Harini saya akan open satu “PENGALAMAN” di rumah SEWA.. pengalaman setiap tahun benda yg sama dan perkara yang sama.

INI ADALAH THREAD! 👇👇👇
Disetiap tahun masalah ini aku selalu hadap dan tak boleh nak elak dengan benda2 macam ini dalam hidup aku.. Dirumah sewa aku kebanyakannya orang kelantan dan orang kedah. Setiap tahun apabila hari raya. Semua kawan2 aku pulang ke kampung selama 1 minggu utk beraya.
Aku tak ada kampung dan akulah yg akan selalu jaga rumah sewa ni. Setiap hari aku akan dtg dan check rumah sewa dari segi “elektrik,air dan kunci pintu2 bilik”. diorang meletakkan kpercayaan dan tggjwb kpd aku utk menjaga rumah sewa kami. Yelaa aku sorg je orang KL xada kampung.
Apabila hari raya menjelang. Rumah sewa aku tu terlalu sunyi Di kawasan flat berhampiran dgn rumah aku. Di flat tu ramai orang luar orang jauh. Ramai yg balik kampung dan yg tak balik pun hanya 3 4 buah rumah shj yg tak balik. 😰
Di hari raya pertama dipetang hari. Macam biasa aku tak ada kawan2 dikawasan rumah aku sebab semua pulang ke kampung. Meronda dan duduk dirumah bersama keluarga. Beraya kesana kesini sampai tak sempat nak check rumah sewa aku yg diamanahkan kpd aku.
Malam tu di whatsapp group. Seorang kawan aku yg brasal dari kedah. Suruh aku dtg kerumah sewa sebab dia terlupa tutup plug dekat bilik dia. Aku pun dlm keadaan penat terpaksa lah pergi kerumah sewa sebab aku sendiri tahu kalau rumah tu kosong apa akan jadi kat rumah tu 😭
Biasanya aku akan ajak anak buah aku temankan aku. Tapi anak buah aku balik ke kampung. Aku fikir dua tiga kali jugak nk pergi rumah tu seorang diri. Hati mula tak sedap sebab aku selalu kena dkt rumah tu kan bila rumah tu kosong. Jadi aku nekad untuk dtg jugak sbb pesan kwn aku.
Bila sampai kerumah sewa. Aku pun bukak lock pagar. Tapi aku tak tahu kenapa tangan aku menggigil macam tak sedap hati je. Dalam hati aku “tak ada apa kot, penat bdn ni. Sbb tu seriau semacam. Insha allah tak ada apa2” aku pun masuk dan terus ke bilik kawan aku untuk tutup plug.
Bila tutup plug. Tengkuk aku terasa macam kena tiup2. Geli geliiii je rasa sampai naik bulu roma aku. Jantung mula berdegup kencang. Hati makin lama makin tak sedap, jantung berdegup laju macam terasa ada org melangkah kearah aku. Dengan lampu terbukak apa semua. Aku terus balik!
Aku balik kerumah terus rehat tapi otak masih terfikir. Kenapa aku lupa tutup lampu 🤦🏻‍♂️. Jam pun nak menunjukkan pukul 11.00mlm. Memang tak lah aku nak patah balik dah lewat malam camtu nak dtg seorang diri. Kau pun nekad untuk tutup lampu keesokan harinya.
Dengan kepenatan layan tetamu dihari raya. Aku pun duduk dikerusi sofa rumah sewa nak rehatkan diri kejap. Sedar tak sedar aku lepak seorang diri dirumah sewa sampailah pukul 10mlm dari 6ptg tadi. Baring sambil main hp balas komen dan sambung thread dkt twitter ni lah. 😂
Bila dlm keadaan baring. Dgn tiba2 rambut aku mcm ada org belai2. Aku pun tolak la rambut takut serangga hinggap ke apa ke kan. Focus dgn main hp. Di bilik air, dgr ada orang kocak air dlm baldi. Dengar org garu2 dinding kat dlm bilik air. Aku tak fikir sgt sbb fikir org sbelah.
Masih tak hirau kan apa yg aku dengar sebab memang focus nak edit gambar apa semua dlm hp. Aku pun duduk sambil tak pandang kiri kanan dan tgk je hp aku tu. Dengan tiba2 bulu roma aku naik menegak sebelah badan je iaitu blah kanan. Hati terus terdetik. Ahhh sudah!!! Jgnlah.. 🤦🏻‍♂️
Depan aku ada dua bilik. Belah kanan tu aku tak tutup pintu. Dekat katil kawan aku tu, aku ada nampak satu budak tgh baring mendagu pandang kearah aku. Tapi aku nampak dari hujung2 anak mata sebab aku taknak pandang. Makin lama hati makin tak sedap. Dengar katil menghenjak2.
Dalam keadaan macam tu aku masih berdegil taknak berganjak. Entahlah kenapa lah badan aku berat sangat nak bangun dari sofa tu. Macam jadi malas dgn tiba2! 🤦🏻‍♂️.. terdengar ada bunyi baby menangis dari luar rumah. Aku mati2 lah fikir tu jiran sebelah sebab jiran baru je berkahwin.
Masih steady taknak berganjak. Dengan tiba2 baru aku terfikir. Jiran baru berkahwin, then dia balik kampung.. cepat betul buat anak hahahaha. Fresh gila! Hahaha terus aku terasa nak bangun nak blah dari rumah sewa. Sebab dah fikir kalau makin lama aku duduk ni kang lagi teruk.
Kunci rumah dan balik kerumah aku macam biasa lah. Ketuk kepala lagi 🤦🏻‍♂️ “allahhh!! Lupa lagi tutup lampu dengan kipas!! Apa benda aku ni buat kerja 2,3 kali ni!! Besok lah tutup!!”. Sampai je kerumah, mak aku tegur. Kau pergi mana! Kenapa muka kau macam pucat mcm xada darah ni!!
Aku pun “tak ada apalah mak, penat kot.. tadi pergi check rumah sewa kawan. Dia lupa tutup plug” mak aku pun marah. Dah lewat2 macam ni pergi sensorang check rumah. Kau tu dahla jenis macam tu. “Tak ada apalah mak, ok je tadi. Cumaaa...” aku terus balik mandi and rehat.
Hari raya ke-3.. macam biasa ptg raya tu jugak aku datang dan lepak sampai nak dekat pukul 10mlm. Kalini aku dtg, tiba2 dgr bunyi air tak tutup kat dlm bilik air. Masuk kerumah dan check air. A,ah mmg tak tutup air. Tapi siapa pulak yg bukak. Kunci satu je kat aku ni.
Lepas tutup tu aku pun sambung lepak kt sofa seorang diri sambil dengar lagu. Kalini dia tunjuk diri terus. Mula2 dia ketuk pintu yg nak masuk rumah tu. Aku pun itai disebalik pintu. Aik!! Tak ada orang pulak. Siapa pulak ketuk tadi. Ingat kawan aku balik rumah. Sebab kuat ketuk!
Bila duduk balik. Masih ada orang ketuk pintu. Kalini lebih kuat dari sebelum tu “dammm dammmm dammm” tiga kali macam bdk2 ni semua ketuk pintu rumah. Intai2, tak ada jugak. Dalam hati fikir lagi. Orang atas kot ketuk pintu. Tak ada apalah kot.
Baru je duduk. Tercengang terus aku tengok dekat pintu bilik aku yg berada dihadapan aku. Bilik depan aku ni kalau tutup lampu memang gelap gelita. Tutup setengah macam tu. Aku dah perasan awal dah memang ada orang lalu lintas kat dlm bilik tu. Tapi aku buat tak reti 😰
Baru terniat nak bangun nak balik sebab dah lewat nak dekat pukul 11mlm. Tercengang aku!! Stengah badan dengan muka dia macam gambar dibawah ini 😭👇👇👇 aku sampai skrg tak boleh lupa. Lebih dan kurang la bentuk nya. Tapi ngeri lagi. Gambar contoh ;
Setengah je muka dia. Aku terperanjat sampai menjerit kuat dekat rumah tu. Bila pintu bilik air hempas kuat. Tak banyak cakap tak apa. Aku lari keluar rumah dgn apa semua tak kunci tak tutup. Lari kebawah. Aku tak tahu aku turun tangga ke aku terjun. Cuak punya pasal!!
Sampai bawah.. aku terserempak dgn kawan aku yg baru sampai. Kau kenapa lari tak cukup tanah macam nampak apa je kau ni!! “Aku nampak kat rumah sewa aku weii tadi, aku tak kunci rumah tu!! Teman aku kunci jap. Dia tunjuk muka weiii 😭😭😭” kawan aku gelakkan aku. 🤦🏻‍♂️
Kau ni penakut sangat lah. Tak ada apa lah!! Perasaan kau je tu sebab sorang2.. mana aku nak tgk! Sampai menggigil aku. Erm kami pun naik nak tutup lampu kunci rumah semua bagailah. Mana!! Tak ada pun!! Dlm hati aku pun berkata “bodoh! Mmg xada la dah kau ada”
Aku pun tutup lampu2 bilik dgn dapur apa semua. Tiba2 kawan aku mcm termenung kearah bilik yg aku kena tu. Aku pun tolak kepala dia suruh jgn pandang. Tarik tangan dia sbb nak kunci rumah. Tgh kunci rumah tu. Dia masih termenung diam!! Bila aku tegur “hoi!! Hahah kau apahal?”
Laju gila tangan dia tepis tangan aku mcm terperanjat... “kau dah kenapa diammm je? Kau pandang apa kat celah pintu tu zal?” Dia ckp xada apa. Aku nak balik! Aku penat lah baru balik dari kampung. Dahla jem teruk tadi dkt senawang. Aku pun hantar dia balik. Dalam hati aku....
Aihhh tadi mcm hebat sgt tanya mana2!!.. lepas teman aku terus terdiam tak kata apa2.. ahahahahhaha nampak lah tu. Tulah ckp besar lagi. Sampai je rumah, dia msg aku. “Lid!, kau kat mana? Besok aku nak jumpa kau” okey zal esok jumpa. Nampak eh? Ahahahha amcm ok ke muka dia. 😂🤣
Keesokan harinya dia jumpa aku sambil beraya rumah aku. “Weii, waktu kau tutup lampu dgn bilik sebelah. Aku pandang bilik satu lagi ni.. dekat celah pintu tu...” aku terus potong. Yaaa zal, celah pintu tu lah aku tgk sebelum aku lari jumpa kau. Dia pun mcm garu kepala 😰
Aku sebenarnya tak percaya benda2 alah ni. Sumpah aku cakap aku tak percaya!! Tapi smlm tu aku tak tahu kenapa itulah kali pertama aku tgk dpn mata kepala aku sendiri. Aku pun gelak ahahah aku bahan balik “kau penat sgt tu zal! Byk berfikir, tu yg kau nmpk pepelik tu” hahahhah
Tak pasal2 aku kena hempuk.. aku ckp bebetul kau ngajuk apa aku kata semalam kan. Ya zal tu lah aku tgk smalam tu. Rumah tu kalau seminggu tak ada penghuni. Mmg macam2.. sbb tu sewa murah. 😂 “tapi lid, waktu rumah kau tu tak ada org. Aku dari bwh tgk kau intai dari tingkap” 😰
Bila aku panggil kau. Kau tak nyahut lepastu kau masuk dalam. Biasanya kau menyahut. Masa tu tengahari. Aku pun pelik! Aku mmg selalu dtg rumah tu check zal. Tapi aku rasa aku tak pernah dtg tengahari lagi. Ptg adalah. Kau biar betul!
Iyaaaa betul lah gila!! Muka kau sebijik. Aku pun jalan jela buat tak reti sbb ingat kau tak perasan aku. “Zal, benda lain aku bole trima. Tapi kalau kau nampak muka aku! Aku tak boleh terima” dia pun macam confuse garu kepala.
Sebenarnya sebelum aku nampak dekat rumah aku tu..tuan sewa rumah tu pernah pesan dekat kawan aku yg menyewa tu. Kalau bole biar lampu trbukak jgn tutup kalau balik kg. Lagi satu kalau apa2 jgn panik. Buat tak reti je. Tu perkara biasa. Hahaha kepala otak perkara biasa!
Masa aku tengah berjaga tengah malam.. ada seorang kawan aku punya kawan tumpang tidur bilik tu. Dia pegawai tentera. Malam tu aku tgk dari ruang tamu dia jerit “allahh!!! Alllahhhuakhbar!! Allahhh tolong aku ya allahhh” aku bergegas kejutkan dia. Kenapa tuan! Bangun2..
Dia bangun sambil melompat tepi katil. “Ya allah apa benda tadi tu!!” Aku nk trgelak pun ada. Sbb aku dh tahu awal dah. 🤣 yaa kenapa? Apa yg tuan nampak?? “Aku tak boleh gerak, ada satu budak duduk atas aku sambil trsengih2.. muka dia macam kulit kayu reput mata merah biji saga.
Lepastu dia punya bau macam bau darah ikan. Hanyir sehanyirnya.. erm tak apa, tidur la balik. Sy teman tuan. Sy tgh main game ni. Haha aku sebuk dengan mobile legend aku je. Sebab tu la layan nak xnak je. Ahahaha dia pun tidur. Hampir setiap hari jugak la dia kena benda yg sama.
Bila dia tak tahan kerap sangat kena. Dia nekad kata nak balik kampung. Dan sampai sekarang kami masih menetap dekat rumah sewa ni. Sebabkan dah lali dah biasa kena. Masing2 dah anggap dia penyewa sekali dah ahahahahah.. setiap bulan berbeza bentuk dan rupa.
Dari yang tak pernah kena tak pernah nampak. Terus nampak dan pengalaman. Alhamdulillah laa sekarang ni dah tak kerap macam dulu. Mungkin dia dah tahu masing2 pun dah tak hairan langsung dah. Cuma kesian dkt org baru datang lah. Meracau teruk. Kami hanya mampu gelak je. 😂
Kalau nk bercerita.. banyak sangat kena kt rumah sewa ni. Cuma bagitahu part2 yg dia tunjuk diri je. Mungkin tu benda sesat kot. Biasanya dia kacau2 gitu je. Ni sampai tak bagi chance nak takutkan org sampai nak tunjuk muka sampai macam tu sekali. Style mulut rabak2 je besar dia.
Pesanan aku.. mana yang menyewa tu. Terutaman kpd student lah. Kalau rasa kerap sgt jadi. Setiap malam jumaat. Baca surah yasin dkt ruang tamu ramai2.. minta kat allah supaya lindungi rumah kediaman dari benda2 yg tak sepatutnya. Rajinkan diri mengaji. Insha allah terjaga...
Sampai disini shj thread tentang “RUMAH SEWA” saya. Jangan lupa tag kawan2 😏

Insha allah akan menyusul cerita tentang “SPIRIT OF THE COIN” akan datang....
Check di #kheyamir

Insta : https://www.instagram.com/khey.amir/?hl=en

Thanks for read... terutama pembaca dari INDONESIA DAN SINGAPORE 😘🙏
Thanks orang BRUNEI and SABAH SARAWAK.. love you all so much 🌹
You can follow @Thehulkey.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: