Selama ini kita percaya manusia berevolusi dari satu spesis ke satu spesis. Seolah, hanya satu spesis manusia saja yang hidup dalam satu zaman.

Yang berlaku ialah jutaan tahun lalu sekurangnya ada enam spesis manusia yang hidup. Hari ini cuma tinggal satu, Homo Sapiens (kita).
Segala penemuan tentang spesis-spesis manusia lain dilakukan melalui fosil. Gambar di bawah merupakan spesis-spesis manusia yang pernah hidup jutaan tahun yang lalu. Kalau kita tengok sekitar 2 juta tahun yang lalu, ada lebih kurang 7 spesis yang hidup dalam satu zaman.
Homo Erectus adalah spesis manusia yang paling lama hidup, hampir 2 juta tahun. Dikatakan, Homo Erectus adalah spesis manusia yang paling pandai beradaptasi dengan persekitaran. Kita (Homo Sapiens) pula belum sampai ratusan ribu tahun lagi.
Fizikal setiap spesis manusia ini berubah bergantung pada persekitaran mereka supaya mereka dapat beradaptasi. Sebagai contoh, manusia yang berkulit hitam lebih mempunyai kelebihan untuk tahan cahaya matahari terik dan kepanasan di Afrika yang berpurata suhu 34 darjah Celsius.
Kulit kita cerah sikit sebab suhu purata di Malaysia berada di sekitar 26 - 28 darjah Celsius. Spesis manusia lain ada yang pendek, tinggi, dapat tahan sejuk seperti Eropah, dan tahan panas, dsb. Ada juga saiz tak sampai 100 cm (Homo Floresiensi) dikenali sebagai "Hobbits".
Saintis akan buat senario/simulasi berdasarkan bukti saintifik untuk mengetahui bagaimana spesis manusia lain hidup dan pupus. Maka, ada banyak pendapat tentang bagaimana mereka pupus. Ada yang kata sebab peperangan, ada yang kata sebab ketiadaan sumber makanan, bencana, dsb.
Kenyataan popular dari Darwin ialah "Manusia berasal dari beruk". Darwin tak pernah dakwa hal itu.

Saintis berpendapat, manusia dan beruk berasal daripada nenek moyang (ancient primate) yang sama. Cuma kita tak pasti siapa atau spesis apa nenek moyang itu.
Penemuan terkini (masih terbatas) mendapati Homo Sapiens pada hari ini berasal dari nenek moyang yang sama (common ancestor) dikenali sebagai "Y-chromosomal Adam" dan "Mitochondrial Eve" yang muncul lingkungan 200K — 300K tahun yang lalu.
Masih terbatas kerana untuk sahkannnya perlu dilakukan ujian DNA untuk semua manusia yang hidup pada hari ini.

"Adam" itu tidak merujuk pada seorang individu. Tetapi banyak individu ("Adam") yang muncul pada ketika itu.

Nama itu pun tidak formal.
Rujuk gambar untuk faham konsep "common ancestor". Manusia hari ini mungkin mempunyai "common ancestor" yang sama dengan spesis manusia lain yang pupus, mungkin juga tak sama dalam satu dua generasi.

Tapi kita tetap mempunyai "common ancestor" yang sama ketika generasi pertama.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: