Masa Agong letak jawatan, ada orang buat lawak kata Anwar patut ganti, masa Dewi Remaja pun orang buat lawak yang sama.

Nak kata Anwar gila jawatan la. Macam dia tiba2 muncul kat Msia dan lama sgt nak jadi PM.

Saya buat bebenang sikit cerita pasal Anwar malam ni
Anwar ni lahir di Kg Cherok Tok Kun. Dulu orang selalu buat main kata orang cerok ni tak boleh jadi pemimpin. Cerok ni maksudnya macam kampung yang hujung dunia la
Masa dia sekolah, dia buat kelas tambahan percuma utk bantu orang kampung. Bukan dia sorang mengajar, ramai lagi dia ajak.
Inisiatif ni lama2 berkembang jadi YAA, sekolah yang tolong pelajar yang SPM dia tak cemerlang ambil paper julai, selain ting 6 dan ting 3. Arwah pak saya buat inisiatif yang sama dgn arwah Cikgu Shannon Ahmad dgn persatuan belia bimbingan. Ini video YAA
Masa @anwaribrahim kat MCKK, dia dah tunjuk kebolehan sbg pemimpin. Selain yang dah dicatit dlm tulisan, sy juga pernah dgr yg anwar pernah buka tabung bila dia dpt tau ada sorang pelajar tak cukup duit utk balik kampung. Kawan tu kata anwar mmg tak boleh tgk orang susah.
Lepas tu dia masuk UM, kat sini la mula kuat politik. Dia pejuangkan isu bahasa dan orang miskin kat Baling, buat demo sampai UM tutup. Dalam buku Reluctant Politician, biografi Tun Dr Ismail ada cerita sikit episod ni tapi dari sudut pandang lain. Kelakar. Masa ni juga kena ISA
Sekitar masa tu juga Anwar bersama2 asaskan PKPIM dan ABIM yang wujud sampai sekarang. Ini antara sebab orang2 liberal tuduh Anwar yang jadi pemula Islamisasi dan Arabisasi di Malaysia. Tapi kalau lihat dlm mendalam, era tu mmg era orang mencari2 Islam
ABIM pula muncul sebagai suara yang sederhana membawa imej Islam moden. Perlu diingat, setiap vakum akan diisi dan byk lagi pertubuhan Islam yang 'lebih keras' ketika itu.
Masa tu Anwar dilihat rapat pemimpin muda Melayu-Islam yang ideal. Walaupun ketika tu rapat dgn PAS, tapi rombongan Tun M utk sunting Anwar masuk UMNO lebih berjaya.
Dalam masa tu, Anwar byk buat usaha utk kembangkan idea Islam yang sederhana namun tak semua diterima ramai. Misalnya, usaha utk buat dialog antara agama dipandang sebagai 'pluralisme agama' oleh orang Islam sendiri sedangkan usaha membawa nilai Islam dikatakan Islamisasi
Anwar juga masa ketika jadi TPM dah gariskan visinya untuk Malaysia. Idea seperti masyarakat madani, ekonomi manusiawi dan cara menanggapi 'ide barat' dibentangkan dan akhirnya kini menjadi guiding idea utk reformasi. Buku ni pernah diharamkan zaman reformasi 98
Anwar sentiasa relevan hatta dalam penjara sekalipun. Dia pernah bantu PakLah yang hampir ditumbangkan ketika PAU dan kini sekali lagi bantu Tun M tumbangkan Najib.
Cuma sekarang tak boleh cakap lebih sangat lah, nanti orang menganjing kata tak sabar.

Tapi kalau duduk diam pun tak boleh juga nanti orang kata tak peduli dan dah tak relevan.

Kalau ikut cakap orang, sampai bila pun tak betul saja.
Pada zaman jurang makin melebar dari segi ekonomi, pergeseran bangsa, kebangkitan 'right-wing' Islam selain trade war US-China, kita mungkin lebih perlukan Anwar utk kemudi Malaysia;

lebih mendesak dari sebelum ini.

-the end-
You can follow @bumilangit.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: