11 Jun 2019. Projek Baru Rumah Sewa.

Ratakan tanah kebun sawit. 260 buah lori untuk timbus dan tinggikan untuk tapak ni.

Harga satu lori Tanah Merah sekarang RM140. Murah sikit sebab ambil banyak.

Mohon doanya. Nanti update progress. 10 minit ke KLIA.
Ramai teringin nak buat rumah kat kampung ingat kos terlibat hanya untuk kos pembinaan rumah je.

Lupa kos bersihkan kawasan, tebang pokok, ratakan kawasan (at least sama level dengan jalan) dan kerja berkaitan. Benda ni je ada kos cecah RM50k tengok tanah/kawasan.
Update 13/10/2019

- Design rumah dah finalise.
- Tukang dah lantik dan sign perjanjian.
- Rumah pekerja dah siap.
- Kerja longkang selesai.

Kos buat longkang je dah boleh buat sebijik rumah 😅. Insyaallah, akan update cabaran, ujian dan kos terlibat sampai siap nanti.
Update 29/10/2019

- Dengan limitasi budget, buat 700sqf sebiji rumah. Insyaallah ada 7 buah pintu.
- Batu-bata, pasir, simen, mesin bancuh simen semua dah ready.
- Risau musim hujan, lori hantar barang sangkut sbb tanah merah mendap.
- 6 orang pekerja siapkan rumah.
Update 5/12/2019

- Zink sampai pukul 6:45 pagi dari Rawang.
- Amik kualiti baik sikit Gred 28 (0.35mm).
- Harga sekaki dapat RM3.50.
- Kos keseluruhan zink : RM4,200.
- Beam guna aluminium, jauh lagi murah dari kayu.
- Dah boleh buat kerja wiring dan plaster dinding.
Kerangka bumbung guna batten aluminium bukan beam 😅. Upper beam guna konkrit.

Buat upper beam lepas selesai ikat bata sebab dapat jimatkan guna support kayu.

Guna kerangka aluminium sebab:
✅ Jimat kos dan masa
✅ Mudah pasang
✅ Kemas dan efisyen

Kayu 2x4 mahal sekarang oii.
Update 9/2/2020.

Lama tak update progress 😁.

- Alhamdulillah 3 buah rumah siap 100%.
- Porch untuk letak kereta siap.
- Grill keliling rumah selesai.
- Longkang done.
- Simen keliling rumah (depan, tepi, belakang).

Dah ada beberapa orang nak sewa. Kena buat tapisan dulu.
Bahagian dalam rumah sewa.

- 3 bilik. 750sqf (tak termasuk luar).
- Kipas, lampu dah pasang.
- Tiles satu rumah.
- Api & Air dah masuk.
- Table top dan singki+tab air siap.

Target sewa : RM650-700 sebuah rumah.
Boleh sambung rumah seterusnya. Target awal nak buat lagi 4 buah rumah. Tapi bajet tak cukup.

Nak buat ground work depan tu boleh dapat sebiji rumah sebenarnya 😪.

Jadi buat 3 buah rumah je. Sebab ada permintaan rumah 2 bilik, mungkin buat rumah 2 bilik dgn saiz rumah sama.
Update 23/2/2020.

Kerja foundation untuk 3 buah rumah lagi masih berjalan.

- Pad footing dan tanam tiang selesai.
- Kerja-kerja pasang framework untuk ground beam hampir selesai.
- Lubang sisa kumbahan dah siap.

Alhamdulillah rumah sewa 1 unit dah ada penyewa 😊.
Saja kongsi iklan rumah sewa haritu. Baru letak iklan ni kat group berpotensi, ramai datang buat site visit. Tak sampai seminggu 3 pintu dah ada penyewa.

Ramai iklankan rumah sewa tapi takde gambar, tak sebut kelebihan rumah & lokasi.

Visualization sangat membantu.
Update sikit untuk rekod. 18 Mei 2020.

Pembinaan disambung lepas PKP. Wak Indon yg buat kerja tak berani sambung sepanjang tempoh PKP.

Dapat tambah 2 lagi rumah sewa ke-4 dan ke-5 + rumah adik aku.

Budget 2 pintu rumah sewa RM100k. Rumah adik (900sqf) dalam RM70k.
Update 11 Julai 2020.

Rumah sewa dah siap plaster luar dalam. Bumbung dah siap. Rumah ni 2 bilik sebab ada permintaan yg kerja KLIA.

Saiz sama dengan rumah sebelum ni. Rumah depan, tinggal plaster dan bumbung.

Imigresen banyak kali serbu sini😪. Nasib baik pekerja semua legal.
Update 26 Sep 2020.

Alhamdulillah, 2 pintu rumah sewa dah siap. Tinggal kemas & basuh je. Kos satu pintu luas 750sqf RM45,000.

Belum sempat iklan dah ada orang setuju sewa dua-dua pintu 😊👌.

Rumah adik dah 90% siap. Tinggal pasang tile & tingkap. 1000sqf harga RM75,000.
2 pintu rumah sewa ni cuma ada 2 bilik sahaja berbanding 3 bilik kat block sebelah tu. Tapi saiz sama.

Sebab haritu ada permintaan nak rumah sewa 2 bilik.

Passive income untuk 20-30 tahun akan datang mudah2an.

Ada masa dan rajin boleh update lagi progress rumah adik plak 😊.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: