Presiden Hoover ini dikenali sebagai,

“Hoover Moratorium.”
Walaupun Hoover Moratorium telah membantu mengurangkan bebanan negara-negara Eropah, ia masih belum cukup untuk menghentikan kerosakan dalam ekonomi.
Rakyat Amerika Syarikat bimbang bahawa keadaan ekonomi yang teruk itu tidak akan berakhir. Mereka memerlukan seorang pemimpin baru yang boleh menamatkan zaman The Great Depression.
Pada awal The Great Depression, Presiden Hoover beranggapan bahawa setiap masyarakat perlu bertanggungjawab ke atas satu sama lain, membantu mereka yang kehilangan kerja. #KitaJagaKita gitu
Kemudian, keadaan menjadi semakin jelas bahawa para penganggur memerlukan bantuan lebih banyak dari apa yang dapat disumbangkan oleh komuniti.

Pihak Kongres akhirnya menyediakan bantuan kewangan kepada mereka.
Walaupun telah banyak bantuan yang disediakan, ia masih belum mencukupi.

Rakyat Amerika Syarikat mula menyalahkan Presiden Hoover atas apa yang terjadi dan memanggilnya dengan gelaran,

“Do-Nothing President.”
Pada tahun 1932, Amerika Syarikat mengadakan pilihanraya. Presiden Hoover turut bertanding untuk mempertahankan kerusinya.

Rakyat Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa mengundi mereka untuk menghukum Herbert Hoover.
Pesaing Hoover, Franklin Delano Roosevelt telah memenangi pilihanraya dengan jumlah undi yang besar.

Pada 4 March 1933, Franklin Delano Roosevelt (FDR) yang berusia 51 tahun ketika itu telah menduduki kerusi tertinggi di White House sebagai Potus ke-32.
Sebelum terlibat dalam politik, beliau merupakan seorang peguam lulusan Harvard.

FDR suka mengumpul setem. Hobi FDR ini telah mendapat liputan media, menyebabkan aktiviti mengumpul setem menjadi popular sehingga tahun 1990-an.
Isteri FDR, Anna Eleanor Roosevelt merupakan anak saudara kepada Presiden Amerika Syarikat sebelum ini, Potus ke-26, Theodore Roosevelt (mentadbir dari tahun 1901-1909).
Menariknya, Theodore Roosevelt mewakili parti Republican, manakala Franklin D. Rooveselt menganggotai parti Demokratik.
FDR telah memberi harapan baru kepada orang ramai yang sedang hilang kepercayaan terhadap kerajaan sebelumnya. Kata FDR,

“I pledge you, I pledge myself, to a new deal for the American people.”
FDR memberi jaminan bahawa beliau akan mengambil langkah-langkah untuk melindungi ekonomi Amerika Syarikat. Pelan Roosevelt untuk memulihkan ekonomi dikenali sebagai,

“New Deal.”
Presiden baru itu tidak bersetuju dengan dasar Hoover dalam memulihkan ekonomi.

FDR percaya bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan untuk membetulkan segala kerosakan yang terjadi.
Undang-undang baru telah dirangka untuk memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan dan menarik mereka dari lembah pengangguran.

FDR juga percaya bahawa reformasi dalam perniagaan dan kerajaan sangat perlu bagi mengelakkan malapetaka ekonomi yang lain.
Pada March 6, 1933, Roosevelt mengumumkan hari pelepasan untuk bank sehingga Kongres bersidang.

Ini merupakan langkah pertama Roosevelt selepas dilantik sebagai presiden.
Kira-kira 3 minggu sebelum Roosevelt menjadi presiden, penyimpan yang bimbang dengan situasi ekonomi telah bergegas ke bank untuk mengeluarkan semua wang mereka.

Para penyimpan risau bahawa bank-bank akan ditutup dan meninggalkan mereka dalam keadaan miskin.
Krisis perbankan ketika itu sangat teruk.

Arahan penutupan semua bank di Amerika Syarikat oleh Presiden Roosevelt, memberi peluang kepada Jabatan Perbendaharaan untuk memeriksa passbook setiap bank
Pihak Perbendaharaan membenarkan bank yang mempunyai rekod kewangan yang baik meneruskan operasi mereka.

Manakala, bank-bank yang tidak berada dalam keadaan kewangan yang kukuh terpaksa ditutup. Tindakan ini dilaksanakan di bawah akta “Emergency Banking Bill of 1933.”
3 bulan kemudian, Presiden Roosevelt menandatangani Glass-Steagall Act.

Rentetan dari itu, tertubuhnya Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) yang menjamin simpanan orang awam di dalam bank menjadi lebih selamat.
FDIC telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada kegagalan beribu-ribu bank.

Dengan wujudnya FDIC, keyakinan orang awam untuk terus menyimpan wang mereka di dalam bank semakin meningkat.
Penambahbaikan dalam sistem perbankan hanyalah permulaan dalam reformasi yang diketuai oleh Presiden Roosevelt.

Beberapa bulan selepas itu, pelbagai lagi pembaharuan yang dilakukan oleh beliau. Kongres meluluskan hampir semua pelan yang diperkenalkan Roosevelt.
Sepanjang tempoh 9 March 1933 – 16 Jun 1933, pelbagai usaha dilaksanakan. Antaranya :

1. Agricultural Adjustment Act (AAA)
2. National Industrial Recovery Act (NIRA)
3. Civilian Conservation Corps (CCC)
4. Tennessee Valley Authority (TVA)
Matlamat pelaksanaan AAA adalah usaha pemulihan dalam mengekalkan harga yang berpatutan dengan hasil yang dikeluarkan.

Oleh kerana ladang pertanian menghasil terlalu banyak makanan, kerajaan telah membayar para petani untuk memusnahkan beberapa ternakan dan tanaman mereka.
Dengan memusnahkan hasil pertanian, nilainya akan meningkat. Harga akan kembali stabil.

Di antara tahun 1932 dan 1935, pendapatan petani meningkat lebih dari 50 %.
CCC pula berjaya mencipta peluang kerja kepada 250,000 penganggur yang berusia di antara 18-25 tahun.

Para pekerja telah dibayar sebanyak 30 USD sebulan, nilai itu bersamaan kira-kira RM1,500 pada hari ini. Menerusi CCC, mereka terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.
Selain itu, TVA menyediakan peluang kerja yang lebih banyak.

TVA melaksanakan satu program pembinaan empangan dan loji kuasa si rantau Tennessee Valley.
Tenaga elektrik yang murah dihasilkan oleh empangan dan loji kuasa ini telah memberi manfaat kepada orang ramai. Empangan yang dibina turut membantu mengawal banjir.
Sudah menjadi satu kemestian, setiap usaha yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan sekali pun, akan wujud pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Sesetengah rakyat Amerika Syarikat mengkritik usaha bantuan yang dilaksanakan Presiden Roosevelt.
Mereka merasakan pekerjaan yang diwujudkan adalah tidak perlu.

Namun pekerjaan yang diwujudkan ini telah membaiki landskap Amerika Syarikat dan membantu lebih daripada 2 juta orang penduduk mereka.
Jun 16, 1933, National Recovery Administration (NRA) diperkenalkan.

Matlamat NRA pula adalah untuk mewujudkan peraturan bagi amalan persaingan adil dalam perniagaan, lantas menjana lebih banyak peluang kerja.
Melalui NRA, pemilik perniagaan digesa untuk meminta pekerja mereka untuk bekerja tidak lebih daripada 40 jam seminggu.

Mereka juga digalakkan untuk membayar pekerja mereka sekurang-kurangnya 0.40 USD/jam.
Para pekerja diberikan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hak-hak bersama agar suasana kerja menjadi lebih baik.
NRA sangat terkenal pada awalnya, tetapi selepas itu ramai yang mengadu mengenainya.

Ramai pemilik peniagaan kecil merasakan bahawa NRA tidak adil kerana banyak memberi kelebihan kepada perusahaan besar.
Satu lagi tindakan penting dalam New Deal ialah Securities Exchange Act of 1934. Akta ini telah mewujudkan Securities and Exchange Commission (SEC). Satu suruhanjaya untuk mengawalselia pasaran saham.
Actually, peristiwa The Great Depression ini juga menyumbang kepada kebangkitan Hitler di Jerman.
Sekian, terima kasih. Breakfast dulu
You can follow @Jackvladamir.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: