Setelah 29 hari berlayar ke Pahang, Terengganu & Kelantan, sakit dan susah hati saya memikirkan jauh bezanya negeri-negeri Melayu itu dengan negeri dibawah pemerintahan Inggeris.
(Kisah Pelayaran ka-Kelantan, 1838)
(Kisah Pelayaran ka-Kelantan, 1838)
Pertama-tama: tiada aman dalam negeri Melayu daripada harta atau jiwa atau daripada barang suatu. Maka dalam negeri Inggeris ada aman, terpelihara daripada segala bahaya.
Kedua: amanat; maka ia itu tiada dalam negeri Melayu, maka ada dalam negeri Inggeris.
Ketiga: dalam negeri Melayu ada hamba-hamba raja yang boleh berbuat tidak patut pada hamba Allah yang lain. Maka dalam negeri Inggeris tiada demikian. Maka jikalau anak orang puteh atau raja sekali pun membunuh, maka ia itu akan dibunuh juga hukumnya.
Dalam negeri Melayu terlalu banyak orang yang duduk dengan lalai dan malas sepanjang hari dan malam, dengan tiada bekerja sesuatu; maka itulah kelakuan yang dibenci Inggeris.
Maka apabila dilihatnya seorang menjadi kaya dan banyak hartanya dan baik kehidupannya, maka ketika itu banyaklah fitnah datang kepadanya, tidak satu, sehingga binasa dan hartanya pun habis; barangkali hilang dengan nyawanya sekali.
Dan lagi banyak pantang larang di negeri Melayu antara raja dengan rakyatnya, daripada bahasa dan pakaian, dan rumah dan perahu.
Tidaklah saya ceritakan kesemuanya pada kalian, kerana kalau diperbuat begitu nescaya pucatlah muka orang yang berbuat perkara demikian!