PSA: Girls, kalau korang perasan apa² yg pelik dgn your period cycle or dapat senggugut yg teruk, pls go check with the doctor.

Aku baru tahun ni tetiba period jadi pendek & senggugut teruk sampai nyaris pitam. Bila scan, rupanya ovary kanan bengkak & both ovaries ada cysts 🙂
Aku perasan period aku lain sbb walaupun cycle sama (21-24 days), tempoh dia kurang. Asalnya 5-7 hari tetiba jadi 3 hari.

Bleeding pun kurang. Biasa 1st & 2nd day heavy flow tp ni dia macam di hujung period. Senggugut yg dulu biasa² je pun tetiba teruk. Rasa mcm kena tikam.
1st incident: 6 Feb 2020.

Semalaman aku nangis sbb sakit. Makan panadol, 2am baru tertidur. Tapi 4am terjaga balik sbb sudden sharp pain belah kanan perut.

Serius rasa serupa kena tikam dgn Freddy Krueger. Terkejut parents aku tengok aku menangis tepi katil mereka pagi² buta 😂
Tapi tu la pergi kecemasan, doktor palau je bila cakap tengah period sbb "senggugut la tu." "Kecemasan tak layan kes camtu & patutnya pergi klinik biasa."

Ah ye memang 4am klinik bukak. Aku sakit sangat ingatkan apendiks dah that's why aku pergi situ 🙂 https://twitter.com/_naddddzirah/status/1225174406080544769?s=19
Dia inject painkiller tp sakit tu datang balik after few hours. Seharian aku jalan bongkok.

For safety, malamnya aku pergi klinik swasta. Doktor lelaki syak aku ada mild appendix so dia bagi antibiotik utk surutkan bengkak.

For a week, sakit tu hilang. https://twitter.com/_naddddzirah/status/1225413026708217857?s=19
Tp lepas daftar sem baru, sakit tu datang balik. Tempat yg sama belah kanan perut.

Aku pergi klinik UUM tp pun sama doktor buat muka je bila aku kata sakit tu start masa period sbb "senggugut la tu"

Bezanya, kalini dia suruh buat blood test + urine test https://twitter.com/_naddddzirah/status/1230837948083359744?s=19
Hasil test, doktor kata takde symptom apendiks pun tp dia assume aku ada UTI & haemoglobin aku pun kurang. Jadi dia bagi iron & vitamin C.

Part aku sakit perut tu dia kata normal sbb "ovulation phase & ovary tengah hasilkan telur". "Asalkan period awak regular okey la tu."
Tapi cuba teka siapa yg kena rush pergi emergency PKU UUM next week tu sbb dia senggugut teruk dan nyaris pitam dalam kelas?

Ye, aku.

Doktor yg sama pula tu handle kes aku kat emergency. Teringin aku nak tanya dia "Normal ke saya senggugut camni, doktor?" 😒
Take note rasa sakit di belah kanan perut tu berulang ye walaupun bukan waktu ovulation. Kadang² dia rasa pedih mencucuk tetiba so aku mula syak diagnosis doktor td kurang tepat.

Aku google la klinik sakit puan yg ada dekat dgn UUM & jumpa 1 depan Cmart Changlun. So here i went.
Idk the doctor's name here tp sumpah dia baik gila. Dengar aku cakap yg period tetiba pendek & aku sakit mencucuk sampai nak pitam, terus dia suruh aku baring & buat ultrasound.

And there you go, folks.

Ovarian cysts.
Doktor kata ovary kanan ada 3-4 biji tp kecil je. Tak nampak bahaya cuma ovary kanan tu bengkak sbb tu aku selalu rasa sakit.

Ovary kiri pula tak bengkak tp cyst besar lebih 3cm. For now tak dianggap teruk lagi. Tp kalau pasni dia membesar >5cm, doktor akan refer ke hospital.
Katanya diagnosis pasal ovulation phase tu tak tepat sbb aku first mula² sakit masa 1st day period kot. Takkan masa period start baru nak ovulate? Tak kena la cycle dia 🤡

For cysts ni, katanya takde ubat. Cuma boleh pantau je nak tengok sama ada mengecut atau membesar.
Selain kena follow up, doktor pun larang:
1) Jangan makan produk from soya
2) Jangan makan suplemen sembarangan especially kolagen
3) Elakkan penggunaan feminine wash to prevent infection

Aku tak buat yg lain tu tp tu la baru semalam terbeli air soya masa Open Day masalahnya 😅
Aku tanya doktor, selagi cysts tu tak kecut & bengkak ovary tak surut, maksudnya period aku akan terus senggugut teruk sampai rasa nak pitam ke?

Katanya mungkin. Untuk kurangkan risiko tu, doktor bagi suggestion utk makan pil hormon to re-regulate my hormones.
Dos biasa katanya kena makan utk 2 bulan. Kena makan for 21 days, gap 7 days, then continue anoyher 21 days before stop.

Pros: after the dose ended, hormon may become seimbang & senggugut akan kurang.

Cons: side effects may include migraine & sebabkan naik berat badan 😌
Scary siaa side effects pun 🙂

Tapi aku decide untuk try dulu pil hormon tu since doktor pun cakap elok start awal dari sekarang. Nanti boleh tengok masa next period ada improvement ke tak.

Hopefully improve dan cysts pun kecut. Serius taknak la pitam masa final exam ke apa 🙂
So malam ni akan start dulu first dosage. Katanya kena makan pada waktu lebih kurang sama setiap hari so aku akan makan tengah² malam before tidur hehe.
Total for consultation, ultrasound & pills: RM100

My next appointment would be on April 2020 nanti. Mujur hari selasa masa takde kelas. Tapi maksudnya terbang lagi la RM100 guwe lol

Jadi ada hikmah la PTPTN masuk tanpa diduga haritu sbb ke sini ia akan digunakan 🙂
Kesimpulannya, gadis-gadis sila take note pasal period cycle anda. Kalau rasa ada perubahan yg janggal, do consult an expert. Dan kalau was-was dgn pendapat sorang doktor, jumpa la doktor lain for second opinion.

Aku jumpa 4 doktor kot baru tahu aku sebenarnya sakit apa 😌
Reading your replies and quotes, how can you girls be passing out from period pain almost every month but never go for a checkup? How do you deal with the excruciating pain monthly? 😢

I nearly fainted once and directly went for an ObGyn bcs i don't like its abnormality 😥
Stop thinking "i don't want to get checked bcs i'm afraid something bad might come out in the results"

The purpose to get checked up is to find the source of your pain and how to solve it. Ignorance is bliss but not at the expense of your health. GET YOURSELF CHECKED!! 💪🏼
Saja nak takutkan korang yg even sekarang pun ovary kanan yg bengkak tu berdenyut sakit walaupun belum waktu period. Pastu sekarang UUM dah tutup pagar utama & tak boleh keluar masuk. Tp kalau tak tutup pun, maybe klinik sakit puan yg aku pergi tu tutup sbb RMO. Pray for me 🙂
You can follow @_naddddzirah.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: