Zaman jual handbags and kasut. Time ni nak kumpul duit modal utk build Kayman. Zaman nak makan nasi goreng dkt luar pun kira duit ada berapa dlm bank and wallet.

Sapa kenal I sejak I jual kasut and handbags? 😂
Time ni dah ada Kayman. Tapi still jual beg and kasut sbb time tu takda org nak beli Kayman lagi.

Tapi nak kena makan kan? So cari la duit tepi sikit. Rumah kami dulu macam stor.

Upah adik pi pos barang, satu trip RM 20.
Order dulu sikit je. Postage setiap hari selasa and khamis sbb tak berbaloi la nak pi pos laju utk pos 1 parcel je.

So kumpul org. Hari selasa and khamis baru pos. Tu pun byk ni je...
Lepas tu hasil tak give up langsung, order makin banyak. Yay!

I ingat setiap satu org yg beli my soap waktu start dulu tau. First person yang beli my soap adalah @aisyahfakri & then @nureffbee
After dah makin byk order, cash flow dah mcm bagus. Discuss nak formulate liquid cleanser and clay mask.

Byk kali formulate, rasa nak baling bottle 😂
Order makin banyak so nak maju sikit. Beli tracking number scanner.

Kesian excited tak payah key in one by one dah 😂
.....oh beli printer juga! Happy teruk! Tak payah nak tulis tangan lagi dah.
Setup kerja from home. Amirrul baru berhenti kerja sbb mmg nak fokus buat business je.

Sales baru RM 20,000 ja time tu. Gaduh dgn dia sbb takut business tak jalan. Takda gaji tetap. Rupanya, rezeki lagi bertambah sbb kerja lagi smooth sbb leverage kerja.
LIQUID CLEANSER DAH RELEASE! Second baby for Kayman!!
Our victory shake hands bila cleanser sold out within one day. đŸ„ș
Lepas tu pump cleanser ada problem. Daku resah. Bila resah, ingat saat indah..... *suara anuar zain*

Usaha cari option pump yang available and bagus utk cleanser. Tak tidur malam time tu sbb ramai complain pump problem. đŸ˜«đŸ˜ą
Formulate serum. Yes I mmg formulate awal gila tapi baru tahun ni keluar. Sbb formulation serum byk kali bertukar. Ini first mock up product serum yg tak jadi.

Skinseed jadi Skintella dah sekarang â˜ș
Lepas tu, I buat CoalFace Soap sample. To be homest, dengan sample ni la CoalFace Soap lagi ramai org suka.

Sbb lps try sample mostly beli full size and demand makin banyak and banyak. I gabra sbb tak pernah dpt order byk sgt.
Selepas 2 tahun kahwin, baru dapat merasa pergi honeymoon. Awal awal kahwin, takda duit. So muhasabah diri je okay. 😂
Lahirnya BLACK BOX KAYMAN đŸ„°
Time ni baru kenal @chizubunny ! Dia antara influencer skincare first yg percaya dengan brand Kayman.

Dia try clayberry mask. Dah discontinued tau! Jangan minta nak order pulak.
I sambung esok la. Ngantuk pula. Goodnight.
Ok sambung.

I dah give up dengan pump cleanser. So I letak dlm packaging ni. Time ni I start kenal Kak @lilyzahani and @skinnyondinie sbb dorang berminat nak beli my product.
Buat sample cleanser utk event Justkosme. Time ni first time jumpa Kak @amaazmi and @inazeyy & kali kedua jumpa @SyazaRahizad !

I told you business buat you jumpa banyak orang and in my case, rezeki jumpa semua awesome people.

Event ni buat ramai otai otai Twitter kenal Kayman
Meeting with NinjaVan. Disebabkan order makin banyak everyday, tak larat nak pergi ke Pos Laju everyday.

Senang berurusan dgn Ninja Van sbb ada sistem boleh monitor and if barang hilang, cepat je dpt ganti rugi. Kalau pos laju, hanyut mcm tu je la.
25 June 2018 ( @ImanAbdulRahim suruh letak tarikh!)

Jumpa the perfect pump utk cleanser! Whie! Dah boleh tidur lena.
Ok tak larat dah letak tarikh sbb kena buka gallery apa semua.

Pindah rumah yang lebih besar sbb rumah lama makin lama makin mcm stor, bukan rumah sbb stock makin banyak.
Finalize formulation essence and sample Skintella. Tired tapi puas gila bila dapat apa yang kita nak. Formulation yang kita nak.

I don’t work alone. Kita ada team. R&D team, chemist and etc utk discuss formulation and what do & don’t. I learn a lot.
Rosa Glow Treatment Essence dah siap. Culik my bestfriend utk jadi assistant I utk satu hari photoshoot.

Our first official photoshoot!
Meeting with the investor for our big project. Kayman dapat offer utk masuk drugstores tapi kami takda funding yang besar.

Jadi, kami dapat opportunity & dijemput ke event “Let’s Go Retail” & berjumpa dengan badan badan kewangan and investor.
THE BEST DAY OF MY LIFE! After event, I dapat tahu I pregnant. Berminggu minggu tak masuk kerja sbb morning sickness. Whatsapp pun tak berbalas. Kesian gila my agent and stokist 😂

Tu gambar Amirrul dok google mcm mana nak jaga wife yg pregnant đŸ„șđŸ„°
But masuk week 10, baby dah takda heartbeat. Happy tengok heartbeat baby week 8-9 tapi week 10 dah takda heartbeat dah 🙁

It’s okay, at least I ada Amirrul by my side all the time.
THIS IS MY BIGGEST ACHIEVEMENT! Dapat belikan my dad, his dream car đŸ„ș

Time ni kami pakai Saga je dulu. Tak kisah pakai kereta kecil dulu, janji dapat belikan my dad kereta dia. Yayy!
Malas nak berduka lama lama, start working laaa. Meeting utk finalize our official website. Kesian dah my staff, nak tercabut jari reply whatsapp.
Bottle serum dah siap! Our first custom made packaging.
Oh kenapa lupa part, dah office sendiri and start hire more people dlm KaymanBeautu utk smoothkan perjalanan kerja.
Meeting these people đŸ„° Dari tak pernah kenal, I am so happy sbb lagi sekali I nak sebut...dengan Kayman, I jumpa geng geng ni. Skincare Twitter org panggil.

Dari whatsapp ckp nak beli my product, review my product and now, dah jadi kawan.
Tak dilupakan, jadi rapat dengan Kak @amaazmi founder @Yellowgorgeous_ and @SyazaRahizad founder @jelitaklHQ !

Kami pernah lepak, sembang pasal business sampai subuh guys. Same niche business, tak semestinya tak boleh kawan. Networking kuat boleh build business lg kuat
Dari Myvi ke Saga ke BMW!

Lepas 2 bulan beli kereta dekat abah, dapat rezeki beli kereta sendiri. Betul la, kalau bagi dkt parent, rezeki lagi melimpah ruah.
Lepas tu bulan Ramadan. Supplier bottle essence buat hal. Sebulan takda stock essence. Nangis everyday sbb stress.

Bulan puasa, sales selalu meningkat tapi Kayman jatuh merundum sbb stock takda.

Tapi kami manage jual byk ni dalam masa satu hari. Sehari sebelum cuti raya :”)
The exciting part! Skintella Repairing Serum arrival. Finally sangat 😂
Photoshoot for our serum! Super model awesome, photographer pun awesome. Thank you @_KelibatBangsat and @azyn_ ! You guys are the best
Ok tu je dulu sesi throwback. Thread ni utk catatan belle juga. Nanti rasa down boleh baca balik how much I grow.

I tak berjaya lagi. Sumpah belum. I feel like I have something to learn. That is why I rasa pelik bila org ckp “belle dh berjaya”
Catatan ni utk kami berdua juga. Belle and Amirrul susah senang bersama. We deserve this.

Ada org kata we tak deserve pun semua ni. Tapi I rasa I deserve every cents sbb kalau Tuhan izinkan kita terima rezeki ni, takda sapa blh ckp kita tak deserve rezeki tu.
...more in the future sbb ada banyak lagi nak achieve. Nanti kita sambung sikit sikit thread ni. ♄

Thank you sbb percaya hasil kerja Belle. Thank you sbb tak doubt passion belle dlm skincare and beauty world. I love creating new formulation and products.
Benda yang belajar sepanjang my journey:
1. Jgn tgk business brand/owner as competitor tapi as kawan seperjuangan. Buat kawan. Lagi byk benefit dari lawan. Persaingan sihat.

2. Utamakan parents. I spoil my family a lot. Doa family ni lain macam sikit.
3. Leverage kerja. Kita manusia yang tak mungkin tahu semua benda. Kena hire otak and tenaga org lain juga utk build the business. Sorang sorang penat and nanti mati business
4. You tak semestinya kena buat product sendiri utk build your own empire. You boleh jual product orang lain juga. Tbh lagi senang sbb reputation and branding product org lain, dorg dh tolong buatkan utk you.
You can follow @NabellaAnuar.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: