BUAT APA YANG BETUL DENGAN SABAR

Baru beberapa hari saya syorkan seorang yang nak beli emas RM50,000 dari saya supaya JANGAN BELI EMAS disebabkan pada perkiraan saya, ianya tak bersesuaian dengan situasi kewangan dia, tetapi dua hari selepas itu...
Allah ganti balik jualan RM50,000 kepada saya, alhamdulillah. Saya benar-benar percaya, kalau kita buat perkara yang betul, rezeki itu tak akan ke mana. Bahkan Allah akan ganti dengan rezeki yang lebih baik.
Sejak dari dahulu lagi saya berpegang pada prinsip, “BUAT APA YANG BETUL DENGAN SABAR”.

Saya mesti jujur dalam memberikan nasihat dan dalam urusniaga.

Saya tak mahu jadi ‘salesman’ (yang hanya fikirkan ‘poket’ sendiri melebihi kepentingan orang lain).
Kalau saya jual juga emas kepada orang yang saya rasa tak sesuai beli emas, ‘komisyen’ tu nanti akan menghantui saya. Duit memang banyak, tetapi duit tu bakal menyusahkan saya kelak. Bukan sahaja di Akhirat, bahkan di Dunia lagi ia akan menyusahkan saya.
JANJI ALLAH ITU BENAR…

Allah ganti balik dengan ‘komisyen’ jualan yang lebih membahagiakan saya (beberapa hari selepas itu) sebab saya tahu, saya telahpun berikan nasihat terbaik demi pembeli baru itu, iaitu seorang anak muda dan emaknya yang berminat untuk berniaga emas...
di satu tempat yang memang saya perlukan ejen (wakil saya) di kawasan itu.

Sebab saya memang dapat banyak permintaan untuk beli emas di kawasan tu sedangkan cawangan Public Gold agak jauh dari kawasan itu.

HASILNYA AKAN KEKAL LAMA

Teruslah buat apa yang betul dengan sabar…
Ya betul, memang seronok dapat duit dari bisnes, tetapi kepuasan sebenar pada bisnes bukan pada duit, tapi pada menjadikan hidup orang lain lebih baik melalui produk dan servis yang kita jual.
Walaupun nampak kurang berhasil pada permulaannya, tetapi kalau kita tetap dengan prinsip “buat perkara betul dengan sabar”, ia pasti berhasil, bahkan hasilnya akan kekal lama.
Mereka yang buat perkara tak betul (walaupun hasilnya lumayan), saya percaya hasilnya tak akan lama dan akhirnya akan runtuh juga.

Jadi bagi sahabat yang nak memulakan bisnes sendiri, jangan fikir sangat apa orang kata
Tak perlu fikir nak jaga standard dan berbagai. Asalkan bisnes kita tu halal dan boleh bantu hidup orang lain jadi lebih baik dengan produk atau servis kita, insyaAllah ianya mulia di sisi Tuhan dan kita akan berjaya.
FOKUS JADIKAN HIDUP ORANG LEBIH BAIK

Banyak “success story” yang saya baca, antaranya boleh baca kisah kejayaan seorang billionnaire bernama Elon Musk, iaitu Pengasas PayPal.
Kalau kita kaji betul-betul, semua orang berjaya mempunyai satu persamaan iaitu, mereka berjaya sebab mereka memberi sentuhan dalam hidup orang lain, dan bukan hanya fikir ‘poket’ sendiri sahaja.
Duit RM1 juta tak akan datang dengan sendirinya tanpa kita mampu memberikan NILAI RM1 juta kepada orang lain. Tetapi kalau kita fokus memberi manfaat kepada 1 juta orang (melalui produk dan servis kita), sasaran RM 1 juta itu lebih mudah kita capai.
Orang akan berebut-rebut bayar kepada kita, sebab produk dan servis kita itu menjadikan hidup orang lain lebih baik. Orang berjaya fokus memberi manfaat kepada ORANG LAIN, bukan hanya “duit, duit dan duit”.
Jadi kalau nak berjaya, kita mesti terokai apa kelebihan yang ada pada diri kita, dan fokus jadikan hidup orang lain lebih baik dengan apa yang kita ada.
Orang tak akan berikan duit kepada kita secara percuma, tetapi orang sanggup bayar kalau kita dapat tawarkan produk atau servis yang boleh jadi hidup mereka lebih baik.
Hakikat bisnes bukanlah “buat duit”, tetapi duit itu datang sendiri sekiranya bisnes itu dapat berikan sentuhan dalam hidup orang lain. Dengan kata lain, kejar Akhirat dalam bisnes, Dunia itu Tuhan akan pakejkan sekali, insyaAllah…
Berbisnes mencari Akhirat, dan bersabarlah dalam mencari kekayaan…

Wallahu a’lam.

#tipbisnes #motivasibisnes #membangundiri

[Oleh mentor saya, penulis buku 'Misi Bebas Hutang'( #BukuZeroHutang 2.0) dan #BukuWangEmas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie ( http://www.mohdzulkifli.com )]
You can follow @RahmanIsmail_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: