[Happy Bank Crew]
Guys, thread ni i buat untuk tulis kisah-kisah keluarga ad hoc yang reach out kepada kami. Kes ad hoc adalah kes-kes luar Lembah Klang atau bukan PPR yang kami bantu. Akan ada permohonan barang yang I akan buat, or permohonan rider from thread ni. Tq.
Kes 1 : yang ni silap i. I confuse ada dua kes i hari ini. So mula-mula ingat family ni duduk PJ, so takde hal nak hantar. Sekali duduk Seremban. Dah terjanji boleh bagi barang dapur, takkan tetiba i nak cakap tak boleh. So i terpaksa cari rider Seremban.
Bila dapat bantuan Hanif, lawyer juga! Hanif kata ok. Dia tolong. So dia susun barang nak hantar ke family ni. Bila dia sampai, tengok teruk sangat-sangat kondisi keluarga ni. Mak dia stroke and tak bangun, terketar-ketar. Takde barang makanan. So Hanif second round hantar lagi.
Kes 2 & 3
Kisah pasal maggi. 😭
PPR Sri Pahang
Kak Azza ni, I tak pernah jumpa. Communicate dalam phone je. Dia ni jaga penduduk dia tip top. Always penduduk dia dulu sebelum diri dia. For the record, kami dah tolong in total of 43 keluarga. Tp malam tadi Kak Azza message lagi. Dekat pukul 11 malam.
Kak Azza tanya kalau ada bajet lagi. Sebab ada 15 keluarga datang jumpa dia. Dia malu nak minta kat kami sebab katanya asek meminta je. Dia segan. Dia minta maaf. Haihhhhh. Orang susah pula minta maaf kat kitaaaaaa. Not the wayyyy. 😭😭
Kes 4 :
Budak perempuan ni non stop message I sebab dia nak jadi runner. Dia kerja tp now takde kerja sebab kedai kena tutup. I pun tolong lah dia dapatkan a few errands to run with some payment. Harini dia tak dpt tolong i. Tapi dia dapat job lain. 😭😭 Tengok perangai dia. 😭
Kes 5
Someone referred to me this case. Katanya orang ni takde internet access . Dia jaga mak dia stroke. So kalau i nak contact dia, i kena call or mesej.

So, i pun call. Dia angkat. Dia macam segan sangat nak minta tolong. Dia kerja sebelum ni, tapi sebab RMO dia hilang kerja.
So, kami pun arrange nak hantar barang dapur. Bila nak hantar, dia suruh bawa balik beras. Katanya, takde dapur and gas. Ada microwave je. Dia masak maggi rendam air dulu, lepastu masuk microwave (refer dekat cerita maggi i kat atas).
Masa @syahid update team tu; I cakap tak boleh jadi ni. Macam mana dia nak survive takde apa nak makan. So kitaorang pun usahakan portable gas and periuk (tengok gambar atas). Today, Syahid hantar. Dia bgtahu Syahid dia goreng telur dekat kedai mamak. 😭
Dia jaga mak dia yang dulu ada lung complication. Now dia buat kerja freelance. Tak sempat tanya freelance apa. Nanti settle CovidC kitaorang try follow up ok! Thanks yang bantu kes ni.
Kes 6
Kes ni referred by sorang kawan. Dia cakap makcik ni perlukan bantuan, takde makanan. Tu je dia cakap. I pun call la. Makcik ni garang sikit. 😂 Tanya, umur dia berapa. Dia cakap 82. Aduhh. Duduk dengan siapa? “Acik duduk dengan budak OKU ni la, cucu aku sorang ni hah”.
Pastu I tanya lagi, makcik rumah ada makanan tak? “Segan nak bagitahu. Tinggal belacan je”. Pastu dia gelak. Aduhaiiiii. Sedih pula. Bila i ckp, ok kami akan hantar harini. Terus dia cakap, “dapat la makan malam ni”. 😭😭
Kes 7
Ini kes special sikit. Sebabnya kes ni agak ad hoc tapi kitaorang bantu dalam 10 families memerlukan di Bukit Subang. Korang baca message tu pun korang tahu dah kan? Betapa lah kalau kita ni ignorant, memang kita tak amek tahu hal jiran kita.
So I harap korang #TengokJiranKita sikit. Tanya khabar walaupun dalam krisis kesihatan ni. At least korang boleh tahu jiran korang cukup makan tak, ada kerja tak, gaji dapat dah ke belum. Ok? Promise?
Kes 8
MCO ni effect dia paling besar adalah pada mereka yang kerja gaji harian atau mingguan. Ramai tak tahu yang ramai di luar sana, gaji mereka gaji harian atau gaji minggu. Ni salah satu kes. Bila MCO, semua job akan berhenti. So orang macam ni takkan ada gaji.
Yang akan menghimpit lebih teruk ialah keluarga yang ada anak kecil. Dah la hilang kerja, tak ada makanan di rumah. Ada anak kecil yang perlu ada susu dan lampin pakai buang.

Korang, buatlah terbaik untuk orang sekeliling korang. #TengokJiranKita
Kes 9
Kes ni antara paling sedih. 6 hari berpuasa tak makan. Mereka tak dapat pulang ke Pahang sebab MCO ni. Got stucked kat rumah Ayah mereka. So kawan mereka di JB contact @HappyBankCrew !
So petang ni juga kami ada wakil di Kuala Selangor, belikan barang makanan terus hantar ke rumah mereka. Anak-anak umur 11-18 tahun. Dah la nak membesar. 😭
Korang pernah ke rasa “tinggal duit syiling je dalam poket”. Kalau pernah, kita sama-sama bantu. Kalau tak pernah, just nak bagitahu, sakitnya tu bukan pasal kita tak boleh makan, tapi kita tak dapat beri anak bini kita makan. #TengokJiranKita
Kes 10
Korang, i nak bagitahu eh, kemiskinan dan kesusahan ni dia tak tengok IC atau Passport tau. Kalau kita nak tolong, kita tolong semua. Jangan nak tengok IC, daftar pengundi dan warganegara ke tak. For once, jadilah manusia. JADI MANUSIA.
Kes 11
Hari ini kami ada hantar group help di sekitar Pandan, tp drop off satu tempat je, nak lessen movement. Malam ni Kak @hayaaty update kami. Cuba baca tu. 😭 Apaaaa weh cari makanan bawah jambatan. Anak lapar tak makan dari siang!!

Kawan-kawan, tolonglah #TengokJiranKita 😭
Update kes 11

Family ni, suami kerja bengkel. Now hilang kerja, no money. Isteri jaga 4 anak. Sorang tu OKU. Jaga juga bapa yg strok. Sekarang ni kami ingat nak pindahkan mereka ke rumah sewa berdekatan. Area Pandan Jaya. Tolong DM i jika ada maklumat any rumah sewa affordable.
Kes 12
Bila tengok balik most of our cases kan, ramai sangat yang hilang punca pendapatan ni sebab tak sangka akan berlaku PKP ni. So mostly semua tak bersedia. Ni antara contoh kes. Tak silap kes ni, kedai dia bawah Majlis. So maybe Majlis renovate (tak pasti).
Bila jadi PKP, jangan kan nak stok makanan or panic buying, nak beli makanan untuk makan tengahari atau malam pun tak cukup. Betul; bagi cash memang tak membantu, tetapi untuk golongan macam ni, RM50 pun sangat membantu. #TengokJiranKita
Kes 13
Firstly, duit tu bukan duit saya, tapi @HappyBankCrew ! Ni my friend from Sabah. Dia bgtahu ada 4 students from Semenanjung yang terkandas di Sabah. Ada satu NGO ni tolong lah dorang tapi hanya mampu bagi tempat tinggal je. Duit memang takde langsung.
So dorang awal-awal haritu dah beli makanan. Tapi ye la, ni dah 2 minggu kan, so memang dah nak habis. Duit takde langsung. So tak tahu nak cari siapa. Nasib baik kawan I ni dok tanya-tanya, then baru tahu dorang terkandas. Haihh.
Tapi RM200 yang kami bagi tu, kawan I belikan makanan untuk ada satu family ni. Dia tambah duit dia. Kesian pula. So kami akan ganti juga. Sebab keluarga tu pun tengah sangat susah (tengok WhatsApp conversation).
Boleh kata 85% kes ad hoc kami ialah berkaitan dengan suami yang hilang punca pendapatan. Dan isteri pula memang tak kerja. Bila suami hilang kerja, takde gaji, tu yang jadi susah. Sebab dia sorang je sole bredwinner.
Mostly semua yang terima bantuan akan tanya jika ada kerja yang dorang boleh buat. Memang dorang nak buat kerja, cuma keadaan sekarang tak mengizinkan. 😭
Guys, any rider in Kuantan tak? If ada, please DM me! Thank you! ♥️
Kes 14
Kes ni dekat Chendering. I really tak kenal anyone from Terengganu. But akak ni mesej from yesterday. Dia dgn husband pisah. Now dia jaga 7 anak, 2 dpdnya OKU. Dia kerja proses isi ikan untuk keropok lekor, now tak kerja. I tak sampai hati kalau tak tolong. Help me! 😭😭
Alhamdulillah. Kes ni setel tadi tengahari. Akak ni doakan untuk semua kawan-kawan juga. ♥️
Kes 15
Dah dua hari kami ada dapat contact dari Sabah. Nabilah & Dayang. Gambar kat bawah ni bantuan yang kami hantar ke Sipitang. Adik Dayang yang bantu kami carikan orang kampung dia and lepastu order dari kedai runcit terdekat. Ramai sangat di Sabah yang kurang bekalan.
Bila dapat adik Nabilah & Dayang yang jujur ni, dorang gunakan duit yang kami beri pada mereka sampai kering. Sebab diorang nak maksimakan seramai keluarga yang boleh untuk dapat bantuan. 😭 Doakanlah yang di Sabah.
Kes 16
Benda paling i tak boleh tahan ialah bilamana mak/ayah minta susu dan lampin pakai buang anak je. Masa dorang mohon tu, takde pun sebut nak barang makanan. Cuma nak susu anak je. 😭 Tapi kita tahu kan, orang macam ni, kalau susu anak pun takde, makanan lagi la.
Korang, just nak update, @HappyBankCrew dah bantu lebih kurang 100 families di PPR Sri Pahang! Alhamdulillah. Mostly yang duduk PPR ni semua golongan yang kehilangan kerja dan hilang punca pendapat di kala MCO ni. Bantulah kami untuk bantu mereka.
Kami dah cover PPR Kerinchi, PPR Sri Pahang, PPR Sri Pinang and esok PPR Semarak & PPR Pantai Permai. Kalau korang tahu mana-mana family yang memerlukan di PPR, please DM saya segera! #TengokJiranKita
PPR ni yang sedihnya ialah rumah kecik tapi yang duduk dalam tu ramai. Kadang tu 3 generasi weh. Jadi, korang bayangkanlah, bersempit, tidur macam mana, makan tak cukup, bilik ada dua je. 💆🏻‍♀️Fikir pun dah pening.
So, korang tolonglah kami di @HappyBankCrew . #TengokJiranKita and bertanya khabar. Call Mak Ayah di kampung, tanya Mak Ayah kita ok tak, jiran Mak Ayah kita ok tak. Kadang tu, kalau tak tanya, mana nak tahu dorang cukup makan ke tak kan?
Ni bantuan yang ktorang dah hantar ke Jementah. Korang tengok lah betapa happynya orang sana dapat bantuan makanan. Orang kampung pun affected sebab mostly mereka hilang sumber pendapatan. Nak beli beras pun tak mampu. Sedih mashaAllah! 😭
Kes 17
Keluarga ni dekat Kuantan. Dah dua hari dia cari bantuan kalau-kalau ada yang nak bantu. Mula-mula susah sangat kami nak cari rider kat Kuantan. Nasib semalam jumpa. Punya terdesak, dia harap sgt beras and susu anak pun ok. 😣 #TengokJiranKita
Anak dia kan, dia bagi minum teh o je dalam botol. Kadang tu, susu pekat. Sedihhhhhhhhhh. I tak boleh la pasal anak ni. Korang kalau tahu mana-mana family yang perlu sangat susu and diapers anak, tolong lah reach out to me. 😣😫 #TengokJiranKita
Kes 18
Pagi tadi dapat satu referral case ni. So I pun call. Ayah dia kerja technician. Di waktu MCO ni, company dia diam je on status pekerja. Malas nak tanya lebih. Saya terus tanya. Boleh ke kami nak hantar bantuan. Ayah tu jawab...
“Saya segan sebenarnya, mungkin ada yang lagi susah daripada saya. Tapi tu la, anak-anak dah takde susu, pampers dah habis”. 😭😭😭

Kenapa dorang ni dah susah dan masih fikir orang lain yang lagi susah. 😭
Thank you @azyanatfi for reaching out to us. Guys, tolonglah #TengokJiranKita cause with your help, we could help many needy families. Do your part during this MCO. Help us to help them! ♥️
Kes 19
Today, we helped a Myanmar family. Masa Kak Yati bagi, I was thinking nak minta Human Aid ke tidak. Oh takpe la, let’s just do it. So kitaorang cari rider then terus hantar bekalan makanan.

Tengok lah apa they say to us! 😭 Korang duit korang bagi tolong semua orang tau!
Kes 20
Kes ni i cerita dekat link bawah tu. I was so emotional semalam. I think I have failed myself. Tapi I managed juga to help her family.

Today, we manage to crowdfund for her family. My team @girl2leadermy sent food items and diapers for her dad.

https://twitter.com/ainiehaziqa/status/1245687409422897152?s=21 https://twitter.com/ainiehaziqa/status/1245687409422897152
So after we banked in some of the donation cash to her, she went to grocery.

Some people kan, setakat sambal telur for lunch tu nothing kan? But they have been eating bubur kosong for many months guys. 😭So this sambal telur is so HUGE for them. I cried. 😣
I taught her on how to plan the donation money that’s coming in. List down keutamaan for the siblings and the sick dad. I told her, “DON’T EVER QUIT LAW SCHOOL! YOU WILL GRADUATE AND BE A LAWYER”. 😥😥
You can follow @AinieHaziqa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: