Beruang Gender? Apa tu? An info about #SOGIE or Sexual Orientation & Gender Identities / Gender Expressions.
Beruang Gender ni kita selalu guna apabila bercerita tentang SOGIE (Sexual Orientation & Gender Identities / Expressions)
Apa itu SOGIE? SOGIE adalah singkatan untuk “Sexual Orientation and Gender Identity or Gender Expression.” Singkatan ini baru-baru ini telah diubahsuai kepada “SOGIESC” dengan penambahan “sex characteristics” yang berkaitan orang intersex.
Apa itu orientasi seksual (sexual orientation)? Orientasi seksual (sexual orientation) adalah tarikan romantik(emosi) atau seksual (fizikal) kepada orang lain. Terma seksualiti (sexuality) juga boleh digunakan untuk orientasi seksual (sexual orientation)
Apakah jenis Orientasi seksual (sexual orientation) yang ada? Orientasi seksual (sexual orientation) yang paling lazim termasuk:
1. Heteroseksual: Orang yang tertarik secara romantik (emosi) atau seksual (fizikal) kepada orang dengan gender yang berlainan dari gendernya sendiri (“straight”)
2. Homoseksual: yang tertarik secara romantik(emosi) atau seksual (fizikal) kepada orang dengan gender yang sama dengan gendernya sendiri

--> lelaki homoseksual biasanya digelar “gay” dan wanita homoseksual digelar “lesbian ”.
3. Biseksual: Orang yang tertarik secara romantik(emosi) atau seksual (fizikal) kepada orang dari kedua-dua gender (sama dan berlainan dari gendernya sendiri)
Di Malaysia terma “People like us” (“PLU”) digunakan di kalangan komuniti lelaki gay atau biseksual untuk merujuk kepada komuniti mereka sendiri.
Orientasi seksual (sexual orientation) lain termasuk “aseksual” (tiada atau kurang tarikan seksual) dan panseksual (tarikan kepada sesiapa pun tidak mengira gender).
Apakah itu identiti gender (gender identity)? Identiti gender (gender identity) adalah naluri dalaman persepsi diri dari segi gender. Identiti gender (gender identity) biasanya bersamaan dengan jantina yang diberi semasa lahir (cisgender), tapi ada orang yang tidak begitu.
Semua masyarakat mempunyai peranan dan identiti sosial berdasarkan jantina dalam interaksi dengan lain ahli masyarakat yang akan mempengaruhi kefahaman dan
persepsi tentang gender.
Kebanyakan masyarakat mempunyai, pembahagian antara ciri-ciri gender lelaki dan wanita yang “binary” iaitu hanya melihat gender sebagai lelaki atau perempuan termasuk (cont.)
(cont.) ekspektasi ciri-ciri maskulin dan feminin dari segi jantina, identiti gender (gender identity) dan ekspresi gender (gender expression).
Ada orang yang identitinya tidak selari dengan sebahagian atau kesemua aspek jantina yang diberi semasa lahir dan ini termasuk orang yang transgender, genderqueer dan non-binary.
Terdapat banyak masyarakat yang mempunyai tradisi dan warisan budaya lama yang merangkumi konsep gender
ketiga (third gender) dan lain identiti “non-binary”.
Bilakah identiti gender (gender identity) seseorang boleh mula terbentuk?
Identiti gender (gender identity) teras seseorang biasanya boleh terbentuk seawal usia tiga tahun. Selepas terbentuk percubaan untuk mengubahnya secara paksa
boleh menyebabkan gender dysphoria.
Apakah maksud transgender? “Transgender” merujuk kepada seorang yang identiti gendernya tidak sama
dengan jantina yang diberi semasa lahir (assigned gender at birth). Ini termasuk:
1. Wanita Transgender (mak nyah) – orang dengan identiti gender (gender identity) wanita sedangkan jantina diberi semasa lahir adalah lelaki.
2. Lelaki Transgender – orang dengan identiti gender (gender identity) lelaki sedangkan jantina diberi semasa lahir adalah wanita.
Terma “transgender” juga merupakan "umbrella term” untuk semua orang yang mempunyai identiti gender (gender identity) dan/atau ekspresi gender (gender
expression) berlainan dari jantina yang diberi semasa lahir.
Apakah maksud ‘cisgender’? Cisgender merujuk kepada orang yang identiti gendernya bersamaan jantina yang
diberi semasa lahir (assigned gender at birth).
Apakah itu ekspresi gender (gender expression)?
Ekspresi gender (gender expression) adalah penampilan luaran dari segi ciri-ciri gender dan peranan gender. Ini termasuk tingkahlaku, gaya, pakaian, rambut,fesyen, suara atau pengubahsuaian ciri-ciri bentuk badan.
Ekspresi gender (gender expression) adalah spektrum dari maskulin ke feminin dan di antaranya. Ekspresi gender seseorang tidak selalunya selari dengan identiti gendernya.
Ekspresi gender (gender expression) adalah spektrum dari maskulin ke feminin dan di antaranya. Ekspresi gender seseorang tidak selalunya selari dengan identiti gendernya.
Kadangkala orang transgender tidak dapat mengamalkan ekspresi gender yang selari dengan identiti gender sebenar mereka. Ini mungkin kerana:
- Stigma dan diskriminasi dari masyarakat menyebabkan mereka kurang selesa dan takut berbuat demikian. Kadang-kadang ianya mungkin merbahaya
untuk berbuat demikian.

- Keluarga dan ahli masyarakat berpengaruh mungkin menekan mereka untuk mematuhi hukum dan amalan agama dan budaya
- Terpaksa mengikuti peraturan pemakaian di tempat kerja atau peraturan pakaian seragam di sekolah atau kilang yang tidak membenarkan mereka berpakaian yang tidak mengikut janita pada kad pengenalan (IC) mereka.
Ketiadaan atau kekurangan perkhidmatan profesional bertauliah untuk memperkukuhkan gender sebenar (gender affirming services), atau tidak mampu dari segi kewangan untuk akses kepada perkhidmatan sedemikian
yang hanya terdapat secara lengkap dan profesional di negara lain.
Jangan membuat andaian atau prasangka tentang identiti gender (gender identity) seseorang dari penampilan luaran mereka (ekspresi gender).
You can follow @uequals2u.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: