Masa first jumpa, dia 21, aku 25. Dia panggil aku kakak, aku panggil dia adik.

Sekarang, dua dua terciduk 😂
And yes we gain weight together* 😂
Actually masa first time kenal, tak ada niat pun nak stuck into each other life.

Aku baru je kena reject dgn family EX. Makwe dia pulak kantoi ada orang lain.

Then, terjadi cerita kelakar. Berlakon jadi lovebird. Aku la desperado!
An interesting story jugak la kalau dikenang balik. Sbb after aku putus tu, aku punya la nak tunjuk aku ada better life.

Masa first kenal dia, through DM twitter. Malasnya nak layan😂 Tapi sbb masa tu nak gembirakan hati & rasa dia muda mcm adik-adik. So OKAY la
Kalau aku cerita, its gonna be a longgg thread. Bit dramatic & mcm novel pulak rasa weh😂

Tp its happen for real. Dari acah berlakon mcm BF-GF. Lastly dua dua terciduk!

& never I imagined I could be in love with someone younger than me😂
Masa tu kan aku down tau sbb aku baru kena undurkan diri sbb family EX aku reject aku. Baru je niat nak nikah sekali tak dapat restu.

Nak release stress, Aku pun setuju la jumpa budak ni sbb time aku duk tweet sedih- dia akan DM & tanya apa semua.

Pstu nak belanja ice cream!
Dia sebenarnya mcm benda yg kau malas layan, & take for granted je dulu tp benda tu jadi meaningful pulak. Haa

So time jumpa dia aku bawak kakak dgn adik aku sekali. Aku 3 orang. Dia sorang sorang datang.

Berani budak ni ya. Haha
So jumpa je la mcm biasa. Aku pun takde ambik kisah sangat cuma be careful juga la sbb tu kali pertama aku pi jumpa orang yg kenal kat twitter tanpa sebab😂

Borak-borak. Masa tu rasa la dia ni budak baik. Masa jumpa tu pun dia baru habis kelas. Pakai shirt & slack mcm salesman.
Pastu sekali tu aku nak pi keluar lepak dgn kawan EX aku. Aku letak nama dia J & M la eh.

J ni nampak Al ni kat story aku apa semua. So dia berminat nak tahu Al ni siapa. Yelah sbb masa tu aku baru putus dgn kawan dia kan.

Entah kenapa masa tu aku tak cakap benda betul.
Dlm kepala otak aku yg desperate masa tu, aku cakap yg Al ni ehem ehem la... dan aku harap J & M akan sampai kan gosip-2 ni kat EX aku.

Korang faham tak apa yang aku cuba nak buat?

Ala-ala sweet revenge gitu. Aku nak EX aku ingat aku dah bahagia dgn orang lain😌
Aku tau apa aku buat tu bodoh tp di masa aku kesedihan tu aku cuma nak hiburkan hati sendiri. Huhu

So kita orang keluar la lepakzzz

Masa otw tu aku dah cakap dekat Al,
“Nanti depan dia orang jangan panggil akak, akak tau.”

“Then nak panggil apa?”

“Lain lain”😅
Al ni pun ikutkan je lah aku. Ni kelakar. Acah-acah nak sweet bagai depan J tapi jadi awkward bodo

Sekali aku nak lintas jalan, tak nampak kereta lalu. Al jerit “Akak!!”

J yg kat depan aku terus tertoleh belakang. Aku dah buntang mata tengok Al.

“Eh, awak awak!!!” Al terciduk
J ni sebenarnya mcm tak puas hati sbb beberapa kali Al ni duk tersasul-sasul panggil aku kakak.

Yg aku pulak duk tersasul jugak.

So J ni duk tanya aku, Al ni siapa sebenarnya. Dia pulak masa tu punya la busy body nauzubillah😂

Time tu aku dapat idea.
Aku jalan cepat-cepat sampai aku dapat jalan tepi Al. J kat belakang dengan kakak aku.

Terus aku pegang hujung lengan baju Al. Buat-buat mcm sweet couple happy dapat berlenggang sesama.

Al terkejut tapi dia biar. Aku pun terkejut jugak dgn tindakan aku. Spontaneous gedik. Haha
So after that J tak tanya dah. Mybe dia tengok my intimacy level dgn Al so dia okay jerk. Plan succesfull!

Balik tu aku minta maaf kat Al sbb pegang lengan baju dia pastu tetiba manja. Hew hew

padahal masa pegang tu aku tak tengok dia dah. Mata pandang depan straight :3
Aku ingat drama setakat situ je tapi rupanya drama demi drama lagi. Depan J, depan M.

Tp atleast benda tu buat aku happy & lupa masalah aku.

Act masa tu tak jatuh hati lagi pun dgn dia. Tp rasa ease sb ada tempat nak mengadu apa semua. Dia pun sama. Akak adik😂
Kita orang tak sedar pun yg memasing into each other sbb aku...
(Honestly until now aku rasa semua ni macam mimpi)

Dalam masa aku kenal Al, dan takda niat nak bercinta dgn dia ( atau mcm tak yakin lagi apa sebenarnya )

Aku kenal pulak dengan F.

F pun baru putus cinta jugak.
Here come the real drama.

Moment when I really need to be wise.

When someone really put their effort for anything they want.

And how sick triangle love is. ( lebih kurang lah )

& cuba menerima dalam keadaan kau tak yakin.
Nanti aku sambung cerita boleh?

Aku dah kata thread ni kalau aku open mmg panjang. Sb ada suka duka bersama. Cewah.

Tbh, even he’s younger than me, he really took a good care of me & my sister setiap kali keluar sesama. ✨
Oh ya! Nanti aku sambung cerita sekali macam mana Al ni teman aku jumpa EX aku tu.

Bukan senang nak jumpa BF yang teman GF pegi jumpa EX kan? But he did it just to makesure I am okay :)

Apakkk ah. Hidup aku penuh drama. Memang pun :3
Sat nanti aku sambung. La ni Al duk marah aku awat banyak-banyak, pi upload gambar dia rupa mcm budak-budak😂

“Dah awak mmg budak-budak!”

Dia cukup marah kalau aku panggil dia budak.

Dia nak nampak tua dari aku. Tu dia simpan jambang & misai😂
Okay ni first video keluar sesama. Masa ni dalam hati jangan kan bunga, pokok dgn akar pun tak ada lagi okay. Memang Genuine adik-kakak relationship! Haha😂

Tapi mudah selesa dengan dia sbb boleh sekepala. Sampai I-City kita orang pergi dengan kakak.

Muka budak lagi dia tu😂
Okay ramai since ramai duk mintak sambungan...

Bila dah rapat, orang sekeliling duk usik-usik la. Tp kita orang buat tak layan sbb memasing takde hati.

Takde hati ke atau segan nak melebih-lebih. Macam aku, aku segan sbb dia tu muda. Wahahahaha!

Sampai la masuk Ramadhan...
Korang pernah kejut BF/GF bangun sahur? Ahahahahaha time aku single tu. Al lah kejut. Sbb dia tak tidur.

So utk bulan Ramadhan tahun tu, aku dikejutkan oleh bukan BF, tapi adik🤣

“Akak bangun sahur.”

Sebenarnya dalam fasa ni semua rasa biasa je. Tp entah lah 😂
Time tu, bila keluar lepak dengan kawan-kawan EX aku je, aku dengan Al kemain berlakon.

Pastu aku dapat tahu dari M, Ex aku ada tanya pasal Al. Dia nak tahu siapa Al ni apa semua.

Aku puas hati bila jawapan yang M beri, tepat mcm apa aku nak.

“Al tu BF baru dia.” 😂
Sebenarnya awal-awal kenal Al ni mmg aku dalam fasa down. I looked happy but was broken inside.

Ada masa aku betul, ada masa aku kiok. Bila aku dapat tahu Ex aku still ambik kisah pasal “orang baru dalam kehidupan” aku, aku jadi happy, puas hati.

He still care :')
Dalam masa yang sama selain Al, aku ada kenal F, orang yang baru putus cinta jugak sbb EX dia get back dengan kekasih lama.

Aku taktau la kenapa malang nasib kita orang. Jumpa orang yg masing-masing kena dump. Kena tinggal 😂

F ni nampak mcm nak serious. Aku? Fasa hilang arah.
So ada dua orang lah dalam kehidupan aku time tu.

Al - adik yang berpura-pura jadi kekasih.

F - orang yang datang dengan harapan (aku tak pasti nak jelas kan mcm mana) sbb time aku tak keluar dgn Al, aku keluar dengan F.

& of course, Family aku kenal Al dengan F ni.
Cuma yang aku tak pasti masa tu. Adakah aku boleh dikira curang, atau memainkan perasaan orang?

Sebab aku keluar dengan F dalam masa yg sama aku berhubung rapat dengan Al.

And of course Antara aku & Al, aku dapat rasa sesuatu. Cuma... Dia muda😭

& aku takut. So aku buat bodo
Aku rapat dengan Al sebagai adik kakak dalam awkward situation dalam masa yg sama aku dengan F saling berkenalan lah.

Keadaan jadi huru hara bila aku tak reti nak adjust the situation.

Memang, I can't control everything.

Then one day, F luahkan perasaan dia. Dekat aku...
F cakap dia selesa dengan aku. Dan dia tengok aku ada ciri - ciri boleh dijadikan isteri.

Aku kan masa tu aku taktau la apa nak fikir. Haha.

Rasa macam ada hati dekat Al. Tp sbb aku tengok Al pun tak cakap pape, cuma dia rapat & caring je dekat aku.

Tak mungkin la dia suka aku
Ye sbb Al muda aku tak tau nak rasa mcm mana. Aku rasa, F mungkin lebih sesuai dengan aku.

Dlm masa yg sama mkcik aku sebagai tukang penasihat yg tahu cerita aku antara Al dengan F. Dia suruh aku fikir betul-betul.

Aku rasa kalau aku suka antara salah sorang pun, aku rebound je
Makcik aku ni. Dia suka usik aku dengan Al. Kadang waktu snap gambor. Dia suruh si Al rapat-rapat dengan aku.

“Alah kome ni duk adik kakak adik kakak. Adik kakak la sangat. Nanti lama-lama melekattttttt.”

Al respon “Ehhh takdelah mkcikkkkkkk”

“Takmauuu lahh muda sangat” - aku
So aku rasa mmg tak la Al ada hati dengan aku. Huhuhuhuh... Sbb bila mkcik usik dia mesti menidakkan.

Tp yg aku awkward juga. Al ni makin lama makin caring. Sampai la satu hari tu dia kata dia lebih prefer kalau panggilan kami ni takyah adik-kakak

“habis tu nak panggil apa?”
Aku ingat tapi aku lupa apa dia tulis. Dia kata dia prefer panggilan masa kita orang sembang depan kawan-kawan EX aku.

“Saya awak?”

Eish part ni aku lupa la mcm mana. Whatsapp pun dah hilang.

Korang nampak betapa aku take for granted Al ni. Whatsapp pun tak simpan😭
So aku iyakan... Dalam masa yg sama ada sikit rasa bunga-bunga lah dan malu jugak sbb tersasul-sasul jugak bahasakan diri kakak bila on the phone dengan dia.

Aku fikir mybe Al selesa mcm tu.

Dalam masa yg sama aku dengan F berjalan mcm biasa.

Sampai la suatu hari.....
Suatu hari tu. Aku keluar dengan F. Al tanya aku keluar pergi mana. Aku cakap keluar dengan kawan.

Mmg betul masa tu aku keluar dengan kawan. Cuma aku tak cakap siapa.

Aku dengan F pergi Danau Kota. Aku tak berniat pun nak kenalkan F ni dengan Al sbb aku tau nnti awkward.
Lepastu kan kan kan kan... Aku yakin Al ni takkan keluar dari UIA sbb time tu esoknya dia ada exam.

So aku pun berjalan la dengan F dalam Danau. Sampai la Al kata kat aku yg dia datang Danau kota jugak.

Aku sebenarnya tak menipu. Tapi aku tak tahu kenapa aku nervous.
Sambil aku jalan dengan F, aku duk berwhatsapp dengan Al. Sambil tu aku update kedudukan aku kat mana.

Aku cakap benda yg betul. Tp dalam masa yg sama aku tak harap Al akan jumpa aku. Aku estimate je.

Al cari. Tp dia tak suruh aku tunggu. Cuma dia tanya kedudukan aku kat mana.
Sampai dah habis satu danau kota tu kami round. Aku rasa lega sbb Al tak dapat catch up even aku update location kat dia. Huhu.

Sbb aku taknak situasi awkward. Aku dengan F jalan ke Malis. Pergi kat meja yg mkcik aku dengan kakak aku duduk.

Al whatsapp aku, tanya kat mana.
“Dekat Malis. Dengan mkcik dengan akak dengan kawan.” aku tak expect dia akan sampai ke Malis. Tp dia datang 😂

Lgpun dia cakap dia datang Danau tu sekejap je sbb esok ada exam. Okay. Haha

Here the hilarious part. Dia datang dah tentu lah dia nampak F. 😂
Mkcik mcm biasa lah tegur Al tu.

“Haa dah datang diaaaaaa” mkcik tegur Al. Masa tu di meja tu. Aku duduk antara mkcik aku, kakak dan F sebelah aku.

Al berdiri sebelah aku. Aku kenalkan dia dengan F. Mereka bersalaman. Borak sikit.

Tp Al taknak berganjak antara aku dgn F tu😂
Yelah sbb mmg Al dia akan datang duduk dengan aku. Tetiba ada orang lain. Aku dah agak, mesti awkward 😂

Mkcik pun perasan kejanggalan itu. Hahahah. Dia pun terus panggil Al.

“meh sini meh duduk sebelah mkcik.”

Al macam berat je nak pergi tapi dia pergi jugak duduk, 😂
So sepanjang borak kami semeja tu. Aku perasan yang Al ni duk tenung je F tu.

Tapi mmg situasi tegang sbb dua dua tu nak berborak dengan aku. Yang F nak sembang dengan aku sambil tunjuk apa entah kat phone dia.

Yang Al dari sebelah mkcik tu duk panggil-panggil aku.
Balik tu Al whatsapp aku.

“Saya tak tahu kawan awak tu lelaki.” ayat dia lebih kurang mcm tu.

Yelah. Dia tak tahu sbb aku tak bagi tahu. So sekarang dah kenal F. Aku pun cerita pada Al pasal F. Mcm mana aku kenal F apa semua.

Respon Al. Okay. Biasa je. So aku rasa okay lah.
Kepada F, aku bagitahu lah cerita yg betul. Apa yang jadi antara aku dan Al apa semua.

So kira sekarang ni. Dua dua side antara Al dan F dah tahu satu sama lain.

Dan siapa aku pada mereka tu yang jadi tanda tanya. Sbb each of them get to knw me on the same time!😕
On Al side pulak. Idk. I think maybe bila dia tahu about F. Dia mungkin ada terasa sikit kot.

Sbb after that aku mcm terasa yang dia nak protect our relationship yg baru berbunga-bunga nak terbina ni.

Dia dah mula luahkan perasaan dan takda kias-kias ke apa.... I MEAN;
Kalau sebelum ni aku rasa macam tertanya-tanya. Al ni suka aku ke tak. Sbb aku takkan mengaku laaaaa kalau dia tak kata apa.

His feelings, selama ni dia cuma tunjuk thru action, not words. So I cannot catch em.

But after that... His words become meaningful.
Bila difikirkan balik. Time aku lonely, time aku down. A way before I knw F, rapat dengan Al. Even masa tu still fasa kakak-adik.

Ada masalah cari dia. Cerita apa aku rasa kat dia. Dia pun sama.

Kalau aku nak makan apa, dia beli. Nak pergi mana, Dia bawak, he treat me well.
Aku sedar benda tu. Aku tak kata la aku cinta. Cinta belum lagi. Tapi suka, suka tu ada. Untuk F pulak, aku suka dia jugak tapi I need to choose.

Aku kena pilih sbb dah semestinya aku tak boleh layan dua-dua.

Aku rasa macam aku mempermainkan orang. Serious i hate myself 😭
Al buat aku sedar. Sayang tu sebenarnya tak perlu diungkap. It's there from the start. Aku mula kenal dia dulu. Dah tentu lebih banyak memori kami yang tercipta.

Entah lah.

Aku ambik keputusan utk beritahu F, tentang situasi aku dan Al. Even aku keliru...
Aku cakap dengan F. Aku patut beri ruang pada diri aku dan Al untuk kenal satu sama lain dulu.

Dan tak adil untuk F kalau nak diheret masuk dalam satu kisah segitiga.

Lagipun aku dan F baru kenal. Terlalu awal untuk kami. F sedih. Aku pun sedih. Idk but we cried together.
Oh aku lupa nak beritahu. Sebelum aku bagitahu F pasal aku & Al, satu lagi kejadian hampir sama jadi dekat Malis jugak.

Ada satu malam tu aku demgan Al pulak lepak Malis. Malam tu F keluar dinner company dia.

Aku yakin la takkan ada lagi pertemuan awkward mcm haritu!!
Tengah je aku beratur nak beli nasi lemak dengan Al. F WHATSAPP tanya dekat mana. Aku jawab, Malis.

“Dengan siapa?”

“Dengan Al, mkcik and akak”

“Kalau sempat, I datang eh after this.”

“eh it's okay. Dah lewat lagipun. Esok kan kerja.” aku menghalang dengan bersopan.
Aku duduk borak kat meja dengan Al, kakak and mkcik.

“I datang eh” tetiba aku dapat message dari F. Aku baru je nak reply then sesusuk tubuh lelaki tinggi lampai dah sampai ke meja. F.

AKU MCM NAK PENGSAN.

Another awkward session! Tak senang duduk aku. 😵
“Dah lewat, esok kan kerja.” macam tu aku cakap dekat F. Aku taktahu lah tapi aku tak selesa kalau F ada dengan Al sekali.

F kata tak apa. Dia nak lepak sekali.

Masa tu aku dah nampak riak muka Al senang hati sebab dia duduk sebelah aku & F duduk depan kami.

Dia borak2 dgn F.
“you ada powerbank tak? Bateri I low.” powerbank ada tali cable tak ada.

Dalam hati aku dah membebel2. Kenapa la F tak balik je. Cas phone kat rumah. Rehat apa semua. Kenapa dia nak datang sini. It's 12AM!

“Kejap I pegi beli cable.” F bangun pergi kedai sebelah Malis tu.
Aku dah gelisah sbb pertemuan kali kedua tu jadi double awkward.

Al tgk aku gelisah. “Kenapa?”

“takde apa.”

“Awak sakit perut eh?” dia tahu aku selalu sakit perut.

Aku anggukkan je lah malas nak jawab

“Kejap saya beli minyak angin.”

Terus Al pegi seberang jalan ke Seven E.
Weh serious lah?! “Sorang pergi beli cable phone, sorang pergi beli minyak angin. Just because of you?!,”

Kakak dengan mkcik aku yang duk perhati situasi tu pun tergelak jugak la.

Taktau nak buat mcm mana tp apa yg jadi malam tu yang buat aku rasa I need to be clear with F.
Sebelum pergi dekat kereta, aku panggil F. Masa tu aku biarkan kakak dengan mkcik aku dengan Al jalan dulu.

“You. I ada benda nak bgtau.”

F tanya apa? Aku cakap malam ni aku call dia.

Dan masa aku borak dengan F tu, rupanya Al tak pergi dekat kereta pun. Dia tunggu aku! 😶
So yeah. Semua yang dalam thread ni. Antara aku, Al & F adalah cerita yg aku pendek-pendekkan dan skip to important part tau.

How with the existence of F buatkan aku boleh sedar memori antara aku & Al sebenarnya bermakna.

And how Al actually care about me tapi aku tak tahu.
Aku dah kata this thread kalau di sambung memang akan jadi panjang. Tu belum aku threadkan sad side between aku & Al lagi 😂

So korang dah penat baca. Aku pun dah penat tulis ni.

Dah give up ke nak suruh aku sambung? 😂
Just for me, If you really want to be with someone, effort & action would be your weapons to prove everything.

As our relationship teaches me this, a lot. Aku ada lah orang yg putus asa, tak berani mencuba & overthinker. Al adalah sebaliknya.

Aku jatuh, aku tersungkur. Dia ada.
Caption dia tu buat aku musykil, & nak tergelak. Tak semestinya tua, matang. Dan tak semestinya muda, immature.

Ramai yang mention & dm aku. Apa perasaan aku bila aku with someone younger than me, how i control my insecurity etc.

Dan suruh sambung thread ni. Nak ke? 😂
You can follow @AinulNunanaa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: