Kadang kita tak faham bagaimana minda orang lain mencerna maklumat yang kita sampaikan, tetapi kemudian pemahamannya tersasar jauh.

Bebenang berkenaan isu menunjuk2 relationship, ditakut2kan dengan isu curang oleh orang yang nak perasan single.

#BebenangHilal
Bebenang sebegitu panjang penuh dengan point dan nasihat fasal matlamat, disiplin dan wawasan bercinta selaras didikan agama, ada yang timbulkan persoalan fasal kecurangan orang2 yang dah ada tunang, atau dah kahwin, tapi masih berlagak single(Macam x tunjuk la dia ada pasangan).
Ini dua isu yang sangat lah berbeza.

Sebab mengikut syariat, pertunangan dan perkahwinan tak salah dihebahkan. Ya, masyhur di kalangan masyarakat kita tunang perlu dirahsiakan. Ini tidak benar dan berasaskan hadith do'if. Rujuk: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2075-irsyad-al-fatwa-ke-163-hukum-menyembunyikan-pertunangan
Tiada larangan qat'ie menghebahkan pertunangan. Bahkan, pada saya ia sudah jatuh ke tahap perlu, memandangkan ada hadith lain bahawa melamar orang yang dah dilamar adalah haram di sisi Islam. Dan hadith itu hadith sohih yang kuat, berbanding hadith merahsiakan pertunangan.
"(Seorang) mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya. Oleh karena itu tidak halal bagi seorang mukmin membeli atas pembelian saudaranya dan tidak pula meminang atas pinangan saudaranya hingga dia meninggalkannya." Hadith Riwayat Bukhari, 5142, Kitab An-Nikah.
Maka, adalah sepatutnya, bila kita sudah bertunang dengan seseorang, hendaklah kita hebahkan, beritahu siapa tunang kita. Kerana pertama untuk memutuskan segala kemungkinan simpanan perasaan dan harapan orang lain untuk menikahi kita, dan untuk kita lebih komited.
Apatah lagi perkahwinan. Ia sememangnya disunnahkan untuk dihebah. Kerana itulah dianjurkan kenduri. Supaya dapat dihebahkan hubungan yang telah dimeterai itu kepada masyarakat, terutama jiran tetangga dan keluarga, supaya tidak timbul fitnah.
"Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing." Hadith Riwayat Muslim, 1427. Rujuk pula Riwayat Muslim, 2175, anda akan melihat Rasulullah memperkenalkan isterinya kepada dua lelaki yg sedang melihat baginda berdua2an. Supaya tidak timbul fitnah.
Maka memperkenalkan isteri, mempamerkan isteri di khalayak, bukanlah sesuatu yang dilarang syariat, bahkan ada masanya perlu supaya tidak timbul fitnah dan salah sangka orang sekeliling. Tetapi apa masalah orang sekarang di zaman media sosial?
Masalahnya bila hari-hari tayang pasangan, setiap hari update, perkara private pun kongsi, gaduh pun kongsi, segala hadiah dapat pun kongsi, semua terdedah, dan kadang dalam gaya begitu jelek. Yang dah kahwin pun, kadang sampai terselak aurat rumahtangga.
Yang belum kahwin apatah lagi, tak kira la dah bertunang pun, halalnya belum lagi. Yalah bolehlah kenalkan kepada umum siapa tunang kita, tapi kalau dah sampai keluar dating update, mesej whatsapp pun kongsi kat media sosial, nak tunjuk sweet mweet terlebih gula, tak sesuailah.
Bezakan sikap berpada-pada, dengan kecurangan. Tiada siapa suruh orang curang, suruh orang simpan berahsia sampai ke akhir hayat. Masa raya, takkan tak bergambar, ziarah menziarah. Masa ada event apa-apa ke, takkan tak diperkenalkan. Kalau dah sampai ke tahap itu menyimpan...
.. ada tak kena la. Kita tak minta sampai begitu. Yang kita minta ialah berpada-pada. Sebagai seorang Muslim/Muslimah, kita ada aurat perlu dijaga. Kita ada privasi yang tak perlu pun kongsi. Ada isu tu, patut setel antara kita dan pasangan aja, tak perlu dedah2.
Nak nilai semua ini perlukan kematangan. Kematangan tu selain dengan ilmu, juga dengan pengalaman. Pengalaman ni bukan pergi 'test'. Tapi boleh dengan menuntut pengalaman orang2 yang dah lalui, terutama orang yang kita dah tahu sebagai soleh/solehah. Itu yang patut kita buat.
Semasa saya bujang dulu, banyak juga masa saya habiskan duduk mendengar nasihat orang2 yang lebih tua, mak ayah saya sendiri, kenalan2 mereka, senior2 yang dah terlebih dulu bernikah. Saya sampai pernah ajak abang2 PhD di Yarmouk makan sama2 saya, sebab...
...nak bincang isu komitmen. Sebab saya jenis setiap tahun di Jordan tu pindah rumah, berganti kawan2 rumah sewa. Saya masa tu risau itu ialah tanda saya ni jenis cepat bosan, jenis tak kuat nak bagi komitmen. Macam mana nak bernikah kalau begitu? Haaa...
Tapi bila sembang dengan senior2 PhD, yang rata2 dah kahwin, dan beranak pinak, mereka bagi semangat, bagi pandangan, bagi nasihat, yg menambah lagi ilmu, kematangan, keyakinan, keazamanan kita. Begitulah maksudnya mencari pengalaman. Bukan pergi test dengan bercouple ke apa ke.
Kita kadang sibuk isu ni bukan apa, tapi memang hal ni serius. Ia melibatkan keturunan insan, pembentukan masyarakat. Kita tak nak muda-mudi kita hanyut dengan permainan entah apa-apa, trend entah apa-apa. Akhirnya rumahtangga dibina nanti tunggang langgang.
Fakta yang kita kena tahu, penceraian untuk perkahwinan di bawah usia 5 tahun agak tinggi. Kadang bila kita periksa, puncanya remeh sangat. Ada yang bercerai hanya sebab berbeza cara picit ubat gigi.

Sebab tu kita tekankan isu ni.
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: