
Tempat wajib kalo korang datang ke Pasar Payang. Beraneka kuih muih tradisional boleh korang dapat dekat sini.
Dapat tupak garing sedap ni !

#TernakLemakBersamaSaroh

Murah gilaa okay. RM11 untuk 2 orang makan siap dengan air tau. Faveret aku dekat sini singgang telur ikan

#TernakLemakBersamaSaroh

Sup tulang dia ulalala sedap molek. Cicoh pulok dengan roti

#TernakLemakBersamaSaroh

Sini menu dia memang mee talam lejen maknenye saknim. Makan pulok dengan kepok lekor panas panas jadi molek.
#TernakLemakBersamaSaroh

Nasi dagang paling famous di Terengganu

#TernakLemakBersamaSaroh

Penggemar nasi lemak dengan pelbagai lauk ? Ini diaaa tempatnya. Kalo korang nak tahu dekat sini pun ad jual lontong tauu.
#TernakLemakBersamaSaroh

Okay tempat ni jauh sikit dr K.Terengganu. Amik masa dalam 1jam++ kalo korang dari K.Terengganu.
Kat sini ada 4 pilihan mee & Kalo korang makan dekat sini boleh tambah mee ikut suka hati korang. Free je

#TernakLemakBersamaSaroh

Kat sini nama je untuk lunch. Tapi kalo korang dtg sini pukul 2ptg mmg dh habis licin. Silap silap diorg dh siap kemas kedai diorg dah

#TernakLemakBersamaSaroh

Warung ni masuk dalam list kedai makan yang paling murah. Mcm mcm jenis nasi & kuih-muih ade dekat sini.
#TernakLemakBersamaSaroh – bei Warung Dek

Dekat sini mcm mcm menu ada. Ada yang dari vietnam/thai dll (sorry sbb lupa

#TernakLemakBersamaSaroh

The best nasi ayam penyet in Terengganu. Nak makan dekat sini kalo lunch hour korang kena bersabar sbb mmg tkde kerusi

#TernakLemakBersamaSaroh

Datang sini aku suggest korang try nasi goreng daging bakar diorang.
#TernakLemakBersamaSaroh

Yaaa tentu skali kedai ni famous sbb tea o 50sen sahajurrr. Tapi makanan lain pun banyok penuh meja. Murah dan meriah gittew.
#TernakLemakBersamaSaroh

Western food ? Yessszaaaa tentu skali oliva cafe. Setiap kali makan dekat sini aku wajib order Half Chicken Thyme

#TernakLemakBersamaSaroh

Dah bosan dengan makanan berat dekat KTerengganu ni ? Korang boleh try datang ke sini. Sekali datang korang mungkin akan jatuh cinta dengan texture cake diorang


#TernakLemakBersamaSaroh

Hello penggemar nasi dagang Terengganu. Korang dah try belum nasi dagang kak pah ni? Bagi aku sedap juga dengan kuah dia ala ala kari cenggitu.

#TernakLemakBersamaSaroh

Kalo korang nak bungkus dekat sini haa harap bersabar. Panjang benauu kalo beratur pagi pagi. Nasi dagang dia ni antara yang tersedap jugak & aku approve gittew

#TernakLemakBersamaSaroh

Kedai ni buka pukul 9pagi sampai habis. Nasi dagang diorang sedap + ikan besau nauuu.

#TernakLemakBersamaSaroh

Boleh kata ni nasik lemok bowoh rumoh jugok pasal dia jual bowoh rumoh la ahahah. Nasik lemok dengan texture nasi yg dikukus lepastu makan pulok dengan sambal manis manis pedas sik sik gitu.
#TernakLemakBersamaSaroh

Hok mane duk cari sangat burger tepi jalan amik nok. Burger lejen sejok 1984. Sape nok makan boleh order dulu call pok awang deh +6013-9366377
#TernakLemakBersamaSaroh

Salah satu char kuew teow sedap dekat Kuala Terengganu

#TernakLemakBersamaSaroh

Kalo datang sini aku akan cari nasi lemak mat choh or nasi lemak pedas jurrr. Lepastu air tea/nescafe kaw diorg


#TernakLemakBersamaSaroh

Nasi minyak resepi asali turun temurun dgan pelbagai pilihan lauk gittew

#TernakLemakBersamaSaroh

Roti payang dengan pelbagai pilihan kuan spt kari kambing, kari ayam, kari daging dll. Roti lembutt syahduuu.

#TernakLemakBersamaSaroh

Mee sup & somtam dia yakmat jadi dokleh buat gura maknenye saknim.
#TernakLemakBersamaSaroh

Hok ni memang aku rekemen sangat sangat la. Warung bowoh rumoh je tapi sup dia Allahu dok reti nok kabo gane sedap. Keda ye buke kejap je. Dari pah aso sapa kol 7ptg gitu je.

#TernakLemakBersamaSaroh

ABC muroh merioh ni RM2 ke RM3 je

#TernakLemakBersamaSaroh

Laksa penang dia jadiiiii makang pulok tepi pata yakmat jahak. Budok budok unisza & umt wajib gi try keda ni deh !
#TernakLemakBersamaSaroh



Sini special dia mee soto & mee jawa. Mee jawa dia aku loveeeee terok yaaa anak-anak.
#TernakLemakBersamaSaroh

Nasi ayam boleh tahan sedap lepahtu service pun laju pantas cekap laa gitoq
#TernakLemakBersamaSaroh



Rojak dia kalo order aku wajib beli krepek & mintak sayap lebih

#TernakLemakBersamaSaroh

Kat sini mmg port breakfast aku dengan geng geng aku lepak kalo diorg balik KT ! Kat sini korang wajib try kuew teow goreng & air kopi.
#TernakLemakBersamaSaroh

Dekat sini korang boleh try kopi diorang yang & roti + kari. Selain tu ad jgk popia vietnam dkat sini.

#TernakLemakBersamaSaroh

Nasik minyok fav kite. Mintok sokmo kerok lebih pahtu berebut nge org dumoh

#TernakLemakBersamaSaroh

Nasi kerabu fav aku ! Sambal udang dia pergh syahduuu weh. Dekat kedai diorang ni ad jugak sate, mee celup somtam dll. Yang ni korang wajib tryyy okay ?
#TernakLemakBersamaSaroh

Kedai diorang ni betul betul depan nasi kerabu warisan. Kuah nasi dagang diorang ulala sedap iloikeee.

#TernakLemakBersamaSaroh

Kalo sek mung nok bowok member dari luor sek mung wajib bowok dia mari sining. Serba serbi kuih ade sini. Nok kasidoh ade. Nok baek ade.

#TernakLemakBersamaSaroh

Sini special dia mee bandung. Dari aku kecik lagi keda ni ade doh. Boleh tahan sohor jugok la keda ni. Tapi fav aku kat sini kuew teow goreng pahtu mitok kuoh mee bandung + sayap.
#TernakLemakBersamaSaroh

Sini kalo sek mung nk makan colek kaki jangan harap laa mari kol 8mlm. Habis barang dohhhh. Sini mmg mee sup dia la hok sedap. Dulu keda dia duk depan masjid raja pahtu lepas kena rombok pindoh sini.
#TernakLemakBersamaSaroh

Nasi Ayam Bakar paling sedap dalam KT. Minum pulok dgn laicikang jadi sangat. Sini boleh jugok nok tamboh extra blackpepper sauce.
#TernakLemakBersamaSaroh

Aku pun baru tahu pasal keropok lekor ni. Sumpah padat dengan isi ikan & murah.

#TernakLemakBersamaSaroh

Korang dah bosan asyik makan makanan melayu ? Korang boleh try dtg dekat sini. Makanan dekat sini power power semuanya gittew.

#TernakLemakBersamaSaroh

Kat sini fav aku aglio olio seafood diorang. Diorang ada 2 cawangan tau. Satu dekat Durian Burung & Wakaf Beruas.

#TernakLemakBersamaSaroh

Haaaa korang boleh datang lepak kat sini tau kalo nak makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, bayam goreng, abc dll.

#TernakLemakBersamaSaroh

Haaa tempat paling sohor kat Terengganu sotong celup tepung Pok Nong


#TernakLemakBersamaSaroh

Kat sini korang boleh try nasi kerabu ayam/daging/kaming bakar. Selain tu ad jgk nasi kerabu ikan celup tepung, nasi minyak ayam bakar/ayam/daging gulai, nasi dagang kelantan dll.
#TernakLemakBersamaSaroh

Tengohari dok tahu nok makan mane dekat bandor ? Meh singgoh keda warung pok sop. Sup daging sini jadi molek makan dgan nasi putih.
#TernakLemakBersamaSaroh

Jagung Gaul Nyor


#TernakLemakBersamaSaroh

Keda roti lejen! Sini aku paling brehi roti skaya dia

#TernakLemakBersamaSaroh

Korang patut try ayam musing ketang (ayam golek/musingggg) ni okay! Sedappppppop tak tipu okay!

Dari aku zaman sekolah rendah sampai la skarang roti john ke kebab ke dkat pakcik ni still sama. Tak kedekut daging weh.
Korang boleh cari diorg dkat Bazar Ramadhan Kuala Ibai takpun pasar pasar malam area KT
Nah no phone aku bagi skali 0129456010(Rosdi)
Korang boleh cari diorg dkat Bazar Ramadhan Kuala Ibai takpun pasar pasar malam area KT
Nah no phone aku bagi skali 0129456010(Rosdi)

Tadi aku try 3 jenis air tapi paling best aku rasa boba milk diorg. + pearl (ke ape ntah name ahahaha) sedap. Tak keras tak kenyal gittew
Price RM4.90 & RM5.90 (+RM2 kalo takeaway)
Act aku dah pernah buat thread ni cuma account aku kena lock so aku buatkan yang baru
https://twitter.com/sarahadlyna/status/911798086996942849?s=21
https://twitter.com/sarahadlyna/status/911798086996942849?s=21
LAMANYAAA AKU TAK SAMBUNG TWEET KAN ? OKAY SO HARINI AKU NAK SAMBUNG LAGI ! #TernakLemakBersamaSaroh

Sumpah sedap boba milk caramel diorg! So far aku dah try 5-6 gerai boba dekat Tganu tapi Kaytea punya the best!
Diorang ada 2 cawangan


#TernakLemakBersamaSaroh

Nak makan mee kari pelbagai lauk ? Sek mung boleh try makan kat sini. Sedappppp! Ni kali ke 4 doh aku makan sini so far memang sedap

#TernakLemakBersamaSaroh

Sushi dekat sini RM1.20 & RM3.00 per piece. Sushi lover mesti suka!
#TernakLemakBersamaSaroh

Kopi ais dia


#TernakLemakBersamaSaroh

Donat siya (RM1). Besar woi dah la lembuit gilo tapi kalau yang chocolate tu harga lain tau.
Selain donut ada je roti-roti lain yang diorang buat. Kalau korang nak beli yang frozen pun diorang ada jual.

#TernakLemakBersamaSaroh

Haritu aku try Nasi Daging dia sedap


#TernakLemakBersamaSaroh