TRAGEDI MIMALAND (1975-1994)

Mimaland ialah taman tema pertama di Malaysia terletak di Gombak, Selangor. Pada mulanya merupakan pusat rekreasi dan menjadi tumpuan pelancong, kini ia sepi dimamah lalang dan hutan, dan dilupakan dalam lipatan sejarah.

Apa punca Mimaland ditutup?
Nama Mimaland ialah singkatan kepada "Malaysia In Miniature Land", dengan bertemakan haiwan pra-sejarah seperti dinosaur dan gajah mammoth.
Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, Mimaland menjadi tumpuan warga kota, terutamanya mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Hujung minggu selalu sesak di sini.
Dalam filem Gila-Gila Remaja, ada dialog dari Faizal Hussein berkata, "esok jangan lupa, Mimaland!", menunjukkan betapa ikoniknya Mimaland pada era lewat 70an dan 80an.

Selain itu, filem Mekanik, Dendang Perantau, Tempo 88 dan Suara Kekasih turut digambarkan di sini.
Harga tiket masuk ke Mimaland ialah RM2 untuk dewasa manakala RM1 untuk kanak-kanak. Sementara untuk taman air pula harganya berasingan iaitu RM3.

Di sini pada hujung minggu, golongan berkeluarga berkelah sambil anak-anak mandi di gelongsor air.
Kolam renang di Mimaland pada ketika itu merupakan kolam renang terbesar di Asia Tenggara, menarik perhatian ramai pelancong asing seperti dari Singapura, Taiwan, Jepun dan Indonesia untuk datang di sini.

Yang paling menjadi tumpuan ialah gelongsor air.
Aktiviti lain di Mimaland yang popular ialah seperti memancing, mengayuh basikal air, mengayuh kayak, sampan dan juga merentas rimba.

Mimaland dimiliki oleh syarikat Magnum Corporation, sebuah syarikat perjudian yang besar di Malaysia. Selain taman tema, ia juga mempunyai...
...24 unit motel, 5 buah chalet serta kolam renang.

Tragedi berlaku pada Januari 1993 apabila seorang warga Singapura mati apabila sedang bermain gelungsur air. Kerana kejadian itu, taman tema itu ditutup bagi tujuan "pembaikan dan pengubahsuaian".
Ia dibuka semula setahun kemudian, tetapi pada bulan Mei 1994, berlaku tanah runtuh serta dinding kolam renang retak, mengakibatkan air lumpur masuk ke dalam kolam. Ia sekali lagi ditutup untuk pembaikan, tetapi segalanya telah terlewat.

Ia kemudiannya ditutup terus.
Salah satu sebab mengapa orang awam tidak lagi berminat untuk ke Mimaland, ialah selain peristiwa kematian warga Singapura serta peristiwa tanah runtuh itu, pada tahun 1992, Sunway Lagoon telah dibuka dan jaraknya lebih dekat dengan pusat bandar.
Selain itu, peristiwa Highland Towers yang runtuh di Bukit Antarabangsa itu juga menimbulkan ingatan kolektif rakyat Malaysia pada ketika itu untuk menjauhi kawasan berbukit.
Hari ini Mimaland menjadi kawasan terbiar dengan kawasan tersebut sudah ditelan hutan atau sudah jadi kawasan yang penuh lalang.

Adakalanya ada orang datang di situ kerana perasaan ingin tahu, sama ada mahu mencari hantu, walaupun kawasan itu ditutup.
Pun begitu tempat ini pernah menjadi memori yang indah bagi mereka yang pernah mengunjunginya, terutamanya anak-anak kecil pada ketika itu.

Saya sendiri sempat ke situ semasa saya berusia 5 tahun, pertama kali datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1990.
Ralat:

Saya telah diberitahu oleh bekas pekerja Mimaland berkenaan dengan penutupan taman tema tersebut.

Sumber asal: https://www.sejarah.my/kisah-penutupan-mimaland-taman-tema-pertama-malaysia/
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: