Rundingan Damai Haadyai 1989

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM).
Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai.
Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM.
Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand.
Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand.
Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.
Malaysia diwakili oleh :

- Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
- Tan Sri Mohd. Hanif Omar, Ketua Polis Negara
- Jeneral Hashim Mohd Ali , Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
Thailand diwakili oleh :

- Jeneral Yodhana Yamphundi, Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
- Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Pengarah Operasi Keselamatan
- Jeneral Sawaeng Therasawat, Ketua Pengarah Polis diraja Thailand
PKM diwakili oleh :

1. Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
2. Abdullah C.D - Pengerusi PKM
3. Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

1. PKM berjanji utk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
2. Parti Komunis Malaya dibubarkan
3. Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan
4. Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kpd Yang diPertuan Agung M’sia.
5. Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara M’sia.
6. Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa K’jaan M’sia akan membenarkan bekas anggota PKM yg dilucutkan senjata utk menetap di M’sia.
7. Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
8. Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di M’sia
Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :

1. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani .
2. Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon
3. Menjalani proses temu duga serta dokumentasi.
Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini.
Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.
You can follow @ReenGaston.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: