"Jangan masuk la bidang IT ni, takdak masa depan. Keluaq nanti takdak kerja," kata Maklong kepada anaknya.

Aku kerap dengar ni 8-10 tahun lepas. Tapi harini pun nampaknya masih ada sebilangan masyarakat kita yang berfikiran hampir serupa.

Jadi, ini bebenang dari masa depan! 🧐
Ada beberapa orang jugak la yang dm/cc aku situasi yang hampir serupa, tapi kebanyakan diorang ni baru nak masuk universiti.

Situasinya, parents tak bagi sambung bidang sains komputer (walaupun minat) sebab bagi diorang bidang ni tak ada masa depan.
Tak pasti apa yang diorang nampak sebenarnya pada IT ni.

Mungkin diorang fikir orang IT cuma repair komputer, belajar Word/Excel, repair aircond (tetiba 😅), jaga mesin photostat, setup projector dan PA system ja.

Diorang tak tahu yang Sains Komputer jauh lebih luas dari tu.
Aku tulis bebenang ni bukan untuk kondem diorang pun, bebenang ni cuma untuk bagi pengenalan kepada apa yang sudah ada pada harini dan akan ada di masa depan.

Sila RT dan sebarkan thread ni biar mereka juga baca. Ekekek.
Kita sebenarnya sudah berada di ambang Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Aku yakin ramai yang familiar dengan term ni, sama ada korang pernah hadiri conference tentangnya atau terbaca melalui berita atau lain-lain.
Namun,

Sebelum kita pergi kepada IR4.0 dengan lebih lanjut, elok la aku tulis secara ringkas tentang revolusi perindustrian yang dah lepas,

supaya nampak macamana ekonomi dan pekerjaan sedang bergerak ke arah digital pada zaman ini.
IR1.0 – berlaku antara akhir 1700-an dan 1800-an. Awalnya tercetus di Eropah ketika tu, kemudian berkembang ke Amerika Syarikat.

Zaman ni, diorang cipta enjin wap yang digunakan untuk power up kilang dan kenderaan. Sampai zaman Titanic pun masih guna enjin wap lagi.
IR2.0 – berlaku sejak akhir abad ke-19. Perindustrian waktu ni berjalan dengan sangat pesat.

Antara ciptaan penting pada zaman ni adalah telegraf, telefon, radio, tenaga elektrik dan penggunaan petroleum dalam Internal Combustion Engine.
IR3.0 – ini adalah era digital yang kita masih berada sekarang. Tak perlu diterangkan lagi apa yang berlaku pada zaman ni, semua orang dah tahu.

Pada zaman ni, kita dah ada komputer, telefon bimbit, Internet dan sebagainya.

Gambar: Google Images
Penggunaan Internet mencapai 1 bilion pada tahun 1990-an. Korang ingat lagi tak zaman tu Internet kat rumah korang guna dial-up (line telefon) dengan PC monitor besar gedabak 😂

Aku time ni kecik lagi, tapi memang sempat merasa la guna semua ni kat rumah 🤣

Img: Google Images
Pada sekitar tahun 2000, Internet dah bloom di seluruh dunia. Pada zaman ni, ramai usahawan mula cipta pelbagai perniagaan produk/servis di Internet.

Antaranya adalah Elon Musk yang mengasaskan http://X.com  (PayPal) iaitu perkhidmatan pemindahan wang secara online.
Pada tahun 2004, Mark Zuckerberg mengasaskan Facebook dari bilik asrama dia je.

Kalau tak pernah tengok lagi, pergi la tonton The Social Network, cerita bagaimana Zuck asaskan Facebook.

Gambar: https://www.businessinsider.my/mark-zuckerberg-is-not-going-to-step-down-as-facebook-chairman-2018-11
Dua figura yang aku sebut di atas ada ciri-ciri yang sama, iaitu kedua-duanya pandai programming. Diorang belajar programming sejak zaman kanak-kanak.

Mereka ni sudah berada dalam pasaran IT sejak dari awal lagi, dan hari ini, kedua-dua mereka adalah billionaires!
Bukan sedikit tokoh dunia yang berada dalam industri IT harini.

Kita belum sebut lagi Bill Gates (Microsoft), Jeff Bezos (Amazon), Kevin Systrom & Mike Krieger (Instagram), Larry Page & Sergey Brin (Google) dan ramai lagi!

Mereka adalah billionaires dan pandai programming!
"Maklong cuba teka subjek apa yang belajar programming ni? Ya Maklong, Computer Science & IT (CSIT)!"

Sejak aku terjun bidang CSIT (±10 tahun lepas), aku perhatikan betapa pantasnya teknologi berkembang dalam jangka masa 10 tahun ni.
Cuba bayangkan 10-15 tahun lepas, siapa yang ada phone camera dianggap bangsawan la waktu tu. Harga Nokia Daun, Nokia Sabun waktu tu boleh tahan mahal!

Dengan harga Nokia waktu pada hari ini dah boleh dapat smartphone yang bagus. Cepat tak teknologi berkembang? Sangat!
Kalau dulu, kita tengok website "asal boleh guna" je, harini teknologi web sangat advanced. Memasing nak cater untuk mobile jugak (responsive web).

Kita dapat tengok evolusi web interface design dari heavy images, gradient and shadows kepada flat design within these 10 years.
Di sini kita dapat lihat apabila peralatan teknologi terkini muncul di pasaran (laptop, phone, tablet, etc.), maka software juga akan berlaku advancement yang sama.

Contoh lain – sejak Apple keluarkan iPhone X, iOS juga menerima naik taraf baharu, seperti FaceID.
Bila berlaku technological advancement macamni, so here comes the IT guy! Orang-orang IT ni lah yang akan memenuhi keperluan tu!

They're the ones that write the codes.

Hasilnya, peluang pekerjaan dalam bidang IT juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Kalau anda sedang berada di dalam industri IT sekarang, kita akan dapati setiap hari akan ada penemuan dan inovasi baru, sampai kita pun tak terkejar kalau nak ikut rentak ni.
Kemajuan teknologi yang sangat pantas ni lah yang membawa kita menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) yg digembar-gemburkan tu.

Dan kini kita berada betul-betul di ambang IR4.0.

So grab the tech skills as much as you can now, and let's begin the new journey 🤩😆
INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0
======================

Dalam seksyen seterusnya kita akan berbincang tentang apa yang ada dalam IR4.0 in great details.

- Artificial Intelligence
- Big Data
- Blockchain
- IoT
- Cloud Computing
- AR/VR
1. Artificial Intelligence (AI)

AI adalah sebuah disiplin ilmu untuk cipta mesin yang pintar dan boleh mimik sifat/perbuatan/tindakan manusia dalam sesuatu situasi.

Di dalam AI ini ada robot, game, speec recognition, image processing, fuzzy logic dan pelbagai lagi.
Antara tujuannya adalah untuk memudahkan kerja harian manusia, seperti mengautomasikan pekerjaan yang berulang-ulang, atau kerja yang boleh diselesaikan berdasarkan peraturan tertentu.

AI juga digunakan di dalam permainan video seperti chess, counter-strike dan banyak lagi 😌
Ini adalah Machine Learning (ML). Gambar kiri adalah neuron dalam otak manusia, manakala di sebelah kanan pula adalah Artificial Neural Network (ANN).

Images: https://medicalxpress.com/news/2018-09-diversity-brainhow-millions-neurons-unique.html
ANN inilah tempat sesebuah AI belajar dan berfikir. Haah ni la otak dia 😂

ANN ini terdiri daripada input, hidden layers dan output. Bila hidden layers semakin tebal, inilah yang dipanggil sebagai deep learning.
Data dari input akan propagate ke setiap nodes, bila sampai ke output dia boleh backpropagate pula iaitu adjust weightage berdasarkan error rate untuk hasilkan output yang lebih tepat.

Penerangan ni mungkin agak teknikal sedikit, tapi inilah cara AI 'berfikir'.
Antara aplikasi Machine Learning yang popular adalah FaceID. Over time, muka korang akan berubah kan? Contohnya, tetiba tumbuh janggut atau korang semakin tua.

Teknologi ni sebenarnya adalah gabungan image processing dan machine learning.

Gambar: 9to5Mac
FaceID 'belajar' tentang perubahan muka korang over time. Sebabtu kalau korang nak simpan janggut, FaceID masih boleh recognise.

Tapi kalau perubahan tu berlaku secara mendadak dan tiba-tiba, FaceID tak dapat recognise muka korang.
Banyak lagi lah aplikasi AI ni, contohnya dalam self-driving car pun ada.

Melalui sensor dan kamera, dia boleh analisa keadaan jalan, lihat kereta/objek di sekeliling to steer the steering for you.

Gambar: TechCrunch, Electrek
Bila wujudnya AI ni, bangkit persoalan "adakai AI boleh ganti kerja manusia?"

Jawapannya ya dan tidak.

Macam aku cakap tadi, kalau kerja tu repetitive, ada sets of rules, tak perlu human intelligence dan boleh diautomasikan, maka boleh la ganti dengan AI.
"Adakah AI boleh jadi jahat untuk hapuskan manusia macam Ultron?"

So far AI digunakan untuk memudahkan kerja manusia, diorang tak sebijak Ultron. Kalau possible pun mungkin masih berpuluh tahun lamanya untuk ada general AI macam Jarvis & Ultron.

Baca: https://twitter.com/omarqe/status/1181192602487537666?s=21
Tapi IMHO, aku tak percaya manusia boleh cipta mesin yang 100% bertindak seperti manusia. So far tak ada lagi AI yang
lulus Turing Test.

Tapi Simsimi tu aku reragu la jugak dia manusia ke bot ekekek kuajar betul 🤣
2. Big Data

Teknologi Big Data ni sangat penting lebih-lebih lagi dalam landskap bisnes pada hari ni iaitu untuk industri pengiklanan.

Data yang kita beri kepada diorang digunakan untuk fahami diri kita supaya diorang boleh tunjukkan kepada kita iklan yang mungkin kita suka.
Untuk Google, antara data yang diorang peroleh dari kita untuk target iklan yang kita nampak adalah search history (across their services such as Google Searches, YouTube search & watch history, etc.).
Untuk Facebook pula, sejak awal lagi kita dah bagi maklumat tentang diri kita dengan rela hati tanpa kita sedar haha. Antara data yang diorang ambik adalah benda yang kita suka (like), interests kat profile, etc.
Facebook juga harvest data kita dari Instagram (dan potentially WhatsApp chats juga) bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua platform ini juga tahu sesetengah laman web yang kita visit (melalui cookies). Sebab tu, kau baru tengok Lazada, pastu bukak Facebook tetiba keluar iklan Lazada.
Apa-apa pun, kita tak tahu sejauh mana diorang simpan dan guna data peribadi kita.

Diorang ni ada banyak apps & services yang kita pakai setiap hari, dan diorang integrasikan semua apps dan servis itu untuk buat keuntungan di platform diorang.
Selain industri pengiklanan, Big Data juga banyak aplikasinya dalam industri healthcare, O&G, sports, trading.

Untuk health & medicine, imagine diorang research tentang DNA strings yg sangat panjang dan besar. Teknologi ini boleh bantu diorang decode data tersebut dengan pantas.
Dalam bidang sukan juga diorang dah mula embrace Big Data ni untuk calculate and analyse performance pemain. Mungkin korang boleh tonton filem Moneyball, tengok macamana diorang guna data untuk menilai pemain yang underrated.
Kalau korang berminat dalam bidang Big Data ni, Python, Scala dan R adalah programming languages yang banyak digunakan untuk tujuan ini.

Juga antara database yg popular untuk simpan Big Data ni ialah Cassandra & MongoDB - sbb database NoSQL ni pantas to process billions of data.
3. Blockchain

Rasanya semua orang tahu apa itu Blockchain, popular dengan cryptocurrency seperti Bitcoin dan Ethereum kan?

Tapi tahukah anda macamana Blockchain berfungsi?

Selain cryptos, Blockchain juga boleh diaplikasikan dalam sektor yang lain jugak.
Blockchain ni sebenarnya adalah immutable data yang disimpan di dalam blok yang disambung antara satu sama lain dengan hashes.

Immutable bermaksud data di dalam blok itu tidak boleh diubah sama sekali. Blok yang pertama dipanggil Genesis Block.
Nak faham kenapa data dalam setiap blok tu tak boleh ubah, kita kena tahu apa ada dalam setiap blok tersebut dulu.

Basically, di dalam setiap blok ada:
- index
- hash
- previous block's hash (kecuali genesis block)
- timestamp
- data
- nonce
Hash terdiri drpd:
SHA256( index + previous hash + timestamp + data + nonce ).

Dalam hash algo, sekiranya satu character berubah, akan berlaku Avalance effect (totally berubah).

Contoh:
hash(ABCDE,) → dae204e5..
hash(ABCDE.) → 235bba81..

Boleh cuba: http://bit.ly/2KeRns 
Disebabkan blockchain ni disambung antara satu sama lain dengan hash, jadi sekiranya salah satu character dalam blok tu berubah, hash blok tersebut juga turut completely berubah.

Hasilnya, chain tersebut akan putus, dan data itu dah corrupted, dah jadi tak betul.
"Habis tu mudah je la nak korupkan data blockchain ni?"

Tak juga, Blockchain ni decentralised, means ada ramai orang kat dalam dunia yang simpan blockchain nodes. Setiap nodes simpan copies of blockchains yang sebijik (synced).
Sekiranya satu blockchain broken, nodes yang lain akan check dan akan copy balik blockchain tu kepada yg betul.

Jadi, kalau korang nak attack sebuah blockchain (ubah data), korang kena attack > 50% nodes lain supaya simpan copies of blockchain yg sama seperti yg korang ubah.
Dan korang kena attack semua nodes lain simultaneously. Kalau ada 10,000 bijik nodes, korang kena attack at least 5.1k nodes.

Disebabkan inilah Blockchain dikatakan transparent & secure. Semua orang boleh lihat data dalam blockchain dan takdak sapa pun boleh ubah data dalam tu.
Sekarang, bayangkan dengan teknologi ni, apa yang korang boleh cipta..

Sistem pilihanraya guna Blockchain? Wah, kalau ada benda ni, lepas ni undi pakai app je la. Takyah beratur panjang dah nak pi mengundi.

Keputusan undi pun dapat cepat. Nak tipu-tipu pun tak oleh kikiki 😅
3. IoT & Cloud Computing

Pernah dengar tak kipas, lampu & electrical appliances kat rumah korang boleh connect ke WiFi?

Pastu korang dah keluar rumah, pastu baru teringat lampu lupa tutup. Rumah kat Johor, korang kat Perlis. Korang ambik phone, switch off dari mobile apps je.
Ini adalah salah satu teknologi yang dah available pun sekarang. Big companies macam Apple, Dyson dan Xiaomi pun dah opt-in ke market IoT ni untuk SmartHome.

Gambar: iMore
Selain SmartHome, dengan IoT juga kita boleh bina SmartCity.

Sebagai contoh, kita boleh monitor pergerakan saluran air ketika hujan untuk elakkan banjir, monitor dan kawal pembuangan sampah, kawal aliran trafik di dalam bandar, energy dan etc.

Gambar: http://networkworld.com 
Segala sensor, kamera, peranti-peranti lain yang terlibat, dan mobile apps di dalam sebuah sistem IoT mesti kena sambung ke Internet dan akan sambung terus ke cloud infra (servers).

Dan dari situ kita manipulate device tersebut melalui app hanya dengan tekan button je 😌
For convenience, semua ini mesti berlaku in real-time. Maka teknologi seperti WebSocket sangat berguna dlm IoT ni.

Korang pun boleh cipta IoT ni jugak, lagi-lagi kalau korang pandai Arduino & C++. Boleh pasang sensor pada Arduino & hantar data dari sensor tu ke server.
IoT ni juga salah satu penyumbang kepada kukuhnya industri cloud computing ni sebenarnya.

Cloud computing sangat hot sejak beberapa tahun lepas.

Tahukah anda, ada company yang hire cloud engineer untuk handle cloud infra supaya semuanya berjalan lancar? Gaji diorang lumayan 😂
For CC, there are Amazon AWS, Google Cloud, Alibaba Cloud, Microsoft Azure, DigitalOcean, Upcloud, Vultr dan banyak lagi.

Untuk Amazon AWS profesional, korang boleh ambik certificate dia. Aku tak dapat bagitau sini sebab aku taktahu proses dia macamana, boleh Google kalau minat.
4. AR/VR/MR

Ini adalah point terakhir dalam thread ni. Aku rasa aku share banyak dah dlm thread kali ni hahah 😂

So apa beza semua ni?

Augmented Reality (AR) – ni sebenarnya dah banyak kat dunia ni. Antaranya ialah Pokémon Go, Measure app on iOS, StarWalk 2 dan pelbagai lagi.
Virtual Reality (VR) – pula lebih kepada korang immerse diri korang kat dalam dunia maya atau digital dengan bantuan VR headsets macam Oculus Rift.
Mixed Reality (MR) – ini adalah mixture antara dunia maya dan dunia nyata. Pernah tengok filem Ready Player One kan?

Sebenarnya filem tu tunjuk kedua-dua of VR dan MR. MR tu bila Parzival a.k.a. Wade Watts tap masuk ke feed Nolan Sorrento kat HQ IOI tu.

Credit gambar dah lupa.
Aplikasi kesemua ni dalam kerja harian manusia sebenarnya banyak. Tapi yang paling aku suka kalau apply dalam architecture/automotif kot.

Imagine kalau korang boleh design kereta guna teknologi ni. You can have virtual life-size experience to your design. Bukankah itu menarik?
Sebagai konklusi, semua teknologi yang aku sebut di atas memerlukan minat. Aku yakin kalau minat tu ada, memang inshaAllah boleh belajar dan boleh survive industri ni.

Bidang IT ni boleh dikatakan bidang kemahiran sebenarnya. Peluang pekerjaan bidang ni memang banyak tapi ...
.. tapi talent yang diperlukan oleh industri sebenarnya kurang. Untuk naikkan hiring chance dalam bidang ni, korang kena proof yourself sikit haha.

Kena buktikan korang betul-betul mahir dalam kerja yang korang apply kat company tu.
Jadi aku ada tulis thread lain tentang karier dalam bidang ni, macamana nak naikkan self-worth korang sejak korang belajar di universiti.

Boleh baca di sini https://twitter.com/omarqe/status/1138663844975243264?s=21
Dari semasa ke semasa inshaAllah aku akan share banyak lagi topik tentang CSIT ni.

Boleh follow aku, stay tune untuk topik yang akan datang! Kikiki. Harap thread ni bermanfaat untuk korang, thank you baca sampai habis.

Baca thread lain: https://twitter.com/omarqe/status/1155346037013221377?s=21
You can follow @omarqe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: